cp 103

719 74 2
                                    

Kaki aku melangkah menuruni tangan bangunan ini. Kesunyian merasuki diri aku. Semua pelajar sudah balik kecuali aku yang menggunakan perpustakaan untuk berlajar tadi.

Kalau bukan disebabkan Karl ada kerja, mana mungkin aku akan baluk lambat. Kalaulah aku boleh membawa kereta datang ke sini, mesti aku sudah ada di rumah sekarang.

Pintu keluar di tolak oleh aku dan tiba-tiba mata aku terbuka besar memandang sesuatu di hadapan pintu ini.

Aku berjalan ke arah satu tiang yang ada di luar bangunan ini. Satu rantai cincin diambil oleh aku dari atas lantai. Nampak seperti rantai ini tercicir.

Tetapi itu bukan penyebab utama aku terkejut. Penyebab utama aku adalah rantai ini memang serupa dengan rantai yang aku temui di hospital hari itu.

Siapa punya rantai ni?

Ada kaitan ke dengan rantai yang ku jumpa hari tu?

Pemilik rantai ini mesti tahu sesuatu tentang rantai yang aku temui pada hari itu. Firasat aku kuat menyatakan bahawa aku mesti mengetahui pemilik rantai ini.

"Maafkan saya, itu rantai saya." Suara lembut menyapa aku dari belakang.

Aku menoleh melihat pemilik suara itu. Hati aku berdetak laju melihat gerangan suara tadi.

Lelaki itu adalah lelaki yang memanggil aku kakak pada hari aku terjaga dari koma.

Muka lelaki itu kelihatan terkejut apabila melihat aku yang memegang rantai tersebut.

"Kakak..." panggil lelaki itu.

"Kakak? Kamu kenal saya ke? Ke kita pernah berjumpa?" Bertalu soalan aku keluarkan.

Mata lelaki itu kelihatan sedikit sedih. Pandangan dia ditundukkan ke bawah. Kenapa agaknya?

Dia takutkan aku ke? Ataupun aku yang terlalu tiba-tiba menanyakan soalan.

Tapi aku buat semua itu sebab aku mahu tahu kebenaran yang tersorok. Aku dapat rasakan bahawa aku dan lelaki di hadapan aku ini ada satu hubungan yang sukar dipisahkan.

"Nama kamu apa?" Soal ku lagi.

Lelaki itu mengangkat kepalanya.

"Per-"

"Claire!" Suara Karl kedengaran memanggil aku.

Aku menoleh ke hadapan dan kelihatan Karl dengan muka seriusnya berjalan menuju ke arah aku.

"Apa lagi kau buat sini? Jom balik," dia menarik tangan ku pergi dari situ.

Muka Karl seakan tidak suka apabila aku bercakap dengan lelaki tadi. Karl ni ada apa-apa ke dengan lelaki tadi.

Pintu kereta dibuka dan terus aku memasukinya. Mata aku memandang sekilas sosok lelaki tadi masih berdiri di hadapan pintu.

Muka lelaki itu kelihatan sedih dengan kepergian aku. Aku masih mahu bercakap dengannya. Sudahlah itu peluang emas aku untuk bercakap dengannya tetapi dikacau oleh Karl.

"Kau kenal ke budak tadi?" Soal Karl.

Aku menggelengkan kepala. Macam mana nak kenal kalau sudah dikacau sesi perkenalan tadi.

"Kenapa agaknya dia panggil aku kakak? Aku ada hubungan dengan dia ke?"

"Budak tu kan junior kau. Mesti lah dia panggil kau kakak."

"Macam mana kau tahu junior aku selalu panggil aku macam tu?"

"Dekat main school aku ingat lagi semua junior panggil kau kakak waktu kau jadi ahli ketua pelajar."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now