cp 15

930 117 0
                                    

Aku berjalan menuju ke bilik latihan dimana Rechel dan Ian berjanji mahu berlatih di sana. Petang ini sepatutnya ada kelas tapi kelas kami terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.

Jadi untuk tidak membuang masa tidak buat apa-apa di kelas itu aku telah bersetuju untuk berlatih bersama dengan Rechel dan Ian.

100 meter lagi aku akan sampai di bilik itu. Dari sini sahaja aku sudah dapat dengar alunan bunyi melody piano. Mungkin Ian yang memainkan piano itu.

Aku mengakses id kad aku lalu aku terus membuka pintu bilik itu. Aku melihat Ian sedang bermain piano manakala Rechel pula duduk di sofa berdekatan sambil bermain telefon.

Kaki kaki berjalan menuju je arah Rechel lalu meletakkan beg sekolahku di atas sofa dan beg violin aku di atas meja bersebelahan dengan sofa itu.

Violin aku dikeluarkan dari beg aku. Aku mendengar irama melody yang Ian mainkan sambil aku mengelap badan violin aku. Dalam dia memainkan piano itu, tiba-tiba aku terdengar sesuatu yang silap di situ.

"Ian kau salah main not," kata aku lalu memandang ke arah dia.

Permainan dia terus terhenti dan melihat ke arah aku. Rechel yang duduk tadi pun melihat ke arah aku.

"Salah not? Ada salah ke tadi?" Soal Rechel kepada Ian.

Ian diam tidak menjawab jawab soalan Rechel tadi. Mata dia memandang ke arah aku seperti menunggu aku bercakap.

"Part tu kau sepatutnya G minor chord, so G, B flat and D. Bukan G, B flat and C," terang aku.

Bilik itu tiba-tiba sahaja menjadi senyap. Aku salah cakap ke? Tapi memang betullah not dia tadi salah. Aku hanya nak betulkan saja. Ke diorang ni marah sebab aku tegur dia tadi. Rasa bersalah tiba hadir di dlam diri aku ini.

Tap! Tap! Tap!

Tiba Rechel menepukkan tanganya. Aku memandang hairan ke arah gadis itu.

"Hebatlah kau dapat teka macam tu je, kau perfect pitch ke?" Soal Rechel.

Aku pelik dengan sikap Rechel itu. Biasa orang bila tahu perkara itu mereka akan terkejut tapi Rechel seperti dia tahu semua itu akan berlaku.

Aku diam apabila ditanya seperti itu. Perasaan pelik aku dengan Rechel itu membuatkan aku tidak menjawab soalannya.

"Sorrylah Claire, ini semua plan Rechel. Dia nak tahu sama ada kau dapat teka tak not yang aku buat tu salah atau tak. Jadi aku memang sengaja buat salah not tadi," terang Ian.

Aku memandang ke arah Ian itu. Patutlah lelaki itu tiba-tiba ada buat salah. Biasanya dia tidak akan buat salah, apatah lagi untuk bahagian senang seperti tadi.

"Tapi aku memang terkejut jugalah kau dapat teka part tu. Biasa aku suruh dia cuba dekat orang lain diorang tak dapat," ujar Rechel pula.

Mata budak itu bersinar apabila mengatakan hal itu. Terpegun betul dia. Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa dengan budak itu kalau dia sudah terpegun macam tu.

"Kau pernah belajar piano ke dulu? Biasa kalau orang ada perfect pitch ni pernah belajar piano dulu," tiba Ian bersuara.

Hati aku tiba berdegup kencang apabila dia bertanya begitu. Soalan itu mengingatkan aku tentang masa silam aku. Masa silam yang ingin aku lupakan.

Aku menangguk kepala lalu mata aku terus melihat ke arah violin aku. Aku terus memainkan violin itu dengan menghiraukan mereka itu. Aku tidak mahu mereka menanyakan soalan itu lagi.

Aku takut mimpi ngeri masa silam aku bangkit semula.

.
.
.
.
.

"Kau pernah belajar piano ke dulu? Biasa kalau orang ada perfect pitch ni pernah belajar piano dulu." Perth terdengar suara Ian dari dalam bilik itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now