cp 79

735 97 6
                                    

Aku berjalan di korido ini seorang diri tanpa peneman. Laluan ini memang sunyi pada waktu pembelajaran seperti hari ini.

Jam ditangan aku menunjuk jam 9.39 pagi dan dalam waktu 20 minit lagi satu musyarat tersembunyi akan dilakukan di sekolah ni.

Macam mana aku tahu? Sudah semestinya Karl yang beritahu aku.

.
.

Flashback

"Kenapa kau panggil kau?" Soal aku kepada lelaki yang duduk di meja belajar di biliknya.

"Aku ada kerja baru untuk kau."

Sudah diagak semua itu. Kalau bukan sebab kerja tak ada dia akan panggil aku datang.

Kerusi yang ada di tepi meja itu aku ambil dan terus aku duduk disebelah Karl.

Di atas meja belajar itu penuh dengan kertas yang aku langsung tidak faham. Lelaki ni nak rampas sekolah tu ke, nak bina sekolah tu balik. Pelik jer, kerja lelaki ni.

"Esok pengetua sekolah kau akan ada satu meeting rahsia dengan ahli atasan sekolah tu. Jadi aku nak kau letak benda ni dekat mana-mana tempat tersorok," Karl memberi aku satu alatan kecil ditangannya.

Aku mengambil alatan itu dan memerhatikannya. Ini bukan alatan untuk mendengar perbualan seseorang itu secara senyap ke.

Hebat juga Karl ada benda ni. Mesti mahal dia beli.

"Macam kau tahu esok diorang ada meeting rahsia?" Soal aku.

"Ada orang beritahu," aku memandang pelik ke arahnya.

"Siapa beritahu kau?"

"Adalah. Dah, kau keluar sekarang. Ganggu aku nak buat kerja betul," marah dia.

Dia yang panggil lepas tu halau pula. Dah kenapa mamat ni? Sakit ke?

Aku keluar dengan perasan sungguh tertanya ingin mengetahui siapa orang yang dimaksudkan.

Kalau Ian memang mustahil sebab Ian memang tak akan tahu semua itu walaupun dia presiden ketua pelajar.

Dalam situasi ini, aku rasa orang yang tolong Karl mungkin salah seorang pekerja di sana. Pekerja biasanya akan mendapat maklumat lebih senang berbanding pelajar. Tapi masalahnya siapa pekerja tu?

End of flashback

.
.

Tombol pintu bilik musyarat itu dipegang oleh aku. Mata aku memandang ke dalam bilik itu memelalui tingkap kecil di pintu hadapan aku.

Setelah memastikan tiada orang di dalamnya, aku terus masuk ke dalam bilik itu.

Mata aku memerhati sekeliling bilik tersebut untuk mencari tempat sesuai untuk meletakkan alat pendengar tadi.

Selang beberapa saat aku memerhati, akhirnya aku menjumpai tempat yang sesuai. Tempat itu adalah bawah meja musyarat itu. Susah dilihat tapi dapat mendengar jelas apa yang dikatakan nanti.

Aku dengan hati yang senang terus meletakkan benda tadi. Aku pastikan dahulu benda itu berkesan baru aku selesai dengan tugas aku.

"Apa yang kau buat sini?" Tiba satu suara datang dari arah pintu.

Aku dengan cepat terus menoleh dan kelihatan Perth yang datang dengan muka yang serius. Dia tangkap aku ke?

Habislah kalau kantoi ni.

"Aku tanya kau buat apa dekat sini?" Soalnya lagi.

Aku menelan air liur aku. Tak tahu nak jawab apa.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now