cp 46

826 110 0
                                    

Kring!

Loceng tamat persekolahan berbunyi. Kini tamatlah sisi pagi sekolah itu. Carol yang duduk di kerusi itu, mengemas semua barangannya. Dia sedikit mengeluh di dalam hati kerana dia terlalu banyak kerja rumah hendak disiapkan hari ini.

"Kau tolong buat kerja rumah aku. Aku malas. Esok aku nak," tiba satu buku dihempas ke atas mejanya.

Carol mengangkat muka dan melihat orang yang menghempas buku tadi. Orang itu adalah Lily. Diva kelas ini yang perasan terkenal.

"Kau ada tangankan, buatlah sendiri," jawab Carol.

Terkejut perempuan itu apabila dijawab oleh Carol begitu. Carol pula hanya menyambung mengemas barang-barangnya.

"What! Aku suruh kau buatkan. So buat je lah. Yang kau nak menjawab aku apahal," jerkah perempuan itu.

"Kalau macam tu, aku pula suruh kau buat sendiri," balas Carol.

Perempuan itu terkaku dengan jawapan Carol. Baru kali ni dia lihat Catol menjawab perintahnya.

Carol berdiri dari kerusinya lalu dia mengambil beg dan disandangkan je belakang.

"Kalau kau fikir, kau dah tak ada tangan, bolehlah kau minta tolong orang lain tapi bukan aku," ujar Catol berjalan meninggalkan perempuan itu.

Semua mata dikelas yang melihat kejadian itu menjadi kaku kerana terkejut dengan perubahan sikap Carol itu. Dia yang dulunya pengikut dan lemah lembut kini sudah jadi seorang yang menakutkan dan seorang yang tidak boleh dikacau.

Memang sangat jauh perubahan Carol kali ini. Dan semua itu terjadi kerana peristiwa dia dengan Claire.

Dia berjanji pada dirinya untuk tidak menjadi orang yang lemah lagi supaya dia tidak dipandang rendah oleh orang lain. Dan tadi adalah contohnya.

Carol tersenyum seorang diri di koridor itu. Dia tidak sangka dapat melawan kata Lily tadi.

Dalam dia berfikir mahu kemana di waktu rehat ini, tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada satu pesanan datang.

Carol mengambil telefonya lalu terus dia membuka pesanan itu dan kelihatan pesanan tadi datang dari Claire.

"Kalau kau datang sini, tolong belikan aku air kotak macam biasa. Nanti aku bayar."

Carol tersenyum lagi. Akhirnya dia tahu hendak kemana rehat ini. Nasib sahaja dia ada alasan untuk bertemu dengan kakak kelasnya itu.

Carol berjalan dengan riangnya menuju ke sebuah mesin air untuk membeli air kakak kelasnya itu. Dia tahu kakak kelasnya maksudkan air apa kerana dia selalu melibat Claire meminum air itu ketika latihan.

Selesai sahaja pembelian, dia terus berjalan menuju ke taman sekolah. Dia mencari gazebo tempat Claire duduk dan apabila dia menjumpainya dia terus berjalan ke arah situ.

"Ini air kakak," Carol memberikan air kotak jus epal kepada Claire.

"Duit kau," ujar Claire sambil memberi beberapa not duit kertas kepada Carol.

"Tak pa, saya berlanja."

Claire memgeluh kecil dihatinya. Budak ini memang jenis penolak ya. Semua benda aku beri mesti dia tolak dulu. Kalau tak dipaksa memang tak akan ambillah benda tu.

"Ambil. Aku tak suka terhutang budi," Claire memaksa budak itu mengambil duit tersebut.

Budak itu dengan terpaksanya mengambil duit itu kerana tidak mahu Claire marah akan dia nanti.

Kemudian dia duduk di sebelah Claire. Buku latihan dia dikeluarkan dari beg sekolahnya lalu terus dia membuat kerja sekolahnya disitu.

"Korang berdua ni dah macam adik-beradik pula aku tengok," tiba satu suara datang.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now