cp 42

824 101 0
                                    

Aku berdiri di koridor bangunan itu bersama dengan Ian dan Rechel. Aku menatap taman yang kelihatan dari tingkat koridor itu. Manakala Ian dan Rechel pula menatap telefon mereka.

Kepala aku masih lagi terfikir mengenai kejadian semalam. Patut ke aku maafkan budak tu. Tapi dia sudah khianati aku. Aku paling tidak suka dengan pengkhianat seperti itu. Bukannya sekali aku pernah kena tapu masuk kali itu sudah 2 kali aku kena.

Semalam aku tolong dia pun sebab aku rasa kesian. Pada waktu pesanan itu datang aku tengah berada di perpustakaan tingkat itu dan baru sahaja nak balik. Tapi sebab pesanan minta tolong Carol datang ke telefon aku, aku terus keluar perpustakaan itu dan cari Carol.

Kalaulah aku tidak sempat pada waktu itu mesti habis budak itu dan mesti aku akan hilang pianis aku sebelum ujian aku mula.

"Wey Claire, kau tahu ke pasal berita keluarga Manzel dan Marvin ni?" Soal Rechel lalu menunjukkan telefonnya kepada aku.

Aku megangguk menjawab soalan tadi. Sudah semestinya aku tahu pasal keluarga itu kerana semua perkara yang terjadi di berita itu adalah angkara aku dan Karl.
.
.

Flashback

Aku menatap skrin telefon aku yang ada ditangan aku kini. Video yang aku rakan tadi ditonton oleh aku. Aku sungguh benci dengan pembuli Carol itu tadi.

Benci aku sehingga aku rasa memang mahu hancurkan keluarga itu. Kalaulah aku hancurkan keliarga itu mesti mereka akan dapat malu yang sangat tinggi. Aku mahu buat semua itu.

"Kau ni dah kenapa buat muka macam tu? Dah macam nak makan orang dah," Karl menegur aku.

Aku menoleh ke arah Karl yang sedang sebuk dengan kerjanya. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Aku tersenyum senin lalu berjalan ke arah sofa tempat Karl duduk.

"Kau boleh tolong aku tak?" Soalku.

"Tolong apa?"

"Hancurkan keluarga Marvin dan Manzel," aku menghadiahkan senyuman kepada Karl. Harap sahaja dia mahu. Kalau dia mahu senang sikit kerja aku.

"Kenapa pula?"

"Aku just tak suka keluarga tu. And also kau hari tu pun ada kata kau nak hancurkan dua keluarga tu kan. Jadi buat je lah."

Karl berhenti memandang laptopnya. Matanya tertumpu pada aku. Mukanya hanya datar melihat aku.

"Aku boleh buat tapi aku kena ada satu bukti yang kuat untuk hancurkan keluarga tu. Mereka tu cukup kuat juga dalam dunia muzik," balas Karl.

Aku tersenyum senin lalu mengeluarkan telefon aku dari poket aku. Aplikasi video ditekan lalu aku berikan telefon itu kepada Karl.

"Bukti kuat kau," ujar aku sambil tersenyum senin.

Karl mengambil telefon aku kemudian dia menonton video yang aku berikan. Beberapa saat kemudian, satu senyuman jahat mula terpapar di mukanya.

"Esok keluarga tu dah boleh menderita," ujar akhir Karl.

End of flashback
.
.

"Kesian betul dua keluarga tu," ujar Rechel.

"Buat apa nak kesian dengan penipu macam tu," balas aku pula.

Rechel diam tidak menjawab aku lagi. Aku mengeluarkan telefon pintar aku lqlu aku membuka laman web sekolah.

Tular video yang aku letak di dalam laman web itu. Video dimana si dia orang pembuli itu membuli Carol semalam. Aku tersenyum senin di situ. Itulah cari pasal sangat dengan aku semalam. Kan dah kena hari ni.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now