cp 28

807 100 0
                                    

"Claire, sini." Rechel melambaikan tangannya ke arah aku.

Aku berjalan menuju ke arahnya. Kini tiba hari dimana lawatan sambil berlajar akan dilakukan. Kelihatan 2 buah bas yang akan membawa kami sudah tiba di hadapan sekolah ini.

Aktiviti ini dilakukan dalam hari ini sahaja jadi aku tidak membawa banyak sangat barangan. Aku hanya membawa beg sekolah aku dan beg violin. Sama seperti apa yang Rechel bawa.

"Semua sudah sampai ke?" Soal salah seorang guru pengiring.

Semua yang berkumpul di situ menjawab lalu guru itu cuba mengambil kehadiran setiap kelas yang hadir.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya selesai kerja cikgu itu. Kami kini dibenarkan masuk ke dalam bas. Terdapat 2 buah bas dimana tingkatan aku akan guna satu bas manakala satu lagi untuk tingkatan lain.

Aku masuk ke dalam bas itu dan mengambil tempat duduk di belakang tempat duduk Ian dan Rechel. Mereka berdua duduk sama manakala aku seorang. Tenang sikit hidup aku kerana boleh mengelak daripada dengar mulut Rechel bercakap selama 1 jam nanti. Memang terima kasih aku pada Ian.

"Kamu berdua naik bas ni lah. Ada 2 lagi tempat duduk kosong ni," tiba aku terdengar suara seorang cikgu bercakap.

Aku cuba memanjangkan leher aku melihat ke arah pintu masuk bas. Seorang guru dan 2 orang murid lelaki sedang bercakap di sana. Mungkin bas lagi satu sudah penuh kot. Lagipun bas satu lagi memang ada kecil dari bas ini jadi kalau sudah cukup muatan benda biasa.

"Kamu duduklah antara dua tempat duduk kosong tu," ujar guru itu lagi. Mesti dia maksudkan sebelah tempat duduk aku ni dan tempat duduk di hadapan sekali itu.

"Baik cikgu," suara 2 orang pelajar lelaki menjawab.

Aku masih lagi tidak dapat melihat muka pelajar lelaki itu sebab pintu bas ini menghalang pandangan mata aku.

Tapi aku tidak kisah. Asalkan budak lelaki yang duduk sebelah aku nanti tak ganggu aku. Aku kembali menyandar lalu memandang tingkap sebelah aku semula.

"Maaflan saya, saya du-" tiba satu suara kedengaran berdekatan dengan aku.

Menoleh kepala aku dan dengan terkejutnya aku melihat Perth yang bercakap tadi. Katanya terhenti tidak selesai. Mungkin sebab dia terkejut melihat aku yang duduk di kerusi sebelah itu.

"Ray, kau duduk sini lah. Aku duduk depan," kata Perth sambil melihat ke arah Ray yang sudah pun duduk dihadapan itu.

"Malaslah aku nak pindah, kau duduk je lah," balasnya.

Nampaknya Perth memang tak nak duduk situ. Mesti dia tak nak jumpa aku. Tapi aku tak kisah dia nak duduk mana pun. Bukan hal aku pun.

Aku kembali semula memandang ke luar tingkap bas itu. Membuatkan diri aku tidak kisah akan hal itu. Dan setelah beberapa saat aku mendengar bunyi seorang tengah duduk di sebelah aku. Nampaknya dia terpaksa duduk sebelah aku.

Walaupun kami berdua duduk bersebelahan tapi kami berdua seperti tidak mengenal antara satu sama lain. Diam dan tidak bersuara satu patah perkataan pun.

"Wey, tengok tu. Perth lah."

"Untung betul perempuan tu dapat duduk sama Perth."

"Kenapalah sejak perempuan datang sekolah ni, banyak je benda bagus berlaku dekat dia. Hari tu menang pertandingan, hari dapat duduk sebelah Perth pula. Untung betul."

Aku dapat dengar semua suara bisikan itu. Mereka fikir mereka cakap tak berbunyi tapi sebenarnya cakap macam guna pembesar suara. Semua boleh dengar. Agak-agaklah cakap macam tu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now