cp 78

738 95 7
                                    

Perth duduk di sebuah taman tertutup di sekolah ini. Tempat tersebut memang menjadi tarikannya apabila dia mempunyai masalah.

Dia tenang berfikir disitu kerana tidak ada orang yang mahu pergi ke taman itu, jadi dia boleh ada masa untuk bersendirian.

Mata lelaki itu memandang ke arah air pancut yang ada di hadapannya. Otak dia penuh dengan apa yang terjadi pada kakaknya.

Selama ini dia tidak tahu kakaknya ada myalgia dan apa yang lebih mengejutkan adalah gadis itu mendapat sakit itu pada umurnya 5 tahun.

Perth ingat lagi dimana gadis itu mula berhenti main piano pada umur tersebut. Adakah dia berhenti sebab itu ataupun memang dia tidak mahu bermain lagi?

Persoalan itu bermaian di fikirannya. Entah kenapa dia berasa kesal pula apabila mengatakan supaya Claire kembali main piano pada hari itu.

Perth memang tidak tahu kakaknya ada sakit itu. Malah keluarga dia langsung tak beritahu apa-apa pasal sakit itu. Entah-entah mereka juga tidak tahu.

Perth memgeluh disitu. Dia tidak faham apa-apa sekarang. Semua benda yang terjadi seperti tidak masuk akal. Mulanya kakak dia datang ke sekolah ni dengan misi nak rampas sekolah ni dan sekarang entah macam mana dia boleh tahu kisah silam sebenar kakaknya pula.

"Mama, mana kakak?"

"Kakak kamu dah tak ada. Dia dah keluar dari keluarga ni."

"Kakak dah keluar. Kakak tak nak jumpa Perth lagi ke?"

"Ya, kakak kamu tak nak jumpa kamu lagi. Dan dia lari sebab dia tak nak main piano lagi. Jadi kamu mesti ganti dia demi keluarga ni."

Memori masa lalu bermain difikirannya. Ibunya mengatakan bahawa Claire keluar dari keluarga tu tapi kenyataannya dia dibuang oleh keluarga tu.

Lelaki itu tidak tahu bagaimana hendak berekspresi. Hendak marah ataupun kesal. Dia salah faham kisah kakaknya selama ini. Otak dia telah dicuci oleh keluarganya sendiri untuk membenci insan yang pernah dia cintai.

Dia dulu sangat bencikan kakaknya tapi kini rasa benci itu semakin hilang. Apatah lagi sejak dia tahu kebenaran bagaimana Claire dibuang oleh keluarga itu.

Rambut lelaki itu digosok kasar olehnya. Serabut kepala dia memikirkan hal itu.

"Awak buat apa dekat sini?" Tiba satu suara menyoal.

Perth dengan cepat memandang ke belakang nangkanya dan kelihatan Carol yang menegurnya.

"Awak ada masalah ke?" Soalnya lagi.

Perth tidak menjawab soalan itu dan menoleh kembali ke hadapan. Tidak sangka pula dia ada orang di tempat ini. Biasanya kosong sahaja. Tapi nasiblah hanya Carol yang ada.

"Kalau awak ada masalah, ceritalah pada saya. Mana tahu saya boleh tolong?" Carol berjalan ke hadapan lalu duduk di samping lelaki itu.

Kalau dulu Carol ni jenis yang penakut dan pemalu tapi kini tidak. Dia malah berani melawan dan berani memulakan percakapan. Contohnya seperti sekarang, sungguh berani dia menegur Perth di tempat itu.

Perth menjeling sedikit ke arah gadis itu. Dia berfikir mahu memberitahu ataupun tidak. Mungkin dia boleh beritahu sebab gadis itu pun rapat dengannya dan kakaknya, Claire. Tapi bukankah nanti hairan dia kenapa Perth bertanyakan hal itu.

"Kalau kau ada orang yang kau sayang, tapi lepastu dia tinggalkan kau atas sebab tersendiri. Apa kau rasa?" Perth nekad bertanya.

"Saya akan rasa sedih. Tapi saya redha dengan kepergian dia," balas Carol sambil matanya memandang je arah air pancut dihadapannya.

"Kenapa kau redha? Kau tak benci dia ke sebab tinggalkan kau."

Carol tersenyum mendengar ayat itu. Dia tahu mesti semua orang akan fikir seperti itu.

"Dalam dunia ni ada dua sifat yang boleh merosakkan sesuatu hubungan. Pentingkan diri sendiri dan ego. Kalau awak pentingkan diri sendiri tak nak orang tu pergi, awak akan benci pada orang itu tanpa mendengar alasannya. Dan bila ego itu ada, ianya akan merosakkan sesuatu hubungan itu."

Panjang penerangan Carol itu. Lelaki yang ada di tepinya juga terpegun mendengar penerangan yang amat mendalam isinya itu.

"Awak sayangkan orang tu tak?" Tiba gadis itu menyoal. Perth mengangguk kepalanya untuk menjawab.

"Jadi awak mesti terima semua itu. Sifat yang pentingkan diri ini boleh buat awak benci dengan orang itu. Ego awak pula mungkin merosakkan hubungan baik awak dengan dia."

Perth menunduk kesal. Dia tahu sikapnya selama ini seperti itu. Dia terlalu pentingkan diri dan ada ego yang besar.

Sudah banyak kali kakaknya meminta maaf pada dia tapi sekali pun dia hiraukan. Dia malah memaki dan melontarkan kata kesat pada perempuan itu.

"Saya rasa orang yang awak sayang itu mungkin pergi bersebab. Mungkin juga dia pergi demi kebaikan awak," kata itu menarik perhatian Perth.

Muka lelaki itu diangkat melihat Carol yang tenang duduk di sebelahnya. Mata gadis di tepinya itu tenang melihat air pancut dihadapan dia.

Mungkin betul kata Carol tapi apa alasan Claire. Perth susah mahu mengetahui semua itu kerana dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkan oleh kakaknya.

Sejak dia bertemu dengan Claire pada hari itu, dia dapat melihat kakaknya sudah berubah. Ianya seperti aura baik yang selalu ada dalam gadis itu sudah hilang dan digantikan aura yang tidak tahu bagaimana mahu diterang lagi.

Kring!

Loceng sekolah itu berdering tanda tamat waktu rehat. Carol yang mendengar bunyi itu terus berdiri lalu menoleh ke arah Perth.

"Saya cadangkan awak berjumpa orang itu dan dengar alasan dia. Mana tahu awak boleh maafkan dia lepas tu," Carol memberi cadangan.

Perth tersenyun tipis mendengar semua itu. Betul juga keputusan dia untuk meminta pendapat pada Carol. Gadis itu memang hebat sehingga dapat beri dia nasihat sebegitu.

"Saya nak pergi kelas, awak tak nak pergi sekali ke?"

Perth menggelengkan kepala. Dia tidak mahu nanti ada orang salah faham hubungan dia itu. Dia malas mahu tambah masalah.

Carol pasrah dengan jawapan Perth tapi dia terima sahaja. Carol tersenyum lalu membuka langkahnya pergi dari situ.

"Terima kasih," ucap Perth tiba-tiba.

Carol terhenti dan melihat ke arah lelaki yang tidak langsung melihat ke arahnya.

"Sama-sama. Harap awak dapar berbaik dengan orang tu."

Langkah kaki dibuka kembali meninggalkan tempat itu. Carol berfikir tidaklah seteruk mana berbual dengan Perth sekali-kala.

Manakala Perth pula masih berfikir akan hal itu. Dia berfikir bagaimana dia mahu berhadapan dengan kakaknya selepas ini.

Lelaki itu mahukan kebenaran sebenar tetapi entah kenapa dia berasa segan mahu berjumpa Claire.

Sudah banyak kata kesat dan makian dilontarkan dia pada Claire membuat dia berasa sedikit malu mahu berhadapan dengan kakaknya.

"Aku mesti jumpa dia untuk tahu pasal ni," monolog hati Perth.

Dia nekad akan berjumpa dengan Claire untuk mengetahui kebenaran seberna.

Dia nekad akan berjumpa dengan Claire untuk mengetahui kebenaran seberna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sapa ship perth n carol dekat sini?

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now