cp 109

698 66 0
                                    

Aku dan Perth duduk di sebuah gazebo yang terletak di sebuah taman tertutup di sekolah ini.

Kami ada di sini kerana kami tidak mahu diganggu oleh sesiapapun termasuklah Ian dan Rechel. Lagi pun tempat ini jauh dari bagunan sekolah dan memang selesa untuk berbual.

Lelaki yang ada di hadapan aku dari tadi memandang meja kayu ini sambil bermain dengan tangannya. Mesti dia tidak tahu mahu mula dari mana.

Mana taknya, baru sahaja keluar dari dewan persembahan terus aku tanya dia soalan tadi lalu dia bawa aku ke sini. Kalau aku pun, aku tak tahu nak mula dekat mana.

"Kalau kamu tak tahu nak mula dekat mana, biar kakak tanya kamu soalan." Budak itu mengangguk.

Aku menarik nafas aku lalu menghembusnya. Aku mesti bersedia untuk mendengar apa yang akan dikeluarkan nanti.

"Apa yang kamu maksudkan yang kakak adalah kakak sebenar kamu?"

Budak itu mengangkat mukanya. Dapat aku lihat kesungguhan dari matanya.

"Kakak memang kakak saya. Kakak tiri saya."

Aku memandang pelik.

"Kakak tiri? Maksud kamu ayah kita berdua sama?"

Budak itu mengangguk kepalanya. Biar betul, aku sama ayah dengan dia. Tapi siapa?

Aku tak pernah tahu pula aku masih ada ayah sebenar. Apa yang aku adalah aku dari rumah anak yatim dan pasangan violinist mengambil aku sebagai anak angkat.

"Boleh kakak tahu siapa ayah kita?"

"Nama dia Darren Ascart. Dia conductor orchestra."

Nama itu sangat aku kenal. Tipulah kalau aku tak tahu nama kondaktor orkestra terkenal itu.

Aku amat mengenali dia kerana selalu keluar di akhbar muzik setelah persembahan orkestra yang amat mengejutkan dunia pada beberapa tahun lepas.

Lagi pun nama keluarga Ascart sudah besar dalam dunia muzik jadi tidak mustahillah jikalau ahli keluarga itu terkenal.

"Kenapa kakak tak pernah tahu selama ni? Seingat kakak, kakak tak pernah jumpa keluarga sebenar kakak," aku kebinggungan. Kepala aku buntu memikirkan hal ini.

"Kakak pernah tahu, cuma kakak tak pernah ingat."

Aku mengangkat muka aku memandang Perth dengan penuh kehairanan.

"Kakak pernah tahu? Bila? Kenapa kakak tak ingat?" Bertalu soalan ditujukan.

"Sebenarnya ada sesuatu yang lelaki dekat kakak tu sorokkan dari kakak selepas kemalangan kakak tu."

"Apa dia?"

"Kakak sebenarnya hilang ingatan lepas sedar dari koma hari tu," mata aku terbeliak besar.

Dunia aku bagai sudah diterbalikkan. Susah mahu dipercayai. Aku hilang ingatan? Sejak aku sedar dari koma pula tu.

Kenapa aku tak tahu semua ni? Karl. Dia sorokkan hal ni dari aku.

Kenapa dia sorokkan hal macam ni dari aku?

Jadi semua memori yang tiba datang dari kepala aku ini adalah memori aku yang hilang.

Dan kubur yang aku lawat hari tu adalah kubur ibu aku. Kubur Rania.

Apa semua ni? Semunya sudah tidak tentu arah. Dan semua ini atas sebab Karl yang cuba sorokkan bahawa aku ini hilang ingatan.

Untuk apa dia buat semua itu?

"Saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa lelaki tu tak nak kakak ingat masa lalu kakak."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now