cp 92

792 88 4
                                    

"Kau fikir kau boleh hampuskan aku ke?" Satu suara kedengaran dari arah pintu bilik yang terbuka itu.

Dua orang yang ada di dalam bilik itu menoleh ke arah pintu melihat gerangan penyuara tadi.

Orang itu adalah Claire.

Mata gadis itu tajam melihat sosok dihadapannya. Pandangan itu sungguh tajam dengan kebencian yang membara di dalam hati dia.

Dia telah mendengar semua yang dua orang itu katakan. Bagaimana merekaj merancang membuat dokumen palsu sehinggalah niat ingin membunuh dirinya.

Memang tidak salah Karl menghantarnya ke sekolah itu pada hari tersebut. Pada awalnya dia datang untuk mencuri data dari komputer utama sekolah tapi tak sangka pula boleh dengar semua itu.

"Kau! Sejak bila kau ada dekat sini?" Wanita itu bertanya dengan nada marah.

"Sejak kau kata nak buat dokumen palsu," kaki Claire mula menginjak lantai bilik itu.

Dia mendekati wanita tersebut. Dia tidak takut malah berasa sangat marah apabila mendengar apa yang dua orang itu bincangkan tadi.

"Aku dengar, kau plan nak hapuskan aku demi sekolah ni kan," mata gadis itu memandang ke arah lelaki yang berdiri itu.

Mereka berdua tidak menbalas apa-apa dari ayat Claire tadi. Tidak tahu sama ada mereka takut atau tidak tahu apa yang mereka ingin jawab.

"Satu je aku nak kata dengan kau. Aku tak akan benarkan semua tu jadi. Sekolah ni akan jadi milik aku. Bukan kau," Claire menekan katanya.

Wanita yang ada di hadapannga tersentak dengan ayat tadi. Ayat itu terasa tajam seperti gadis itu sangat maksudkannya.

Tapi semua itu tidak menggerunkan Elena. Dia malah tersenyum senin di hadapan gadis itu.

"Kau dan mak kau memang sama. Tak pernah nak takut aku. Walaupun dah macam-macam aku buat dekat dia," ujar Elena.

Sengaja dia berbuat begitu untuk menyakitkan hati Claire. Dia sangat tahu Claire itu sayang dengan ibunya dan dia tak kan benarkan orang lain berkata belakang tentang ibunya.

"Buat apa aku nak takut kau. Aku tak takut dengan perempuan murahan yang rampas hak ibu aku," balasan pedas diberikan.

"Kau!" Baru sahaja tangan Elena sampai ke muka Claire, tangan dia sudah ditahan oleh William.

Elena memadang rakan sekongkol dia itu. Merah mukanya menaham geram terhadao Claire.

"Kenapa kau tahan aku?" Marah Elena.

Claire memandang lelaki separuh umur yang gemuk itu. Dia perasan ada sesuatu yang lelaki itu soroknya di belakangnya.

"Tak ada guna kau pukul dia ni sekarang," ujaf lelaki itu.

Wanita yang ada disebelahnya memandang hairan terhadap lelaki tersebut. Tak kan dia nak membelot Elena pula.

"Apahal pula!"

Lelaki itu tersenyum lalu berbisik sesuatu pada Elena. Selang beberapa saat, Elena tersenyum senin sambil memandang ke arah Claire.

Claire dapat rasakan sesuatu buruk akan berlaku. Kaki dia melangkah ke belakang sedikit. Dan tiba-tiba tangan dia ditahan oleh Elena.

"Alang-alang kau dah ada dekat sini, senang sikit cerita aku nak hapuskan kau," ujar Elena.

Claire sudah menjangka semua itu. Dengan cepat dia melepaskan tangan Elena yang menahan tangannya itu.

Claire cuba melarikan diri namun satu tangan Elena menahan Claire. Pisau lipat yang ada di tangan kiri Elena cuba dihayunkan ke arah Claire tapi sempat Claire tepiskan tangan Elena sehingga pisau itu jatuh.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now