cp 90

806 87 10
                                    

Encik Darren dengan marahnya berjalan masuk ke dalam rumah. Sungguh dia tidak dapat menerima apa yang sudah terjadi. Dan semua itu terjadi atas sebab isterinya sendiri.

Rania pergi meninggalkannya dan Claire tidak dapat maafkan. Semua itu sebab isteri yang dia anggap baik sebelum ini.

Bam!

Pintu satu bilik dihempas oleh lelaki itu. Kakinya melangkah laju ke arah satu sofa yang terdapat seorang wanita duduk di atas sofa itu.

Wanita itu dengan tenang melihat ke arah suaminya. Air teh yang ada di tangan terus dihirup tanpa melayan suaminya yang kelihatan sungguh marah itu.

"Ambil ni dan keluar dari rumah ni sekarang," satu kertas kecil dihempas ke atas meja dihadapannya.

Wanita tadi tersedak apabila suaminya menyuruh dia mengambil kertas seupama cek itu dan keluar dari rumah tersebut.

"Apa awak cakap ni? Kenapa tiba-tiba jer nak suruh saya keluar dari rumah ni?" Soal Elena.

"Kenapa? Kau fikir aku tak tahu apa yang kau dah buat selama ni," tajam mata encik Darren menatap Elena.

"Buat apa?" Wanita itu pura-pura tidak tahu.

"Buat-buat tak tahu pula. Kau dah hancurkan hidup Claire dan sekarang kau nak mengelak."

Elena terkejut apabila suaminya mengatakan hal itu. Matanya terbuka besar.

Hati dia kuat mengatakan bahawa semua rahsia yang dia simpan sudah terbongkar. Tapi bagaimana?

Dia pasti bahawa dia sudah tutup semua bukti kecuali mulut Claire. Tapi itu pun kalau suaminya percaya akan kata Claire.

"Bila pula saya hancurkan hidup budak tu? Dia yang hancurkan diri dia sendiri," wanita itu cuba menafikan kebenaran.

"Kemalangan Claire terjatuh tangga 16 tahun lepas tu terjadi atas sebab kau. Dia tak boleh main piano pun atas sebab kau. Kau plan semua tu supaya kau boleh hasut aku untuk buang budak tu kan," tinggi suara encik Darren.

"Awak tak boleh tuduh saya macam tu. Tak kan saya sanggup buat semua tu."

"Tuduh! Siapa cakap aku tuduh. Aku aku ada bukti," lelaki itu mengeluarlan telefon pintarnya lalu diberikan kepada Elena.

Satu video dimainkan di dalam telefon itu dan serta-merta penipuan Elena mencapai pengakhiran.

Video itu adalah video cctv rumah itu 16 tahun lepas. Video dimana semua kejadian lalu dapat dirakam dengan jelas.

.
.

Flashback

"Kalau tuan tak percaya, tuan boleh tengok ini," David menghulurkan laptopnya.

Encik Darren mencapai laptop itu dan serta-merta matanya terbeliak besar.

Video itu menunjukkan jelas perbuatan Elena pada 16 tahun lepas. Dari video itu dapat dilihat bagaimana Claire keluar dari bilik latihan lalu Elena menolaknya dari belakang. Dan selepas itu Elena dengan pura-puranya mendekati Claire seperti mahu menolong budak itu.

"Sebenarnya saya simpan rakanan cctv itu sejak saya keluar dari rumah itu. Saya tahu yang puan akan buang semua bukti kejadian itu, jadi saya dengan cepat ambil rakaman tu untuk menjadi bukti lain," terang David.

Encik Darren seperti tidak sangka bahawa Elena memang penyebab dia kehilangan keluarga lamanya.

Sakit hati dia menerima semua lakonan baik Elena di hadapannya selama ini. Dia tidak patut meninggalkan isteri lamanya dulu demi perempuan ini.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now