cp 95

791 79 2
                                    

Karl duduk di kerusi bersebelahan dengan katil tempat Claire terbaring. Matanya sayu melihat badan gadis itu yang sangat lemah.

Selepas selesai pembedahan gadis itu, dia disahkan koma dan ditempat di bilik ICU. Hanya seorang pelawat sahaja boleh melawat dia dalam satu-satu masa.

Dan peluang itu diambil oleh Karl. Dia tidak boleh meninggalkan Claire lagi.

Sungguh dia kecewa pada dirinya sendiri kerana tidak dapat menjaga Claire sehingga gadis itu mendapat semua ini.

Kalau diberikan peluang untuk dia bertukar tempat dengan Claire mahu sahaja dia lakukan semua itu.

"Cepatlah, bangun. Berapa lama lagi kau nak tutup mata," Karl cuba merayu walaupun dia tahu Claire tidak akan dapat dengar.

Tangan kanan Claire digenggam kuat oleh Karl. Amat dia berharap untuk gadis itu membuka matanya kembali.

Dalam dia bersedih, tiba-tiba telefonnya berdering. Kaca telefon dilihat dan terpapar nama ayahnya.

Dia keluar dari bilik untuk menjawab pangilan itu namun tidak jadi apabila melihat ayah dan ibunya sudah ada dihadapan bilik itu.

Muka dua orang itu kelihatan amat risau sekarang. Mana taknya, anak angkat perempuan mereka terlibat dalam kemalangan.

Bila mereka berdua mendengar semua itu, terus mereka berdua terbang ke negara itu tetapi tetap juga lambat datang.

"Karl, kamu okay?" Soal ibunya.

"Karl okay, tapi..." mata Karl memandang katil Claire yang terlihat dari kaca pintu tadi.

"Karl kena bersabar. Mummy pun risaukan dia," ibunya cuba menasihati lelaki itu.

Lelaki itu diam tidak menjawab kata ibunya. Ibunya pula hanya memandang sayu ke arah anak lelakinya dan juga gadis yang terlantar di katil itu.

Pilu hatinya melihat Claire begitu. Sama seperti 16 tahun lepas dimana kali pertama dia berjumpa dengan Claire. Situasi dan sebab yang sama. Seperti terkena dejavu.

"Karl, kamu baliklah dulu. Biar daddy dan mummy jaga Claire. Kamu juga kena rehat," arah encik Luois kepada Karl.

Karl mengangguk lalu berjalan meninggalkan tempat itu. Encik Loius dan isterinya hanya dapat mengeluh melihat sikap anaknya itu.

Mereka tahu Karl itu mungkin kelihatan melayan Claire sangat teruk tetapi kenyataan dia terlalu sayangkan Claire sehingga lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja untuk gadis itu.

Dan mereka juga tahu, Karl bukannya balik ke rumah malah lelaki itu pergi mencari Elena. Penyebab semua ini berlaku. Sudah pasti Karl mahu membalas dendam pada wanita itu.

.
.
.

Hospital itu kelihatan sunyi dan sedikit gelap dengan hanya beberapa buah lampu sahaja terpasang. Semua pesakit sudah memasuki alam mimpi manakala pelawat juga dilarang kerana sudah tamat waktu melawat.

Namun tidak bagi seorang lelaki ini. Dia memasuki hospital itu dengan tenang. Untung pemilik hospital itu adalah kenalan dia, jadi senanglah dia mendapat kebenaran untuk melawat.

Salah satu pintu bilik ICU dibuka oleh lelaki itu lalu dia melangkah masuk. Satu badan yang amat dia kenali terlantar lemah di atas katil bersama dengan alat pembantu pernafasannya.

Sayu hatinya melihat gadis itu begitu. Kalau boleh mahu sahaja dia melawat gadis itu disiang hari tapi dia tidak dapat atas kerana lelaki yang selalu berada di samping gadis itu.

Dia tahu kalau dia datang melawat mesti dia akan dihalau oleh lelaki itu kerana lelaki itu tahu bahawa gadis itu amat tidak menyukainya.

Tapi atas sebab kemahuan sanggup lelaki itu datang pada malam hati untuk melawat Claire.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now