cp 6

1K 136 2
                                    

Aku duduk di sebuah bangku yang ada di bangunan atas sekali sekolah ku itu. Sekarang adalah waktu rehat sebelum sesi petang bermula.

Biasanya aku akan pergi ke perpustakaan tapi entah kenapa hari ini perpustakaan ditutup atas sebab tertentu.

Aku memandang langit yang cerah dan membiru itu. Dapat juga aku menghilangkan stress aku di sekolah ini.

Pada hari itu, matahari tidaklah panas sangat jadi aku boleh duduk bersenang di situ. Aku melihat jam tangan ku, masih ada 30 minit sebelum masa kelas bermula.

Aku sudah mula rasa bosan berada di sini. Aku mengambil violin aku di dalam beg khasnya.

Aku terfikir mahu berlatih violin disana sementara menunggu masa berlalu.

Aku mengatur baju uniform ku lalu telefon ku diletakkan di kerusi yang aku duduk tadi. Aku mula berdiri lalu violin diangkat dan aku mula memainkannya.

Aku memainkan mozart ave verum corpus.

Aku memainkannya dengan berhati-hati. Aku tidak boleh terlepas walaupun satu not.

Hampir 4 minit juga aku memainkan violin ku dan akhir aku selesai. Aku memejamkan mata ku sekejap menenangkan diri ku. Udara di situ ditarikku lalu dihembuskan.

Aku sudah sedia untuk memainkan violin ku sekali lagi.

Tap! Tap! Tap!

Tiba-tiba aku terdengar seseorang menepukkan tangan di situ. Aku menoleh ke arah pintu masuk tempat itu dan melibat seorang perempuan dan seorang lelaki berjalan ke arah ku. Permainan aku dengan serta merta berhenti.

Perempuan itu tersenyum ke arah aku manakala lelaki itu hanya menunjukan muka yang masam seperti terpaksa sahaja datang ke situ.

"Hebatlah kau main. Berapa lama kau practice nak dapat se 'perfect' tu?" Tanya perempuan itu.

Aku hanya diam mendengar suara perempuan dihadapan aku bercakap. Perempuan ini seperti aku pernah lihat sebelum ini. Tapi dekat mana ya?

"Kau tak rehat ke? Aku tak pernah tengok muka kau dekat kentin masa rehat." Semakin banyak pula soalan keluar dari mulut perempuan ini.

"Kau siapa?" Soal ku.

"Kau tak ingat aku ke? Kita sama kelas lah. Sesi pagi dan sesi petang."

Sama kelas? Jap, dia ni bukan ke yang melambai ke arah aku hari itu. Aku cuba memikirkan namanya dan baru aku teringat yang aku tak tahu sorang pun pelajar kelas itu.

Aku masuk pun macam nak tak nak je berkenalan. Ni kan pula orang nak berkenalan dengan ku.

"Nama aku Rachel. Yang ni pula Ian," perempuan itu tunjuk ke arah lelaki di tepinya.

Aku diam memandang mereka. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"Kau ni baguslah dapat buat vibrato hari tu. Macam mana kau buat? Aku dah berlatih pun still tak dapat." perempuan itu bertanya lagi.

Memang tidak henti mulut perempuan ini. Aku yang dekat depan dia ni lagi tak tahu apa nak jawab dengan semua pertanyaan dia itu.

"Kau ada masalah percakapan ke?"

"Aku boleh cakap," balas ku apabila dikatakan begitu.

Boleh pula dia ni kata aku ni ada masalah percakapan. Kau fikir aku ni bisu tak boleh bercakap.

"Ingatkan kau tak boleh bercakap tadi. Anyways selamat berkenalan," dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku.

Aku hanya memandang tangan itu. Perlu ke aku salam dia sekarang?

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now