cp 93

830 83 9
                                    

Aku duduk di balkoni rumah ini melihat permandangan langit yang sungguh gelap itu.

Tidak ada satu pun bintang yang ada. Ianya seperti ingin hujan pada waktu ini. Bulan juga tidak kelihatan di waktu itu.

Aku teringatkan kejadian siang tadi. Semuanya sudah berakhir. Wanita itu sudah ditangkap.

Tapi masih ada satu lagi yang aku masih tidak puas hati.

Aku tidak puas hati dengan wanita itu kerana Rania, ibu aku. Aku tidak dapat menerima apa yang telah dia buat pada Rania.

Bagi aku hutang darah memang patut dibayar dengan darah. Tapi aku tidak dapat berbuat begitu. Kalau lah aku dapat sudah lama aku lakukan.

Aku mengeluh pada diri aku. Penat memang terasa tapi aku terima. Kerana semuanya sudah berakhir. Tidak ada lagi benda yang tersembunyi dari hidup aku.

Aku boleh menjalani hidup seperti dulu. Dan kembali pada kehidupan yang aku mahukan.

Sekolah yang Karl mahukan juga sudah dapat. Mungkin kini nama sekolah itu atas nama Karl tapi bila aku sudah mencecah 26 tahun sekolah itu akan pulang balik ke aku.

Itu pun masa aku sudah bersama dengan Karl. Tidak ada beza pun dengan sekarang.

"Kau buat apa dekat luar ni?" Satu suara tiba menyoal.

Si penyuara itu menyandar di pagar balkoni ini sambil memandang aku. Aku hiraukan pandangan itu dan hanya terus memandang langit mencari bintang yang tersembunyi.

"Kau lepas ni nak buat apa?" Soal aku balik.

"Tak tahu. Mungkin aku akan sambung belajar balik dekat France," balasan yang sudah aku jangka jawapannya.

"Kalau kau sambung belajar, siapa nak urus sekolah tu?"

"Aku beri pada daddy. Dia kata dia mahu tolong uruskan."

Aku terdiam. Memang sudah sampai masanya Karl menyambung kembali pembelajarannya di universiti pilihan dia.

Sudah setahun dia tangguh pembelajaran itu kerana urusan ini. Dan sekarang mungkin sudah tiba masanya untuk dia memperluaskan lagi ilmunya.

Nampaknya aku akan tinggal seorang diri lagi lah. Terasa sunyi pula diri ini. Tinggal di rumah yang agak besar sendirian. Tiada peneman memang terasa sangat sunyi.

Walaupun aku pada awalnya tidak suka duduk bersama Karl tapi sekarang aku sudah berubah. Tiada Karl di sisi memang terasa keseorangan sangat.

Aku sudah duduk bersamanya di rumah ini hampir setahun dan tidak lama lagi dia akan pergi tinggalkan aku.

Aku terpaksa terima semua itu. Aku tahu semua orang yang di sekeliling aku tidak akan kekal selamanya. Satu-satu daripada mereka akan pergi meninggalkan aku.

"Kau pula macam mana? Nak terus sekolah sana?" Karl menyoal aku kembali.

"Aku akan sekolah situ sampai aku tamat sekolah. Malas aku nak pindah lagi. Lagi pun aku tinggal setahun je lagi."

Bagi aku sekolah di sekolah itu tidak lah teruk sangat. Aku pun sebenarnya malas juga nak pindah lagi. Menyusahkan sahaja.

Lebih baik aku di sekolah itu sampai ku tamat sekolah sahaja. Lepas tu baru aku akan pergi ke tempat yang aku mahu.

"Claire, ada ben-" kata Karl terhenti apabila telefonya berdering.

Dia terus mengangkat telefon itu dan tiba-tiba riak wajahnya berubah. Entah apa yang terjadi di dalam panggilan telefon itu.

"Claire..."

Aku menoleh ke arah lelaki itu. Mukanya jelas kelihatan risau. Apa yang sebernanya terjadi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now