cp 2

1.6K 163 10
                                    

"So kelas sampai sini je. Lepas rehat ni jangan lupa masuk kelas muzik kamu semua." Akhirnya kelas aku sudah selesai.

Dapat juga aku keluar dari kelas yang membosankan ini. Sudahlah belajar benda yang aku sudah belajar. Jadi senang sangat nak masuk semua ini. Tak ada cabaran langsung. Harap saja sesi petang ini lebih mencabar. Tak lah nanti aku bosan sangat sekolah sini.

Tapi sebelum tu mesti korang pelikkan kenapa sekolah ini ada 2 sesi. Bukan sekolah ini saja tapi semua sekolah yang asal daripada Erwa Academy akan ada 2 sesi.

2 sesi itu sebenarnya sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi kami semua akan belajar seperti sekolah biasa. Manakala sesi petang kami akan belajar tentang muzik mengikut course masing-masing. Kelas kami juga akan berpindah mengikut jurusan yang diambil oleh para pelajar.

Eh, jap! Aku belum beritahu korang aku ni jurusan apa kan. Jadi sini aku nak beritahu.

Aku jurusan violin.

V.I.O.L.I.N.

Jangan lupa benda tu.

Aku keluar dari kelas setelah aku siap menyimpan semua barangan ku. Cikgu itu cakap rehatkan tadi. Tapi aku tak ada rasa nak makan. Jadi mana aku nak pergi. Jalan-jalan je lah dekat sekolah ni.

Aku berjalan menuju setiap sudut sekolah ini untuk mengenali lebih tepat pasal sekolah ini. Cukup besar dan cukup indah. Tapi nampak sedikit pelik.

Kenapa banyak sangat peralatan sekolah ini yang rosak. Bukankah setiap sekolah keluaran Erwa Academy mesti semuanya sempura. Tak ada rosak ataupun kurang. Tapi sekolah ini kelihatan seperti tidak membaiki semua peralatan mereka.

Contohnya sekolah ini tidak ada langsung fingerprint scanner untuk tempat-tempat penting seperti bilik pentadbiran. Bukankah benda itu wajib ada. Kalau sekolah lama ku bukan sahaja bilik pentadbiran ada malah nak masuk kelas pun kena ada benda tu.

Pelik sungguh. Maka semua tanggungan membina dan melaksanakan sekolah ini ditanggung oleh pihak utama. Mana pergi semua dana yang diberikan. Mesti ada sesuatu terjadi ini.

Aku berjalan sambil memikirkan semua itu. Dalam aku berjalan tiba-tiba mata aku terpukau dengan satu pintu di kaki lima itu. Pintu itu adalah pintu perpustakaan.

Aku pun tak ada benda nak buat, apa kata aku masuk dalm je. Id card aku dikeluarkan lalu aku scan di tempatnya. Pintu itu terus terbuka.

Aku masuk dan melihat tidak ada sesiapa pun di dalam perpustakaan itu. Mungkin semua orang tengah rehat kot.

Untunglah aku. Tak perlu aku nak dengar bunyi bising dalam tempat ini.

Aku melangkah masuk lalu terus aku berjalan menuju ke arah rak buku yang mampunyai buku tentang muzik. Satu-persatu buku aku lihat dan akhirnya aku menemui buku yang aku mahu.

Seperti biasa buku tentang violin. Aku membacanya tepat disitu kerana aku malas mahu mencari tempat duduk.

Penghawa dingin yang ada di dalam perpustakaan itu membuatkan aku tenang membaca buku tersebut.

Dan tiba-tiba...

"Argh..." Jantung aku sakit.

Buku ditangan aku terlepas. Tangan kanan ku memegang jantung. Kaki aku tidak kuat lagi berdiri mula rebah.

Kenapa mesti sekarang?

Nafas aku tidak teratur. Dan sekelip mata aku mula rebah ke lantai memagang jantung. Sungguh sakit sampai aku tidak tahan akan semua itu. Padangan aku mula hitam. Aku pingsan di situ.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now