cp 52

796 93 0
                                    

"Orang tu Darren."

Terbeliak besar mata encik Louis bila mendengar nama itu. Dia sangat kenal lelaki itu. Lelaki yang telah membuat hidup anak perempuan merana selama dia berada di keluarga lamanya. Dan lelaki itu jugalah antara manusia yang paling dia tidak suka.

Siapa yang suka akan lelaki itu apabila mengetahui kebenaran sebalik kisahnya bersama Claire dahulu.

"Bagi dia masuk," ujar encik Louis mengejutkan Alan.

"Kau pasti ke?"

"Ya, aku nak tahu kenapa dia datang sini." Muktamat keputusan encik Louis itu.

Alan dengan terpaksanya membawa masuk encik Darren. Dia sebenarnya tidak mahu lelaki itu ada tetapi ini semua keputusan rakannya. Dia tidak boleh tolak lagi.

Alan berjalan menuju ke arah pintu keluar lalu dibukanya pintu itu. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik dengan muka yang serius.

Encik Louis yang duduk di kerusi meja kerjanya hanya memandang tajam ke arah lelaki itu.

Suasana mula menjadi tegang. Tiada satu pun suara yang keluar. Alan yang berdiri di pintu itu pula tidak berani hendak memulakan percakapan.

"Alan, kau keluar dulu," arah lelaki itu. Alan mengikut arahan itu lalu keluar meninggal dua orang lelaki itu di dalam tersebut.

Alan berasa sedikit lega kerana dapat lari dari suasana yang tegang tadi. Tapi ada juga kerisauan dihatinya mengenai encik Louis. Dia takut kalau rakannya itu berbuat apa-apa nanti dengan tetamu itu.

Berbalik pada encik Louis tadi. Bilik itu masih lagi senyap. Entah kenapa mereka berdua langsung tidak bercakap antara satu sama lain. Apa yang mereka buat hanya menatap muka masing-masing dengan nata yang tajam.

"So, apa yang kau nak datang sini?" Soal encik Louis memulakan percakapan mereka.

"Aku dengar kau ambil Claire sebagai anak angkat 15 tahun lepas," encik Darren berjalan menghampiri meja lelaki itu.

"Kalau aku ambil dia kenapa? Kau dah tak nak dengan dia lagi kan," selambar encik Louis menjawab.

Terdetik hati encik Darren mendengar ayat itu. Hal itu mengingatkan dia dengan peristiwa 15 tahun lepas.

"Tolong ceritakan pada aku macam mana Claire boleh terlibat dalam kemalangan 15 tahun lepas," pinta encik Darren.

Terkejut sedikit encik Louis apabila lelaki itu meminta dia mencerita kemalangan itu. Seingat dia kes itu tidak ada siapa yang tahu kecuali pihak polis dan orang terdekat. Dia sudah cuba sembunyikan kes itu dari mata masyarakat.

Namun entah kenapa lelaki dihadapannya tahu tentang kemalangan itu. Mesti dia pernah mengupah orang untuk mencari tahu tentang Claire.

"Kenapa aku kena cerita? Kau tak ada hak langsung atas kes itu," balasnya.

"Aku ada hak."

"Hak apa? Kau dah hilang hak atas Claire sejak kau fikir hendak ketepikan dia," jahat nada encik Louis dipantulkan.

Encik Darren menggenggam tangannya. Dia geram apabila diberitahu begitu walaupun kenyataannya semua itu benar.

"Tolong, ini semua demi Rania. Aku nak tembus kesalahan aku pada dia," lelaki itu memohon lagi.

"Rania. Isteri kau tu." Memori encik Louis tiba teringat akan Rania.

"Kau tahu, aku memang menyesal sebab kenalkan Rania pada orang macam kau. Aku tak sepatutnya buat begitu dulu," tambahnya.

Masih segar lagi memori di mana dia memperkenalkan Rania, rakan kecilnya pada Darren yang waktu itu sama belajar dengannya.

Dia fikirkan Derren adalah orang yang baik tapi rupanya tidak. Dia telah salah memberi Rania kepada lelaki itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now