ADORE ; FUTURE

7K 620 215
                                    

PAKAIAN serba putih yang tersarung di badan dibetulkan. Lama dia menilik cermin, melihat biasannya sebelum sampin yang juga berwarna sama dihiasi dengan sulaman bercorak batik berwarna emas diambil dan disarungkan ke paras pinggang. Dengan bantuan beberapa orang, akhirnya sampin siap dipakai dengan kemas.

Nafas gemuruh dilepaskan. Pandang cermin lagi sebelum huluran songkok berwarna hitam diambil dan dipakai di kepala. Betulkan sedikit sideburn kiri kanan, dan dia sudah selesai bersiap.

Tersenyum dia melihat thumbs up Subhi di dalam biasan cermin. Tanpa kata, terus dia pusing menghadap Subhi sebelum batang tubuh Subhi dibawa masuk ke dalam pelukan.

"My best buddy!" Ucapnya seraya mengeratkan pelukan mereka berdua. Belakangnya terasa ditepuk perlahan oleh Subhi, buat hatinya dipaut rasa sebak.

"Congrats, bro!" Ucap Subhi, gembira bagi pihak Irfan.

Siapa sangka, setelah hampir sebelas tahun, cinta pertama Irfan akan menjadi kenyataan. Dia sendiri tidak sangka dengan perjalanan kisah cinta Irfan dan Maryam. Tak tercapai dek akal bila diulang tayang semula dalam kepala.

"Thank you, bro." Pelukan terlerai. Dan saat itu, Subhi dengan selamba mencium dahinya buat refleksi tubuhnya bertindak pantas menolak dan menjerit kegelian.

"Woi!" Marahnya.

Subhi hanya gelak bebas. Begitu juga dengan beberapa orang pemuda yang ada dalam bilik persiapan Irfan.

"Dia ni gila tak habis lah!" Omel Irfan tak puas hati. Cermin dihadap kembali hanya untuk mengelap belas ciuman Subhi di dahinya. Maryam pun tak rasmi lagi, si hitam manis dah cemarkan dahulu.

Subhi gelak. Bahu Irfan dirangkul mesra.

"Alah, aku bagi praktis aje ni. Bagi kau tak gemuruh. Sepatutnya, bila kau dapat kiss macam tu, kau kiss dia balik. Bukan tolak! Salah konsep kau ni!" Selamba sahaja Subhi menutur kata. Jelingan Irfan langsung dia tak endahkan.

Alah, setakat jeling. Apa benda lah sangat? Dengan Irfan, lebih daripada jeling macam tu dia pernah dapat.

Irfan dengan selamba menonjol kepala Subhi. Sampai tergelak besar kawan itu.

"Habis kau nak aku kiss kau balik lah ni? Macam tu?" Sarkastis Irfan bertanya. Dia dah cekak pinggang pandang Subhi.

Subhi seperti teruja. Lantas dia pergi ke meja solek lalu dioles pelembab bibir di bibir. Melihatkan perlakuan Subhi, Irfan jatuh rahang. Tak percaya. Jangan kata Subhi benar-benar ambil serius dengan apa yang dia kata tadi!

"Subhi Tahaaa!!!" Enam harakat panjang Irfan jerit panggil nama Subhi sebelum lelaki itu yang mula ambil langkah seribu itu dikejar.

Dalam melarikan diri, Subhi gelak bebas.

'Tahniah, Irfan. Tahniah, Maryam.'

NAFAS dihembus perlahan seiring dengan lafas Basmalah dan selawat tak henti-henti lepas keluar dari mulut. Pintu yang rapat tertutup dipandang penuh rasa gemuruh. Dia baru sahaja selesai mengangkat akad dan sekarang dia sedang tenangkan diri untuk berjumpa Mrs. Irfan yang sedang menunggu di dalam bilik untuk sesi pembatalan air sembahnyang.

"Irfan?" Suara Encik Saidi a.k.a babahnya menerpa masuk, buat Irfan senyum gemuruh.

"Kenapa tak masuk lagi ni?" Suara papanya, Dato' Iskandar pula menerpa telinga. Lagi bertambah senyum gemuruhnya.

Irfan garu kepala.

"Takut."

Mendengarkan balasan pendek Irfan, terhambur terus gelak dua lelaki berumur itu. Selepas itu, mula lah bahunya ditepuk kiri kanan. Alahai! Ini lagi menambahkan gemuruh.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now