cp 69

784 98 3
                                    

Aku masih lagi terkaku melihat pasangan itu. Apa mereka buat di sini?

Ini sekolah mereka memanglah mereka ada sini tapi soalan aku apa yang mereka buat dekat sini dan cakap dengan Ian.

Rechel itu ibu bapa Ian, jadi Ian ni anak mereka lah. Apa? Aku tidak faham sekarang?

Pasangan legenda sebenar ada di hadapan mata aku bersama salah seorang rakan aku.

Dan pasangan itu sebenarnya ibu bapa kepada salah seorang rakanku. Betul ke semua ni? Ke hanya hayalan aku.

"Oh, selamat petang Rechel," wanita itu menjawab Rechel.

Aku yang ada dibelakang Rechel hanya berdiri diam tidak faham akan situasi itu. Memang betul aku tidak faham.

"Siapa kawan ka-" soalan wanita tadi terhenti apabila melihat muka aku.

Muka wanita itu kelihatan terkejut melihat aku. Aku menelan air liur aku kerana gementar sedikit pada waktu itu.

"Rania," tiba nama itu disebut olehnya.

Aku terhenti dari gementar aku apabila mendengar nama itu. Kenapa dia menyebut nama Rania?

"Dear, kenapa ni?" Seorang lagi lelaki menegur kami.

Aku menoleh ke arah seorang yang iras Ian. Lelaki itu juga terkejut apabila melihat muka aku. Kenapa dengan mereka semua ni?

Ian dan Rechel yang ada di tepi aku pun seperti tidak faham akan situasi tersebut.

"Dear, tu bukan Rania," ujar lelaki di sebelahnya.

Wanita tadi menoleh ke arah lelaki itu. Tangan lelaki tadi menyentuh bahu wanita tadi seperti memujuknya. Aku boleh nampak mata wanita itu berkaca.

"Maaf, muka kamu mirip sangat dengan kawan saya. Apa nama kamu?" Wanita itu mengesat air matanya.

"Claire idtrina Claes."

Sekali lagi wanita dan lelaki itu terkejut. Mereka saling memandang seperti berbicara sesuatu.

"Jadi kamu ni memang..."

"Ya, itu saya." Jawab aku tanpa mereka menghabiskan soalan mereka. Aku tahu apa soalan mereka dan kenapa dia menyebut nama Rania tadi.

.
.
.

Sofa empuk di dalam sebuah bilik putih seumpama pejabat itu di duduk oleh aku. Sebelah aku terduduk Rechel dan hadapan dia pula Ian.

Kami bertiga diam di dalam bilik itu sambil memandang satu sama lain. Sejak kami ditinggalkan oleh pasangan pianist kami terus begini.

Tidak ada seorang pun hendak memulakan percakapan. Bilik ini pula sejuk dengan keadaan seperti ini.

Bilik ini ialah bilik pengetua sekolah ini tapi kami gunakan selepas Ian meminta kebenaran dari pasangan tadi untuk berbincang sekejap. Tapi sejak pasangan tadi keluar satu patah perkataan pun tak kedengaran. Tak kan nak diam terus.

"Sampai bila nak diam ni? Cakaplah Ian, Claire." Bebel Rechel yang sudah hilang sabar.

"Aku tak tahu nak mula dari mana?" Ian meyandar di sofa itu sambil memegang kepalanya.

"Kalau macam tu aku tanya kau dulu. Betul ke kau anak pasangan tadi?" Soal aku.

"Ya betul. Aku anak mereka. Anak kandung mereka. Kalau kau tak percaya, nah! Id card aku. Tengok nama keluarga aku tu." Dia memberikan aku kad pelajarnya.

Aku mengambil kad itu dan membaca nama penuh lelaki itu.

Ian Eveniel Ayzel.

Ya, memang betul kata dia. Nama keluarga dia sama dengan nama keluarga pasangan itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now