cp 94

792 80 8
                                    

Bam!

Satu kereta merempuh diri aku. Darah yang mengalir di dalam diri aku mula menjadi kawah mengelilingi aku.

Badan aku terasa sungguh lemah. Ini ke rasanya mati ke langgar kereta. Rania pergi dahulu rasanya seperti ini ke?

Sangat sakit sampaikan aku tak boleh tergelak lagi. Aku tahu mesti menerima semua seksaan ini.

"Kakak... Kakak... Bertahan. Jangan tinggalkan Perth lagi." Suara adik aku.

Kenapa dia kelihatan sangat risau? Bukan ke dia membenci aku. Bukankah dulu dia amat ingin aku tiada di sisinya. Tapi kenapa dia menangis apabila nampak aku seperti ini?

Oh ya, aku belum sempat lagi nak dapatkan kemaafan dari dia. Nampaknya aku mungkin tidak akan dapat semua itu lagi.

Aku terima semua itu.

"Maafkan kakak, tak dapat jadi kakak terbaik untuk kamu."

Dunia aku terus bertukar hitam dan gelap.
.
.
.
.
.

Hospital kecoh dengan kedatangan ambulans tadi. Semua jururawat yang bertugas bertungkus-lumus keluar masuk ke dalam sebuah bilik kecemasan.

Seorang gadis dalam keadaan tenat terbaring bersama dengan alat pernafasan di dalam bilik itu. Matanya terpejam rapat. Darah yang tadinya mengalir deras sudah berhenti namun keadaan gadis itu masih lagi dalam keadaan kritikal.

Doktor yang bertugas di dalam bilik itu juga dalam keadaan terburu cuba menyelamat gadis itu yang sudah lemah nadinya.

Sementara di luar bilik kecemasan itu berdiri seorang lelaki yang gadis tadi cuba selamatkan. Lelaki itu mengetap bibirnya memandang pintu bilik kecemasan. Amat dia berharap bahawa gadis itu dapat diselamatkannya.

"Mana Claire?" Tiba satu suara menyoal ke arah Perth.

Perth menoleh dan melihat Karl yang seperti kepenatan berlari datang ke situ. Muka Karl pada waktu itu kelihatan sunggih risau dan sangat berbeza dari Karl yang dia kenal.

"Dia masih dalam bilik tu," jawab Perth.

Karl mendekat ke arah pintu bilik itu lalu melihat keadaan dalam melalui cermin pada pintu tersebut. Jelas kelihatan tubuh lemah tunangnya itu terbaring ke atas katil bersama dengan alat pernafasan.

Sungguh dia terkejut menlihat semua itu. Dengar berita itu sahaja dia sudah seperti apa datang ke situ, apatah lagi bila melihatnya. Susah dia terima kenyataan itu.

Baru semalam dia bercakap dengan tenang bersama gadis itu dan hari ini gadis itu sudah terlantar di katil sakit tersebut.

Lelaki itu menyelak rambutnya dan mendengus kasar. Seterusnya mata dia tajam memandang Perth.

"Aku dengar dia kena langgar, kau nampak tak siapa yang langgar dia?" Soal Karl.

Perth menggelengkan kepalanya dan menjawab, "tapi aku tahu orang yang langgar dia tu perempuan."

"Perempuan?"

Terlintas di kepala lelaki itu tentang Elena yang dapat melarikan diri polis pada hari itu.

"Kereta apa dia guna?"

"Audi r8 warna putih."

Terbuka besar mata Karl. Memang betul jangkaan dia. Kereta itu adalah kereta yang sama Elena selalu gunakan.

Dia mengetap bibirnya kuat. Di dalam hatinya kini memang sudah tersimpan demdam terhadap wanita itu.

Tidak sangka semua itu akan terjadi secepat ini. Kalaulah dia tidak tersilap pandang mesti Claire masih dapat diselamatkan.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now