A40

5.7K 666 11
                                    

PINTU gelangsar dibuka sebelum langkah dibawa keluar ke balkoni bilik hotelnya yang tampak bersih itu. Kiri kanan Irfan pandang. Ada sebuah meja kopi bersama sebuah kerusi kayu di situ. Bolehlah buat tempat melepak di malam hari nanti sambil petik ukulele yang dibawa Johari. Langkah kemudiannya dinawa menghampiri palang balkoni yang bercat hitam. Pandangan pula sepenuhnya terhala pada pemandangan laut yang luas terbentang di hadapan. Memang cun hotel penginapan mereka ni. Rasa tenang mula menyelinap masuk ke dalam hati melihat ciptaan Tuhan yang satu itu, sampai dia tak pedulikan langsung suara riuh Subhi dan Johari di tengah bilik sana. 

"Terima kasih bagi Mueen tumpang di sini." Tapi, suara Mueen berjaya buat perhatiannya beralih. Adik lelaki kesayangan Maryam itu dia pandang dalam diam dari jauh. Badan dia sandarkan pada palang balkoni. Terus teringat bagaimana mereka boleh 'terjumpa' di Langkawi ini. Ceh. Bukan terjumpa pun, tapi terancang on the spot bila Mueen menegur mereka tempoh hari di kedai mamak.

"Abang Irfan! Abang Subhi!" Masing-masing menoleh memandang si pemanggil.

"Eh, Mueen!" Subhi dah sengih melebar sambil menggamit lelaki itu ke mari. Mueen pun dengan senang hati melangkah menghampiri.

Nampak Mueen, terus bersinar mata Irfan. Yalah. Kalau ada Mueen selalunya ada Maryam sekali. Jaranglah nampak mereka berdua ni berenggang. Jadi, kali ini pasti ada Maryam juga kan?

"Buat apa kat sini? Maryam mana?" Subhi bertanya. Sambil itu tangan laju menepuk lengan Mueen. Sempat telinga menangkap 'aduh' kecil dari Mueen walau bibir lelaki itu terukir sengih sahaja. Alah... maaflah. Dah selalu bertumbuk ni, kekuatan biasa tak dapat ditahan.

Irfan dalam diam puji Subhi. Bagus soalan yang kedua tu.

"Haah. Mana kakak kau? Bukan korang selalu berkepit ke?" Soal Irfan pula. Mueen dipandang. Malas nak pandang Subhi yang tengah tayang senyum kambing dia tu. Sakit mata. Sakit hati.

Mueen turut senyum. Kerusi kosong di sebelah Irfan ditarik dan duduk dilabuhkan. Biarlah tak dipelawa duduk pun. Dia sangka baik mungkjn abang berdua ni lupa nak ajak dia duduk.

"Saya nak beli sarapan. Kak Yam ada kat rumah. Dia tak berapa nak sihat lagi. Ini yang turun beli sarapan sorang-sorang ni." 

"Dia sakit apa?" Tanya Subhi berpura-pura tidak tahu. Padahal... Irfan dijeling sekilas. Ni hah! Kat depan ni ada penyampai sahih tentang hal keadaan Maryam. Tiada ragu mahupun syubhah!

"Demam, bang. Jumaat sebelum cuti tu dia pengsan kat sekolah. Kesian Kak Yam." Sedih sahaja nada Mueen memberitahu. Tak sedar kesedihan dia tu sedikit sebanyak bagi rasa gundah dalam dada Irfan.

'Lamanya demam. Hari ni... dah masuk hari keempat lah kiranya.' Keluh hati kecil Irfan. Mulalah berbagai-bagai soalan dan kerisauan muncul dalam benaknya.

"Kak Yam jenis jarang sakit. Tapi, bila dapat sakit memang lama sikit masa nak sembuh semula. Lagi-lagi Kak Yam bukan jenis yang suka telan ubat." Cerita Mueen tanpa dipinta. Irfan dan Subhi hanya mengangguk. Terima kasih untuk itu. Irfan ada maklumat baru mengenai Maryam.

"Alah." Bahu Mueen, Irfan paut dan tepuk sekali dua. "Nanti kakak kau sihat lah tu." Sambung Irfan kemudiannya. Mueen yang mendengar hanya senyum hambar dan mengaminkan sahaja.

"Tak payah sedih-sedih. Nanti kakak kau sihat lah tu. Ni nak beli sarapan kan? Pergilah order cepat." Suruh Subhi sambil itu tangan diangkat menggamit pekerja mamak manis untuk mengambil pesanan Mueen. Mueen laju sahaja memesan dan bila pesanan sudah diambil, dia kembali memandang dua orang abang seniornya.

"Cuti ni kau tak pergi mana-mana ke?" Tanpa memandang Mueen, Subhi bertanya. Mata sibuk pandang skrin telefon.

"Ada. Kak Aisyah dah plan untuk kami. Kitorang pergi Langkawi for budget vocation." Mueen terus beritahu dengan nada penuh teruja. Mata pun nampak bersinar semacam.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now