cp 55

810 102 2
                                    

Aku berjalan di dalam lapangan terbang itu sambil membawa beg bagasi aku. Hari ini aku akan pulang ke rumah aku kerana cuti semesta aku sudah tamat.

Kali ini aku tidak sendiri seperti aku datang ke sini dahulu. Kini aku ada Karl yang akan pulang sama dengan aku. Aku sendiri tidak faham kenapa lelaki ni nak ikut aku pulang sedangkan kerjanya dekat sana sudah habis. Entah apalah dia nak buat nanti.

Aku duduk di kerusi menunggu yang ada di dalam lapangan terbang itu. Karl juga turut duduk di sana. Aku melihat jam di tangan aku. Tidak lama lagi penerbangan aku namun kelibat ibu bapa aku yang katanya mahu melihat kami pergi tadi masih tidak kelihatan.

Setelah beberapa minit kami berdua duduk, akhir penerbangan kami telag diumumkan. Ibu bapa angkat aku masih lagi belum kelihatan. Nampaknya mereka akan lambat. Nanti aku hantar pesanan sahajalah pada mereka.

"Karl, Claire." Nama aku dan Karl dipanggil oleh seseorang.

Kami berdua dengan senrentak menoleh ke arah suara itu dan kelihatan ibu bapa aku berjalan ke arah aku.

Aku tersenyum melihat mereka. Mereka memang datang. Walaupun lambat tapi mereka masih juga datang.

"Sorry lambat, jalan sesak tadi."

Aku tersenyum lalu menggelengkan kepala aku tanda aku tidak kisah. Yang pasti mereka dapat tunaikan janji untuk datang sini.

"Bila flight kamu berdua?" Soal ibuku.

"Tadi dah umum, kejap lagi kami akan naik," jawab Karl.

Ibu bapa aku saling memandang. Kemudian muka mereka tersenyum sayu. Mungkin sukar untuk mereka berjauhan dengan kami setelah hampir 1 bulan bersama itu.

"Kamu berdua dekat sana, tolong jaga diri kamu. Jangan asik nak bergaduh jer. Claire kamu mesti jaga makan minum Karl ni. Karl pula kalau ada apa-apa jadi dekat Claire itu tanggungjawab kamu. Jangan endahkan. Dia tu adik dan tunang kamu," pesan wanita dihadapan aku.

Aku dan Karl yang mengangguk faham akan nasihat yang dia beri. Ibu aku memberi nasihat seperti aku tidak pernah tinggal bersama Karl saja sebelum ini.

"Kalau daddy dan mummy ada masa, kami berdua akan pergi lihat-lihat kamu berdua," ujar ayah angkat aku.

Beberapa saat setelah dia mengatakan itu, satu lagi pengumuman tentang penerbangan kami telah berbunyi. Aku mengambil beg bagasi aku lalu melihat ibu bapa angkat aku untuk kali terakhir pada hari itu.

"Mummy, daddy. Kami berdua pergi dulu. Kalau ada apa-apa telefon kami ya," ucap aku.

Aku memeluk mereka berdua lalu menghadiahkan satu ciuman di pipi mereka. Agak sedih rasanya untuk berpisah dengan mereka berdua.

"Sudah sampai nanti, telefon ya. Jaga kesihatan kamu tu," nasihat ibu aku lagi.

Aku memberi isyarat tangan 'okay' lalu aku berjalan meninggalkan mereka berdua mengikuti Karl yang sudah berjalan dahulu dari aku.

Sempat aku menoleh ke belakang dan melambai ke arah pasangan itu. Harap sahaja setelah urusan aku selesai aku boleh duduk bersama mereka lagi. Tidak perlu aku hendak duduk jauh-jauh seperti sekarang.

Sesampai sahaja aku di kapal terbang, aku berjalan mengiringi Karl yang sedang mencari tempat duduk itu. Setelah beberapa saat berjalan, akhir dia menjumpainya.

Dia membenarkan aku duduk di sebelah tingkap manakala dia pula duduk di sebelah aku. Aku tanpa banyak kata terus ikut sahaja perintah lelaki itu.

.
.
.

Tears of Melody [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora