cp 39

781 99 0
                                    

Kini sudah tiba masanya untuk ujian muzik sekolah ini. Ujian ini dibahagikan kepada empat ujian yang berbeza mengikuti jurusan yang diambil dan salah satunya ialah ujian membuat persembahan dihadapan guru dengan lagu yang telah ditetapkan oleh mereka.

Sementara menunggu giliran aku, aku duduk berlatih di dalam bilik ini bersama Carol. Ujian untuk jurusan piano sudah tamat jadi Carol akan meluangkan masanya untuk berlatih bersama aku.

"Okay, rehat 10 minit," ujar aku lalu melepas violin aku dari leher aku.

Aku terus menuju ke arah beg aku untuk mengambil air kerana kini tekak ku berasa sungguh haus.

Ting!

Bunyi pesanan dari sebuah telefon datang. Aku menoleh ke belakang aku kerana bunyi itu datang dari arah Carol.

Carol yang mendengar bunyi itu terus membuka telefonnya. Mata dia seakan membesar sedikit apabila memandang skrin telefon itu.

"Kakak, saya nak pergi tandas kejap," dia meminta izin.

Aku membenarkan budak itu lalu budak itu terus bergegas keluar dari bilik itu. Dan entah kenapa budak itu kelihatan seperti sedikit gelisah.

Aku mengendahkan rasa itu dan terus meminum air dari botol minuman aku.

10 minit kemudian

Aku masih lagi menunggu Carol untuk datang balik ke bilik ini. Jam ditangan aku dipandang sambil aku menhentak lembut kaki aku ke lantai bilik ini.

Dah sepuluh minit ni, tak kan tak balik lagi budak tu. Dia pergi tandas ke buat tandas. Apalah yang lama sangat budak tu buat.

Aku sudah tak boleh tahan. Lama sangat ni. Sepatutnya masa ni aku dah mula sekali lagi berlatih tapi sebab budak itu belum datang aku tak boleh mula.

Kaki aku melangkah keluar dari bilik itu. Aku berjalan menuju ke arah tandas namun langkah aku terhenti apabila aku mendengar suara Eva berdekatan.

Aku cuba cari arah suara itu dan apabila aku jumpa, aku melihat Carol bersama dengan perempuan itu. Aku cuba menyorok di balik dinding supaya dia tidak melihat.

"Kau dengar tak apa yang aku kata tadi?" Soal Eva.

Carol mengangguk tanda dia mendengar. Carol pada waktu itu kelihatan sungguh takut sampaikan dia tidak langsung melihat muka Eva.

"Kalau kau gagal, ingatlah apa yang akan jadi nanti," ugut Eva lalu dia pergi dari situ.

Aku yang menyorok di dinding itu juga turut beredar kerana takut kehadiran aku dihidu oleh mereka.

Aku masuk semula ke dalam bilik latihan tadi sambil memikirkan hal tersebut. Aku hampir terlupa bahawa Carol adalah budak yang dikenalkan oleh Eva. Mesti Eva ada rancangkan sesuatu untuk aku.

Aku memandang keluar tingkap bilik ini sambil memikirkan apa yang mungkin Eva rancangkan dan bagaimana aku hendak elak semua itu.

Mata aku beralih pula melihat ke arah violin aku yang aku letak di atas meja. Dan tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Mungkin idea ini boleh tolong aku tapi terpaksa jugalah aku bazirkan duit aku nanti. Tak pa, janji aku tak gagal ujian.

.
.
.

Time skip

"Kamu berdua boleh masuk," ujar seoarang guru kepada aku dan Carol.

Aku berdiri dari kerusi menunggu itu lalu masuk ke dalam bilik itu sambil membawa violin ditangan aku. Carol juga turut masuk bersama aku.

Aku masuk dan kelihatan ada 3 orang guru yang akan memantau ujian kali ini. Salah seorangnya ialah cikgu Lisa yang merupakan ketua guru muzik di sekolah ini. Dia wajib ada di ujian kali ini kerana dia adalah ketua guru muzik. Jadi tidak hairanlah kalau dia ada.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now