cp 98

810 86 5
                                    

Gelap.

Hitam.

Sunyi.

Keseorangan.

Itulah suasana tempat yang aku jejaki kini. Aku tidak tahu aku dimana dan bagaimana aku boleh berada di sini.

Aku terperangkap di sini cukup lama. Aku tidak ada rasa lapar, sakit ataupun sengsara. Apa yang aku rasa hanyalah kosong.

Tidak ada satu pun perasaan yang dapat aku ungkapkan kini. Mahu kata aku sengsara tetapi aku tidakd ada rasa sakit. Hendak kata aku tenang aku juga tidak merasakan rasa gembira itu.

Apa yang ada hanyalah kosong. Tidak ada perasaan.

Agaknya aku suka atau tidak akan tempat ini. Aku mahu keluar tetapi di masa yang sama aku mahu rehat dan tenangkan fikiran aku di sini.

Tempat ini memang kelihatan sangat gelap. Aku tidak dapat melihat satu pun objek. Apa yang ada hanyalah aku seorang.

Apa tempat ini adalah tempat yang aku cipta sendiri. Berjalan ke mana dan sejauh mana pun aku tapi aku masih tidak menjumpai jalan keluar.

Tidak tahu aku mahu keluar atau terus terperangkap di dalam dunia ini. Aku mahu keluar namun aku tidak tahu kenapa aku perlu keluar.

Aku mahu tinggal akan tetapi aku hati kuat mengatakan aku perlu keluar. Aku keliru dan dilema.

Aku berjalan di sekeliling tempat ini seperti mencari sesuatu. Jujur aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang.

Bruk!

Kaki aku terasa seperti terlanggar sesuatu. Aku memandang ke bawah dan melihat satu benda kecil berkilat ada di hadapan kaki aku.

Aku mengambil benda itu dan kelihatan ianya adalah satu rantai yang ada cincin di tengahnya. Terfikir aku, siapa punya rantai ni?

Aku memerhati rantai itu. Di cincin tersebut terukir dua huruf iaitu CP. Singkatan nama ke ni?

Macam pernah lihat rantai ni, tapi dekat mana ya?

Aku menyentuh cincin di rantai itu dan tiba-tiba satu cahaya yang terang datang dari cincin tersebut.

Aku menutup mata aku kerana sakit terkena cahaya yang terlalu terang tersebut. Beberapa saat kemudian aku membuka mata aku kembali.

Terbuka besar mata aku apabila melihat kawasan yang tadinya gelap dan sunyi tiba-tiba bertukar menjadi kawasan yang terang dan penuh dengan pokok-pokok. Ianya seperti aku berada di sebuah taman yang cukup besar sekarang.

Aku memandang sekeliling aku. Sungguh terang dan suasana yang sangat ceria.

Tempat apa ini?

Macam mana aku boleh berada di sini?

Soalan semakin banyak hadir di dalam kepala aku. Aku berjalan di kawasan ini sambil memandang tumbuhan yang hidup segar.

Di tengah kawasan ini terdapat satu pokok yang cukup besar bersama satu buaian yang tergantung di dahan besar pokok tersebut.

Kaki aku berjalan menuju ke arah pokok tersebut. Entah kenapa hati aku kuat mengatakan bahawa aku mesti pergi ke sana.

Sesampai sahaja aku di sana, aku terus memandang pokok yang gah berdiri itu. Berada di bawah pokok ini tidak terasa panas kerana dilindungi oleh daun pokok yang lebat tumbuh di dahan-dahan pokok ini.

Tangan aku menyentuh dahan coklat pokok ini. Entah kenapa terasa nostalgia pula. Tapi aku tak tahu dimana aku pernah merasai perasaan seperti ini.

Tears of Melody [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora