cp 112

788 69 0
                                    

Cahaya putih menerangi pandangan aku. Dinding berwarna putih kelabu adalah benda pertama aku lihat. Tangan kanan aku diangkat lalu memegang kepala ini. Kepala aku terasa sakit seakan dipukul kuat oleh sebatang kayu.

Katil yang empuk dijadikan tempat aku berbaring ini disentuh oleh aku. Aku dapat tahu ini bukan bilik aku tapi hospital. Aku kenal sangat bilik hospital ini. Sama sangat dengan bilik hospital aku dahulu.

Aku menyandarkan diri aku di kepala katil ini sambil mata aku memandang sekeliling bilik ini. Aku seorang sahaja ke? Mana yang lain? Karl?

Banyak persoalan yang bermain di otak aku. Walaupun sakit aku masih lagi cuba berfikir. Seketika aku berfikir tiba aku teringat akan mimpi tadi.

Mimpi dimana aku bertemu dengan ibu aku. Kalaulah mimpi itu benar sudah semestinya itu adalah memoei terindah.

Aku juga masih teringat akan percakapan antara aku dan ibu aku. Percakapan yang menyuruh aku menjadi kuat dan jujur pada perasaan diri aku.

Aku akan lakukan semua itu demi dia. Aku mahu jadi kuat dengan memori yang sudah kembali ini.

Adakah memori aku sudah kembali?

Ya, semuanya sudah kembali. Memori dari kecil sehinggalah sekarang. Termasuklah memori tentang perempuan durjana Elena itu.

Krek...

Bunyi pintu bilik ini kedengaran. Ini tandanya ada seseorang masuk ke dalam bilik ini.

Hentakan kaki yang menuju ke katil ini dapat aku dengari. Selang beberapa saat kemudian, langsir yang menutupi katil aku dibuka oleh seseorang.

"Kau dah bangun?" Soal Karl yang membuka langsir tadi.

Mata aku merenung muka lelaki itu. Dia seperti tenang sahaja. Macam sudah tahu semua ini akan terjadi.

"Berapa lama aku pengsan?" Soal aku balik.

"Hampir 3 jam," selamba lelaki itu jawab sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah katil aku.

"Macam mana kau sekarang? Okay tak? Nak aku panggil doktor."

Aku menggelengkan kepala aku. Tak perlu pun panggil kalau setakat sakit kepala. Dan biasa sangat aku kena semua ini.

Telefon yang berapa di meja katil ini diambil oleh aku. Jam dilihat dan tiba aku teringat sesuatu.

"Kau nak ma-"

"Karl, kau ada sorokkan sesuatu dari aku kan?" Soal memotong soalan Karl tadi.

Lelaki itu diam. Aku merenung mata yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan itu.

"Kenapa diam? Betulkan kau ada sorokkan sesuatu dari aku," suara aku semakin tegas.

"Claire, aku tak sorok-"

"Karl, aku dah ingat semua memori aku."

Muka lelaki itu seakan terkejut. Memang terkejutkan sebab dia sudah sorokkan sesuatu yang besar dalam hidup aku apabila aku dalam amnesia.

"Aku sorokkan semua tu bersebab."

"Apa sebab kau?" Mata aku tajam mecucuk mata lelaki ini.

Aku bukan nak cari gaduh tapi aku mahu dia jujur pada aku. Kalau dia tidak jujur pada aku, bagaimana aku mahu hidup dengan lelaki yang selalu menipu sesuatu dari aku nanti.

"Aku tak nak kau tersiksa dengan masa lampau kau lagi. Cukuplah dulu kau sakit terima semua tu. Jadi sekarang aku kau hidup gembira tanpa ingat memori silam kau."

"Karl, memang memori silam aku tu sakit tapi tidak ingat semua itu lebih sakit. Aku setiap hari selalu dapat imbasan memori yang hilang. Dan semua itu sakit. Aku rasa hati aku hampir berkecai bila ingat semua itu. Kenapa kau sanggup buat semua tu!" suara aku seakan berteriak kepada Karl.

Memang aku sedang marah pada lelaki itu sekarang. Dalam hidup aku ada dua benda yang aku benci. Satu pengkhianatan dan yang kedua penipuan.

Aku sangat benci akan penipu. Mereka menipu aku seakan aku ini adalah permainan mereka yang boleh mereka bawa main begitu sahaja. Dan perasan aku langsung mereka tidak pertikaikan.

"Claire, aku buat semua ini demi kau. Aku tak sanggup tengok kau tersiksa lagi."

"Kau tahukan aku paling benci dengan penipu," lelaki itu diam.

Sesungguhnya ini adalah kali pertama aku cuba melawan kata Karl. Memang aku takit untuk melawannya tetapi aku sudah tidak tahan dipermainkan seperti ini lagi.

"Aku pernah cakap dulu walaupun kau dah tipu aku seribu kali, aku tetap percayakan kau. Tapi ada masa aku dah tak boleh tahan. Dan sekarang aku memang sudah tak tahan. Kau tipu aku benda paling berharga dalam hidup aku!"

Mata aku berkaca. Memang berkata seperti tadi dapat membuat aku menangis. Apatah lagi ini kali pertama aku dan Karl bergaduh besar.

"Claire, aku minta maaf." Suara lelaki itu seakan menyesal.

Matanya memandang ke bawah tidak melihat ke arah aku. Betul ke lelaki ini menyesal atas perbuatan dia. Ke dia hanya buat menyesal sahaja untuk mendapat simpati.

"Selama ini, aku selalu lihat kau tanggung sakit kau sendiri. Dan aku tahu kau semakin hari semakin lemah hadap semua tu. Jadi bila kau terkena amnesia, aku gunakan peluang tu untuk pulihkan hidup kau. Aku nak tolong kau. Aku tak nak tengok kau bersedih seorang diri sedangkan aku ada untuk kau. Apa guna aku disamping kau, kalau aku tak tolong kau."

Aku terpegun dengan penerangan Karl. Jadi niat dia memang mahu menolong aku. Bukan hendak mempergunakan aku.

Betul ke lelaki ini mengatakan semua itu. Selama ini aku kuat mengatakan bahawa lelaki ini adalah lelaki yang pentingkan diri sendiri. Dia tidak pernah fikir perasaan aku dan tetapkan apa sahaja untuk aku. Tidak kisah aku suka atau tidak.

Tapi hari ini dia mengatakan bahawa dia tidak sanggup melihat aku bersedih. Apa selama ini dia memang menjaga aku?

"Tolong maafkan aku, Claire." Nada yang sungguh menyesal.

Hati aku terasa berat mahu memarahinya lagi. Entah kenapa aku terasa sangat sakit melihat diri Karl begini.

"Aku boleh maafkan kau, tapi aku nak kau tunaikan satu permintaan aku."

Lelaki itu mengangkat kepalanya. Matanya terbuka besar apabila aku mengatakan itu tadi.

"Apa dia? Aku akan buat untuk kau."

.
.
.

Gazebo taman hospital ini menjadi pilihan hati aku untuk berehat seketika. Sudah 2 hari aku ditempatkan di hospital ini sejak kejadian itu.

Doktor yang bertugas menjaga aku mengatakan bahawa aku terpaksa tinggal di sini beberapa hari untuk memeriksa kesihatan aku. Dia kata takutnya nanti ada efek lain setelah memori aku kembali.

Taman bunga yang tepat berada di hadapan gazebo ini di pandang oleh aku. Memang berbakat tukang kebun hospital ini dapat membuat tempat ini seakan taman bunga benaran.

Agak kagum juga aku memandang tempat ini tadi. Sangat penuh dengan bunga yang hidup segar.

Angin yang meniup sejak tadi menampakkan lagi keindahan bunga tersebut.

Terasa sejuk tetapi aku suka menikmati permandangan ini.

"Claire."

Agak-agak apa yang Claire minta tu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Agak-agak apa yang Claire minta tu?

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now