cp 99

782 77 6
                                    

"Kamu siapa?" Satu soalan mengejutkan orang di dalam bilik itu.

Perth dan Karl saling memandang apabila Claire menanyakan soalan tersebut.

"Kau kenal aku tak?" Tiba Karl menyoal.

Gadis itu mengangguk lemah ke arah lelaki itu.

"Dia?" tangan ditunjukan ke arah Perth.

Claire menggelangkan kepalanya.

Perth pada waktu itu tidak tahu mahu berfikir apa lagi. Gadis itu tidak mengingati dirinya sedangkan dia ingat akan Karl.

Tak kan lah gadis itu hilang ingatan.

Bam!

Bunyi pintu dihempas kuat. Kedua-dua lelaki itu menoleh ke arah pintu dan kelihatan doktor yang bertugas merawat Claire datang bersama seorang jururawat.

Doktor itu dengan segera pergi ke arah Claire. Sementara Perth dan Karl memberi ruang kepada doktor tersebut untuk merawat Claire.

.
.
.

"Doktor macam mana dengan dia?" Soal Perth.

Doktor itu memandang Perth yang kelihatan tertanya akan keadaan gadis tadi. Dokumen yang ada di tangan doktor tadi diberikan kepada jururawat yang bertugas sebelum dia berbicara dengan dua orang lelaki di hadapannya.

"Keadaan dia sudah kembali membaik, tapi biarkan dia rehat dahulu. Also jangan bagi dia stress. Nanti takut akan ada gangguan pada bahagian otak dia."

"Okay doktor," jawab Karl.

Bagi Karl semua itu sudah bagus. Sekurangnya gadis itu sudah tersedar daripada tidak.

"Macam mana pula dengan ingatan dia?" Soal Perth yang masih tertanya.

Doktor itu menoleh ke arah budak lelaki itu. Keluhan sempati di hatinya mula tercetus. Dia tak mahu memberitahu lelaki itu tentang itu tapu dia terpaksa.

"Dari apa yang saya periksa, dia hilang ingatan dia dulu."

"Hilang ingatan!" doktor itu mengangguk.

"Mungkin di sebabkan hentakan kuat pada kepala dia, dia sudah hilang ingatan dia pada umur dia 5 tahun dan sedikit ingatan di masa kini," terang doktor itu.

Sekarang semua sudah masuk akal. Patutlah Claire ingat akan Karl sedangkan dia tidak ingat akan Perth.

Semua memori gadis itu sebelum umur 5 tahun sudah tiada, jadi gadis itu tidak ingat apa-apa tentang keluarga lamanya.

"Ingatan dia boleh kembali ke?"

"Boleh tapi kena ambil masa dan lihat keadaan juga," balas doktor tersebut.

Perth mengetap bibirnya. Kerjanya untuk meminta maafkan pada Claire semakin sukar akibat kejadian ini.

Dia tidak dapat meminta maaf sekiranya Claire tidak ingat apa-apa. Lagipun Claire tidak ingat akan kejadian jadi macam mana gadis itu mahu memaafkan Perth. Memang sukar kerjanya sekarang.

.
.
.
.

Karl melihat tubuh Claire yang terbaring tidur di atas katil tersebut. Gadis itu dipaksa untuk rehat dahulu sebelum dapat bangun sepenuhnya.

Muka yang putih bak salji itu kelihatan tenang dalam tidurnya. Manakala Karl pula hanya menatap muka tersebut.

Dia berfikir tentang ingatan Claire yang sudah menghilang itu. Baginya hal itu tidak menyusahkan dia kerana gadis itu ingat semua memorinya ketika sudah berada di dalam keluarga dia tetapi semua itu menyusahkan keluarga asalnya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now