cp 48

801 102 0
                                    

Aku duduk dikerusi yang ada di dalam dewan itu. Disebelah aku Rechel dengan senyum lebarnya juga turut duduk disitu. Mesti dia teruja akan orkestra yang akan bermula sekejap lagi.

Manakala kiri aku pula duduk Carol yang hanya tersenyum dari tadi. Aku berasa untung sangat budak ini dapat datang. Kalau tak mesti membazir sahaja tiket yang aku dapat hari tu.

Beberapa minit aku dan kawan-kawan aku menunggu orkestra itu bermula dan akhirnya bermulanya orkestra itu sudah dikatakan.

Satu dewan ini terus senyap apabila mendengar pengumuman itu. Jikalau bising nanti bukankah tidak dengar akan orkestra yang akan berlansung.

Aku duduk senyap memandang ke arah pentas. Pentas yang menyinarkan itu sungguh besar sama seperti pentas yang selalu aku lihat 16 tahun lepas. Entah kenapa pentas itu mengingatkan aku akan persembahan Rania.

Jiwa Rania yang ada di atas pentas adalah perkara paling cantik aku pernah lihat di dunia ini. Dan benda itu sudah tiada lagi.

Semua ahli orkestra sudah ada di atas pentas. Mata aku dikecilkan apabila aku melihat 3 orang ahli orkestra yang amat aku kenali.

Tunggu. Tu bukan ibu-bapa aku dan Karl ke.

Eh, kenapa mereka ada sini?

Karl aku tahu dia ada persembahan orkestra tapi aku tak tahu pula orkestra ni. Ibu bapa aku pula bukan sepatutnya ada World Tour ke sekarang. Kenapa mereka ada di atas pentas pula?

Hairan kepala aku memikirkan kejadian yang aku lihat sekarang. Entah-entah ibu aku beri tiket orkestra ni dekat aku sorang je sebab dia tahu Karl ada dalam orkestra itu sekali. Memang pandai mereka bertiga ni kenakan aku.

Aku menyandar dikerusi itu sambil menggelengkan kepala. Redha sajalah dapat keluarga macam ni. Suka sangat nak kenakan aku.

Beberapa minit kemudian, orkestra ini pun bermula. Aku mendengar setiap alunan melody yang dikeluarkan. Gabungan semua alat muzik itu memang bagus dan sempurna.

Apatah lagi apabila masuk bahagian solo. Memang sungguh sempurna. Agaknya berapa lama mereka berlatih untuk jadi sempurna ini.

Setelah hampir 40 minit lebih orkestra ini dilangsung, akhirnya persembahan itu pun tamat. Semua penonton di dalam dewan itu menepukkan tangan mereka. Rechel yang duduk disebelah menepuk tangannya seperti tidak ingat dunia.

Teruja betul budak itu dengan persembahan ini. Seperti baru pertama kali melihat orkestra. Sedangkan setiap tahun di sekolah akan mengadakan orkestra khas.

Ataupun budak ini memang sangat teruja kerana idolanya ada dihadapan itu.

Nak tahu siapa.

Siapalah kalau bukan ibu aku, Anna Claes. Aku tahu dia sangat mengidolakan ibu ku dari dulu aku. Dan apabila aku tahu semua itu, aku hampir tersembur air dimulut aku.

Siapa tidak terkejut bila kawan idolakan ahli keluarga sendiri. Apatah lagi, ibu angkat sendiri.

Tapi yang pelik sekarang adalah Rechel masih tidak tahu aku adalah anak angkat kepada idolanya itu. Aku tidak memberitahunya kerana dia tidak menanyakan hal itu.

Biarlah dia tidak tahu daripada dia kecoh apabila tahu nanti. Tak sia-sia aku kena serang oleh soalan dia nanti.

Aku dan kawan-kawanku keluar dari dewan itu setelah beberapa minit tamatnya persembahan orkestra tadi.

Kami bertiga berjalan menuju ke pintu keluar. Semua orang di dalam dewan itu juga turut keluar bersama kami.

"Ian," panggil Rechel kepada lelaki yang berdiri menyandar di pintu keluar.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now