cp 106

684 77 0
                                    

Aku turun dari kereta aku ini. Satu kawasan perkuburan jelas kelihatan di hadapan mata. Keadaan tempat ini sangat sunyi dengan ketiadaan sesiapa pada waktu sekarang.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam kawasan perkuburan ini. Aku cuba mencari tempat yang aku mimpikan malam tadi.

Seingat aku di dalam mimpi ini aku sempat melihat nama batu yang terukir nama seseorang.

Satu-persatu nama yang terukir di batu kawasan ini aku baca dan akhirnya ku menemui satu batu yang terukir nama yang aku cari.

Rania Aderline.

Itulah nama yang terukir di batu hadapan aku kini. Nama itu entah kenapa mengingatkan aku pada seseorang tetapi aku tidak menganalinya.

Siapa orang itu?

Apa khaitan aku dengan nama orang ini?

Aku tidak fahamlah dengan semua persoalan yang bermain di kepala aku kini.

Kenapa seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan dari aku? Aku mahu tahu benda itu.

Tangan aku menyentuh ukiran nama yang terletak di batu itu. Jiwa ku kini seakan bercampur perasaan sedih dan perasaan ingin tahu.

Aku dapat rasakan bahawa orang yang terukir namanya di sini adalah orang yang akat penting bagi aku.

Tetapi kenapa aku lupa? Aku tidak dapat ingat apa-apa pun tentang orang itu.

Aku mahu ingat semua itu. Perasaan ini sangat menyakitkan. Ianya seperti aku cuba menahan pedih di hati yang tidak tahu asal lukanya.

Aku menghela nafas di situ. Kemudian badan aku dipusingkan ke belakang kerana aku mahu balik semula ke kereta aku. Mungkin lain kali aku boleh lagi datang ke sini.

Baru sahaja kaki aku melangkah pergi, tiba kepala aku terasa sakit. Tangan aku cuba menahan rasa sakit di kepala ini.

"Tak ada gunalah kau nak menyesal sekarang!"

"Waktu mama tengah tenat di hospital 16 tahun lepas, ada ke kau datang. Tak! Kau tak datang langsung. Mama setiap masa ingatkan kau, tapi kau tak pernah ingatkan pasal dia. Semua tu sebab perempuan murahan tu!"

"Sebab kau mama pergi. Sebab kau mama tak dapat kebahagiaan yang dia mahu. Dan sebab kau juga mama menahan sakit yang dalam."

Sekali lagi memori yang sama terlintas di kepala aku. Memori ini hampir sama dengan mimpi aku. Adakah ini memori aku dahulu?

Dan kenapa aku kata seperti itu di kawasan ini?

Kepala aku semakin sakit menahan kesakitan ini. Satu ubat dikeluarkan dari poket seluar aku dan terus aku memakan ubat itu.

Setelah beberapa minit, akhirnya kepala aku mula membaik. Namun fikiran aku masih kacau dengan memori tadi.

Kenapa aku bercakap seperti itu? Aku tengah bergaduh ke masa itu?

Kepala aku menoleh kembali melihat batu yang terukir nama tadi.

Mama.

Adakah wanita ini adalah ibu kandung aku?

Seingat aku tmdi memori tadi menyebut memanggil wanita ini dengan pangilan 'mama'. Jadi dia ni adalah ibu sebenar aku.

Tapi kenapa dalam memori tadi aku seperti sedang bergaduh dengan seorang lelaki. Siapa pula lelaki itu?

Buntu betul kepala aku memikirkan hal ini.

Kaki aku mula melanglah semula pergi dari kawasan ini. Entah kenapa semakin lama aku di sana aku dapat merasakan sesuatu yang amat sedih.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now