cp 12

909 118 2
                                    

Eva duduk rimas di dalam bilik rehatnya. Dia tidak puas hari dengan apa yang berlaku padanya hari ini.

Dia cuba memikir sesuatu untuk membalas semua perbuatan Claire tadi kepadanya.

Dalam dia memikirkan hal itu, mata dia tiba terkilas melihat violinnya yang terletak di atas meja bilik itu.

Mulutnya mula tersenyum senin. Dia terus keluar dari bilik itu dan ingin memulakan rancangan jahat yang difikirkan olehnya di otak kecil itu.
.
.
.
.
.

Aku berjalan balik ke bilik penantian tadi. Setelah Eva keluar daru bilik itu dengan rasa marah dia aku terus terasa hendak membeli air kerana sakit tekak bergaduh mulut dengan perempuan tak guna itu.

Jadi aku keluar dan meninggalkan bilik itu kosong. Rachel juga keluar sebelum aku kerana dia ingin mencari Ian setelah dia mendapat panggilan dari Ian yang mengatakan dia tidak tahu dimana bilik tadi.

Aku berhenti berjalan apabila aku melihat pintu bilik aku. Di tangan aku, aku membawa satu tin air minuman. Aku melihat pintu itu dengan pelik kerana pintu itu tidak ditutup dengan betul.

Seingat aku, pintu ini sudah aku tutup sebelum aku keluar. Mungkin juga Rechel dan Ian sudah sampai kot.

Aku menolak pintu itu tetapi aku tidak melihat sesiapa di dalamnya. Aku mula berasa hairan. Aku cuba melihat sekeliling untuk memastikan tiada apa yang berubah.

Tiada apa yang berubah di bilik ini. Hal itu membuatkan aku semakin curiga.

Aku berjalan menuju ke sofa tempat aku duduk tadi. Aku duduk dan cuba melihat sekeliling bilik itu lagi. Entah kenapa rasa tidak sedap hati aku membuak sangat pada waktu itu.

Aku cuba cari tapi tidak ada apa-apa yang pelik. Aku cuba fikir positif, mungkin hanya perasaan aku sahaja.

Air tin di tangan aku di buka dan terus aku tengup. Mata aku melihat ke arah satu meja dipenjuru bilik ini.

Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku terus berdiri dan berlari ke arah keja itu. Ada sesuatu yang hilang di bilik ini.

Benda itu adalah violin aku.

Aku mencari di seluruh meja itu tapi tiada langsung kelibat violin aku. Aku ingat sangat yang aku letakkan dia atas meja ini sebelum aku keluar dari bilik ini tadi.

Tidak puas aku cari atas meja itu, aku mula mencari di kawasan lain di dalam bilik itu. Habis satu bilik aku selongkar hanya untuk mencari violin aku.

"Kau cari apa, Claire?" Tiba satu suara datang menanya aku.

Aku menoleh ke belakang dan melihat Rechel bersama Ian sudah datang ke sini. Mereka melihat hairan ke arah aku.

"Violin aku. Korang ada nampak?"

"Violin kau? Mana kami tahu, kami baru datang. Kenapa? Hilang ke? Mana last kau letak?" Balas Rechel.

"Aku letak atas meja tu sebelum aku keluar tapi bila aku masuk balik, violin tu dah tak ada."

Kepala aku serabut memikirkan kemana violin aku pergi. Dan tanpa violin itu bagaimana aku hendak bermain selepas ini. Sudah lah masa aku tidak lama lagi. Hanya tinggal sejam lagi sebelum giliran aku.

"Claire, tu bukan violin kau ke?" Ujar Ian yang menunjuk ke arah luar tingkap di bilik itu.

Aku terus berlari ke arah tingkap itu dan melihat satu violin seperti terjatuh dari tingkat aku menuju ke belakang bagunan ini.

Setelah aku melihat violin itu, aku terus keluar dari bilik itu dan menuju ke arah violin yang ditunjukkan oleh Ian tadi.

Aku melihat violin itu dengan lebih dekat. Memang betul itu adalah violin aku sebab violin aku mampunyai tandatangan aku di bahagian belakang badannya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now