cp 34

821 98 0
                                    

Aku memainkan violin sambil diikuti oleh Carol yang memainkan piano di belakang ku. Seperti yang dijanjikan oleh aku semalam, kami berlatih di bilik ini pada hari ini.

Aku terkejut juga apabila melihat budak in ni sampai terlebih dahulu dari aku tadi. Entah budak ini semangat ke ataupun terpaksa datang ke sini.

Hampir beberapa minit kami berlatih di dalam bilik itu. Aku mula memberhentikan permainan aku apabila lagu yang aku mainkan sudah sampai ke penghujung. Budak itu juga berhenti bermain.

Violin aku dilepaskan dari leher aku. Kepala aku direnggangkan sedikit kerana sakit meletak violin dalam jangka masa lama tadi.

Kemudian aku berjalan menuju ke arah beg sekolah aku lalu mengambil satu kotak jus epal di dalamnya. Punggung aku dilabuhkan di sofa berdekatan dengan beg itu.

Mata aku melihat ke arah budak perempuan yang masih melihat piano dihadapannya.

Budak tu tak nak rehat ke?

Apa yang seronok sangat tengok piano sampai tak nak pandang tempat lagi?

Sejak aku masuk ke dalam bilik ini budak itu langsung tidak mengeluarkan satu pun patah perkataan. Kalau disuruh nak mainkan bahagian sesuatu lagi mesti dia akan mengangguk sahaja.

Sikap dia bila jumpa aku tadi pun macam takut jer. Aku ni memang ada rupa nak makan manusia ke?

"Kau tak nak rehat ke?" Soal ku.

"Sa-saya tak penat," balasnya secara tergagap-gagap.

Muka dia memang tak nak pandang aku. Entah apalah budak ni fikirkan tentang aku di kepala dia tu.

"Seriously, apa yang kau takut sangat dekat aku ni?" Aku sudah tidak dapat tahan untuk menanyakan soalan itu.

"Sa-saya tak takut kakak."

"Kalau kau tak takut aku, kau akan pandang muka aku bila kau jawab tadi. Tapi kenapa kau tak buat?"

"Sa-saya malu."

Apa? Malu.

Buat apa dia nak malu dengan aku. Dia pernah buat silap dengan aku ke sampai malu nak lihat muka aku.

Pelik betul alasan budak ni.

"Apahal pula kau nak malu?"

Budak perempuan itu diam. Mata dia memandang piano dihadapannya. Nampaknya dia tidak mahu menjawab soalan aku tadi.

Aku mengeluh apabila melihat budak itu. Apalah nak jadi dengan budak ni nanti. Aku pula yang risau dengan masa depan dia.

Aku berdiri dari sofa itu lalu berjalan ke arah budak perempuan itu. Aku melihat dia yang masih berdiam diri itu. Dari sini aku dapat melihat peluh dia keluar dari kulit kuning langsat tersebut. Mesti dia takut apabila aku melihatnya sebegini.

"Nah! Aku beri kau. Rehat dulu. 30 minit lagi kita akan mula lagi," ujarku sambil meletakkan satu air kotak yang sempat aku ambil dari beg tadi di atas piano itu.

"Ta-tapi saya..."

"Ambil jer. Anggap sebagai hadiah pertemuan kita berdua. Kau jangan nak malu sangat," balas aku lalu aku melangkah menuju ke pintu keluar.

Aku keluar dari bilik itu dan terus pergi ke tandas. Aku amat berharap aku dapat berbaik sahaja dengan budak itu. Lagipun kalau aku tak berbaik dengan dia, nanti aku juga susah kerana dia adalah satu-satunya pianist yang boleh tolong aku sekarang.

Tapi aku tak boleh mempercayai budak itu sangat kerana budak itu adalah kenalan Eva. Aku sangat kenal Eva itu dan mustahil bagi dia untuk berbaik dengan aku. Mesti dia hantar budak itu untuk perangkap aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now