cp 27

847 96 0
                                    

Hospital.

Tempat paling aku benci. Tempat dimana aku terpaksa berkurung selama aku sakit. Dan hari ini aku terpaksa juga datang ke situ. Kalau diikutkan hati aku, tak nak aku datang ke sini lagi. Malas aku nak hirup udara hospital ini.

Tapi aku terpaksa juga kerana sudah sampai masanya untuk hari pemeriksaan kesihatan aku. Sejak kejadian aku jatuh pengsan di sekolah hari tu, Karl setiap bulan akan ingatkan aku supaya pergi buat pemeriksaan kesihatan.

Kadang-kala aku malas juga nak dengar bebelan Karl itu tapi kalau dia dah ugut aku memang tak boleh nak tolaklah.

Salah aku juga tak jaga kesihatan badan aku ini. Apatah lagi selepas pembedahan jantung 15 tahun lepas. Aku fikirkan pembedahan itu sudah lama jadi aku sudah boleh jalan hidup macam biasa. Rupanya tak. Sekali aku lupa makan ubat datang baliklah sakit aku itu.

"Kalau ekot data kesihatan kamu ni, jantung kamu sudah mula membaik. Just tolong jangan lakukan aktiviti yang terlalu lasak," ujar seorang doktor wanita di hadapan aku.

Aku menganguk tanda faham.

"Kalau pasal ubat, macam mana doktor? Saya sudah boleh berhenti ambil ke?" Soal aku.

"Ubat tu buat masa sekarang lebih baik kamu jangan berhenti dulu. Saya takut juga kalau kamu tak makan jantung kamu akan buat hal lagi."

Kecewa dan hampa hati aku dengan jawapan doktor itu. Baru sahaja aku fikir nak berhenti makan ubat itu. Sudahlah ubat tu pahit kena pula makan 3 kali sehari.

"Ini bawa pergi farmasi, ambil ubat kamu," satu kertas kecil diberikan kepada aku.

Aku mengucapkan terima kasih kepada doktor itu lalu aku keluar dari bilik tersebut. Kaki aku terus laju membuka langkah menuju ke farmasi yang dikatakan oleh doktor tadi.

.
.
.
.
.

"Tuan, tu bukan Claire ke?" Kata seorang lelaki kepada encik Darren.

Encik Darren yang ada di hospital itu terus melihat ke arah yang dikatakan oleh pembantu peribadinya itu.

Mata dia terus menangkap sosok seorang gadis berambut panjang berjalan menuju ke arah farmasi. Memang betul kata lelaki tadi, itu adalah Claire.

Sedikit terkejut encik Darren melihat gadis itu ada di hospital. Dia memang tidak sangka akan berjumpa dengan gadis itu disana.

Dia pada awalnya datang ke situ untuk melawat kawannya yang baru sahaja selesai pembedahan tadi dikejutkan apabila melihat Claire yang datang ke situ.

"Apa dia buat sini?" Soal encik Darren.

Minda encik Darren penuh dengan persoalan tentang Claire sejak dia bertemu dengan gadis itu di tasik hari itu. Dia selalu memikirkan tentang gadis itu selama tempoh masa ini.

"Tuan, tak nak tegur ke? Dah lama tuan tak jumpa dia tu," ujar lelaki tadi.

Encik Darren berfikir sejenak. Kalau nak tegur pun mesti tidak akan dilayan balik kerana dia tahu bagaimana Claire itu setelah kejadian 16 tahun lepas. Tapi kalau tak tegur nanti menyesal.

"Kita ekot dia dulu," cadang encik Darren lalu mengikuti gadis tadi. Pembantunya juga turut mengikuti lelaki itu.

Mereka berdua berjalan sedikit jauh dari gadis itu kerana tidak tahu gadis itu tahu kehadiran mereka. Setelah hampir 5 minit berjalan, akhirnya mereka bertiga berhenti.

Mereka kini berada di farmasi hospital itu. Claire duduk di kerusi menunggu hospital itu manakala 2 orang lelaki tadi duduk jarak satu baris dari barisan tempat Claire duduk.

"Claire Idtrina Claes," nama gadis itu dipanggil.

Claire berdiri lalu berjalan menuju ke kuanter dihadapannya.

"Ubat ni jangan lupa makan 3 kali sehari. Dan yang ni kena makan kalau jantung kamu tiba-tiba sakit. Jadi ubat ni penting, jangan tinggal atau lupa makan," terang jururawat yang berkerja disitu.

Encik Darren yang mendengar perbualan itu sedikit terkejut apabila mengetahui ubat yang Claire dapat. Mana tidaknya, ubat untuk sakit jantung. Biasanya orang tua yang dapat ubat itu tapi ini gadis remaja itu pula yang dapat.

Bukan itu sahaja yang membuatkan lelaki itu terkejut. Dia juga terkejut bila dengar nama penuh Claire tadi. Nampaknya dia sudah tukar nama keluarga dia. Bukan lagi Ascart tapi Claes. Jadi selama gadis itu kena buang keluarga dia sudah ada keluarga baru.

Encik Darren memang tidak tahu semua itu selama. Dia sudah terputus hubungan dengan gadis itu 15 tahun lepas dan selapas itu dia langsung tidak tahu khabar berita tentang gadis itu.

Mata dia memandang Claire yang berjalan meninggalkan tempat itu. Entah apalah yang gadis itu sudah lalui sejak kena buang keluarga. Hatinya terasa pedih melihat gadis itu.

"Max, cari maklumat pasal Claire selama 15 tahun akhir ni. Aku nak semua itu sebelum minggu depan," arah encik Darren kepada pembantunya.

Pembantunya menggangguk lalu mereka berdua berjalan pergi dari situ.
.
.
.
.
.

"Class, 2 hari lagi kita akan ada aktiviti lawatan sambil belajar, so saya nak kamu semua sudah sedia barang yang saya tulis dekat whiteboard ni," ujar cikgu Emma sekalu guru kelas pagi aku.

Aku hanya melihat wanita di hadapan aku ni bercakap. Malas betul aku mahu mengikuti lawatan ini. Bagi aku semua ini tak ada guna pun, bagus lagi belajar di rumah sahaja.

Tapi aku tak dapat tolak kerana lawatan ini wajib bagi semua pelajar tahun akhir dan pelajar tahun sebelum aku.

Aku tak tahu lah kenapa lawatan ini wajib pula, sedangkan pergi lawatan pun bukan tempat yang bagus sangat. Muzium je kot.

Apalah nasib aku ni. Baru saja fikir nak buat kerja lain hari tu sudah datang benda ni pula. Terima saja lah.

"Sekarang tolong masuk kumpulan hari tu. Saya ada tugasan sedikit untuk hari lawatan nanti," bicara guru itu.

Serta merta kelas itu riuh-rendah apabila mendengar kata guru itu. Mereka semua mula berjalan menuju ke kumpulan mereka. Rechel dan Ian seperti biasa sekumpulan dengan aku. Ya, hanya kami bertiga seperti biasa.

Setelah hampir 5 minit kelas ini bising, akhirnya semua mula diam. Kumpulan 3 orang sudah terbentuk. Cikgu Emma yang ada di hadapan kelas mula berjalan menuju ke satu kumpulan ke satu kumpulan sambil mengedarkan satu kertas ditangannya.

"Kertas ni nanti bawa waktu lawatan untuk kerja kumpulan kamu semua. Tolong jangan lupa," pesan guru itu.

Aku mengambil kertas yang dikatakan lalu membaca isi kertas itu. Macam soalan kuiz jer isi kertas ini. Takkan lah dekat sana nanti buat kuiz pula.

"Before saya lupa, kumpulan kamu ni akan bersatu dengan kumpulan adik kelas kamu. So waktu tu tolonh saling kerjasama. Jangan buli adik kelas kamu."

Sama kumpulan dengan adik kelas pula. Boleh pula macam tu. Benda yang diajar lain kot. Dapat ke mereka kejar apa yang telah diajar nanti.

Harap sajalah dapat sebab aku pun malas nak bercakap dengan orang yang aku belum kenal. Apatah lagi adik kelas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now