cp 30

851 107 1
                                    

"Perth," aku menyebut nama lelaki itu.

Mata lelaki itu tajam melihat aku. Mukanya kelihatan sungguh suram dan seperti ingin membunuh aku disitu.

Dada aku yang terasa sungguh sakit ini semakin melemahkan badanku. Aku mahu meminta tolong kepada Perth namun saat ini Perth kelihatan seperti mahu membiarkan aku sakit di situ.

Kesakitan di dada aku semakin terasa mungkin tidak lama lagi aku akan pengsan. Badan aku mula merebah ke lantai dan pandangan aku mula menggelap. Tak kan lah ini saat terakhir aku sebelum aku pergi.

"Makan ubat ni cepat!" Satu tangan tiba memasukkan ubat ke dalam mulut aku.

Aku dengan tidak melawan terus menelan ubat itu. Seterusnya, orang itu mula menolong menyandarkan badan ku ke dinding di koridor itu.

Nafas aku masih lagi tidak teratur waktu itu tapi rasa sakit di dada aku mula menghilang.

"Minum air ni," satu botol air diberikan kepada aku.

Aku tersenyum pahit lalu mengambil botol itu. Diminum aku sedikit aor itu membuatkan aku sedikit lega. Nafas aku mula teratur dan rasa sakit di dada ku mula menghilang.

"Terima kasih, Perth," ucap aku kepada lelaki yang menolong aku tadi.

Aku sendiri tak sangka bahawa dia akan menolong aku. Aku fikirkan dia akan membiarkan aku mati disitu. Nasib juga dia masih mahu menolong ku walaupun dia membenci ku.

"Sejak bila kau dapat sakit ni?" Soal Perth.

Aku diam memandang lantai koridor ini. Aku tidak mahu menjawab soalan itu. Kalau aku jawab nanti semua rahsia yang aku simpan akan terbongkar.

"Kalau kau tak nak jawab tak apa," ujarnya.

Lega sedikit hati aku. Aku tersenyum seorang diri disitu. Inilah kali pertama Perth bercakap lembut dengan aku setelag 15 tahun tidak berjumpa.

Aku yang duduk menyandar itu cuba berdiri apabila badan aku sudah mula berasa sedikit membaik. Aku menahan dinding tingkap itu untuk menyokong badan ku dan tanpa aku sangka satu tangan mula menolong aku berdiri juga.

Tangan itu menolongku sehinggalah aku berdiri sepenuhnya. Perth memberi kembali botol ubat tadi kepada aku. Aku mengambilnya lalu menyimpannya kembali masuk ke dalam poket baju ku.

Rambut panjang aku sedikit aku selak kerana mengganggu pandangan mata aku.

"Rantai tu..." Tiba Perth menanyakan aku soalan.

Matanya kelihatan terbeliak besar. Aku tidak faham apa yang dia terkejutkan sampai bersegitu.

"Rantai apa?" Soal ku.

Perth diam seketika lalu dia berjalan meninggalkanku yang masih tidak mendapat jawapan dari soalan aku tadi.

Aku berdiri tertanya disitu. Kenapa dengan budak tu?

Beberapa saat kemudian, aku mula kembali jalan menuju ke arah Cafe tadi. Takut nanti mereka berdua tu syak ada apa-apa jadi kalau aku lama sangat pergi tandas.

.
.
.
.
.

Perth berjalan meninggalkan Claire seorang diri disitu. Dia amat terkejut apabila melihat rantai yang dipakai oleh Claire tadi. Reka bentuk rantai itu amat dia kenali.

Langkah dia terhenti seketika. Dia menyandar di dinding tingkap yang berdekatan lalu dia mengambil sesuatu dari poketnya.

Satu rantai perak dikeluarkan. Rantai itu mempunyai cincin bersamanya dan cincin itu terukir huruf CP. Itu adalah cincin yang dia dapat dari bapanya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now