cp 105

712 71 1
                                    

"Karl, kau ada sorokkan sesuatu ke dari aku?"

Tangan yang menaip di laptopnya tadi terhenti apabila mendengar soalan yang tiba ditanyakan.

Aku yang duduk di sofa hadapan lelaki itu memandang tajam ke arahnya. Aku dapat rasakan Karl ada menyorokkan sesuatu dari aku.

Sesuatu yang mesti aku tahu. Dan mungkin ada kena-mengena dengan semua suara yang aku selalu dengar selama ini.

"Apa benda yang aku sorokkan dari kau? Tak ada apa-apalah," balasnya lalu kembali menaip.

"Betul ke?" Aku cuba mencari kepastian.

Karl tidak menjawab tetapi diberikan anggukan kepada aku.

Muka Karl dipandang tepat oleh aku. Mukanya tidak menunjukkan riaksi apa-apa. Tidak tahu sama ada dia menipu ataupun bercakap benar.

Tetapi firasat aku kuat mengatakan bahawa dia menipu aku.

"Kalau macam tu, aku nak balik telefon aku dulu." Pinta aku.

Sekali lagi tangan yang menaip itu berhenti. Matanya memandang tepat ke arah aku.

"Kenapa kau nak telefon tu balik? Telefon tu kan sudah rosak."

"Telefon memang sudah rosak tetapi data dalam telefon tu tak akan rosak. Aku boleh jer ambil memory card telefon tu dan masuk ke dalam laptop aku."

Lelaki di hadapan aku terdiam sejenak. Seperti sedang fikirkan sesuatu.

Aku amat berharap telefon lama aku dapat kembali kepada aku. Kalau Karl tak nak kata benda yang dia rahsiakan tak apa, asalkan telefon lama aku diberi balik.

Aku ni ada satu tabiat iaitu suka simpan gambar atau maklumat penting dalam telefon aku, jadi kalau ada telefon lama aku mungkin aku boleh tahu siapa sebenarnya lelaki semalam.

"Tak boleh," jawapan mengejutkan aku.

"Kenapa pula?"

"Aku dah buang telefon tu," pendek jawapannya membuat aku banggang.

"Apahal kau buang pula?"

"Dah rosak, buat apa aku nak simpan." Sakit hati aku mendengar jawapan itu.

"Kalau buang pun, tak kan kau tak ambil memory card telefon tu?"

"Aku malas nak ambil."

Hati aku seakan membara kini. Geram betul aku dengan lelaki syaitan depan ni. Ada ke patut buang telefon tu!

Sudahlah itu sahaja cara untuk aku tahu apa yang terjadi dahulu. Kenapa lah lelaki ni bodoh sangat buang telefon tu tanpa ambil memory card telefon tu.

"Sudahlah! Malas aku nak cakap dengan kau lagi. Buat sakit kepala aku sahaja," aku mula berdiri dengan hati yang sungguh panas membara.
Malas aku nak layan lelaki yang tak fikir nak buang telefon aku itu.

Kaki aku melangkah pergi ke bilik aku yang tidak jauh dari ruang tanh tadi. Tombol pintu dipegang namun aku terhenti seketika.

"Karl, aku percayakan kau. Walaupun kau dah tipu aku seribu kali, aku tetap percayakan kau. Tapi ada masa aku dah tak boleh tahan. Jadi tolong jangan hilangkan kepercayaan aku pada kau," ujar akhir aku sebelum aku masuk ke dalam bilik itu.

.
.
.
.
.

Karl duduk diam menghadap laptop yang terbuka itu. Kepalanya bukan memikirkan tentang kerja malah memikirkan tentang hal yang diberitahu oleh Claire tadi.

Dia tahu dirinya sedang menipu sekarang. Tetapi dia terpaksa berbuat begitu.

Lelaki itu tidak mahu Claire tahu akan masa silam yang sungguh menyakitkan itu. Baginya biarlah hidup Claire sekarang bahagia tanpa mengingati kisah silamnya dahulu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now