cp 71

771 101 3
                                    

"Baru balik kau?" Soal aku bila melihat Karl masuk ke dalam rumah ini.

Lelaki itu tidak menjawab dan hanya berjalan menuju ke arah aku yang sedang duduk di sofa ini.

"Bila kau sampai?" Dia pula menyoal aku.

"Petang tadi."

Aku yang baru pulang dari lawatan itu langsung tidak menghiraukan Karl. Telefon ditangan aku dimain oleh aku. Televisyen yang terbuka dihadapan aku langsung tidak dilihat malah aku rasa benda itu yang lihat aku sekarang.

"Oh ya, fail tu untuk kau." Aku menunjuk fail yang ada di atas meja kopi hadapan aku.

Karl berjalan ke arah meja itu dan mengambil fail itu. Dia membelek-belek fail itu sebelum membaca tajuk fail itu.

"Mana kau dapat fail ni?"

"Pasangan pianist tu bagi," ringkas jawapan aku.

"Kau jumpa mereka. Bila masa? Macam mana pula?"

Aku mengalah dengan soalan lelaki itu. Telefon yang aku main tadi ditutup lalu aku menoleh ke arah lelaki itu.

"Aku jumpa mereka dekat main school. Lepas tu mereka kata suruh bagi fail ni pada kau," terang aku.

Aku menatap matanya yang keliatan serius itu. Kemudian dia duduk di sebelah aku dan membuka fail itu.

Aku yang ada disebelahnya turut membaca isi fail itu. Nak juga tahu apa yang ada.

"Jadi memang betullah semua duit dana untuk sekolah itu hilang," ujar Karl apabila membaca isi fail itu.

Isi fail itu adalah jumlah perbelanjaan sekolah aku. Kalau diikutkan dari maklumat ini, sekolah itu menerima banyak duit dari pihak atasan fan juga Rania tapi entah bagaimana perbelanjaan mereka sedikit dan duit yang lain hilang.

Hal itu seperti ada orang yang mengeluarkan duit itu dalam jumlah yang banyak tetapi tidak menggunakan semua duit itu. Hanya setengah digunakan.

"Kau rasa semua ni ada kena-mengena dengan pihak atasan sekolah tu ke?" Soal aku.

"Aku rasa pihak atasan sekolah tu berkerjasama dengan pengetua tu untuk kaburkan mata pihak atasan di main school."

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebab pengetua tidak boleh mengeluarkan duit sekolah tanpa kebenaran pihak atasan. Also kau tahukan semua perintah pasal sekolah itu akan dilakukan oleh main school, jadi kalau pihak atasan main school tahu, mereka akan kantoi."

Aku mengeluh disitu. Maksudnya disini ada salah seorang pihak atasan yang sekongkol dengan pengetua untuk melanjut rancangan sekolah itu.

Susah betul kes kali ni. Kes ini bukan sahaja melibatkan Rania malah melibatkan pihak atas. Siapalah pihak atasan yang mengkhianati mereka itu?

Aku menyandar di sofa ini sambil memikirkan hal itu. Boleh pening kepala aku fikir semua ni. Aku nak benda ni tamat awal supaya aku boleh dapatkan kehidupan aku yang dulu, tapi nampaknya lebih susah daripada apa yang aku sangka.

"Aku lupa nak tanya kau, apa yang kau masih buat dekat sini, ya? Bukan orkestra kau dah habis ke. Apa lagi kerja kau dekat sini?" Soal aku apabila teringatkan hal itu.

"Aku jadi tenaga pengajar untuk orkestra akan datang. Lagipun kerja ni pun aku tak habis, macam mana aku boleh tinggal tempat ni. Nak suruh kau, boleh hancur kerja ni," jawabnya sambil terselit kata memerli aku.

"Ya lah tu," aku malas melayan lelaki ini. Biarlah ikut sahaja kata kita.

"Daripada kau macam tu, lebih baik kau pergi dapur ambil aku air. Aku penat ni," dia mengarahkan aku.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now