A46

4.9K 704 59
                                    

HARI sudah malam. Dan mereka semua dah sampai ke hotel lebih kurang 2 jam yang lalu. Penat tapi seronok. Itu phrase yang sesuai untuk describe hari kedua mereka berada di Langkawi. Tapi, malam ni macam tak seronok dah. Sebabnya plan Maryam untuk mengajak Aisyah pergi ke pasar malam untuk misi food hunting tergendala. Aisyah tengah alami sakit perempuan. Huwaa!!!

"Alah... Kau ajaklah Mueen teman kau." Dalam sakit-sakit bawah selimut, Aisyah keluarkan cadangan.

Maryam diam tak beri jawapan.

"Pergi aje dengan Mueen. Bukan Mueen tak reti bawa skuter kan?" Aisyah bersuara lagi. Dia intai sedikit Maryam yang seperti di dalam dilema. Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak?

"Wei..."

Panggilan Aisyah buat Maryam menoleh. Angkat kening satu kali untuk bertanya apa.

"Pergi aje. Aku walaupun tengah period cramp sekarang, kau tahu kan tengah malam nanti aku akan macam mana? Melahap tak ingat dunia! Baiklah kau pergi pasar malam tu, beli makanan untuk kita nanti."

Maryam mencebik.

"Maksud kau, untuk kau nanti?"

Aisyah sengih. "Ya. Pandai. Cepat lah pergi siap!" Gesa Aisyah.

"Hmm. Yalah. Aku tinggal sarung tudung aje ni." Kata Maryam sebelum dia bangun dari katil dan bergerak menuju ke almari. Tudung-tudung kepunyaannya dan Aisyah yang sudah siap digosok -kesan dia tak boleh tidur semalam- dia tilik.

Sehelai tudung bawal berwarna coklat gelap dia ambil. Sesuailah dengan kaftan batik lengan pandang berwarna kuning cair yang dipakainya sekarang.

"Aku call Mueen jap." Telefon mahu diambil dari atas meja tapi pantas sahaja suara Aisyah melarang.

"Eh, tak payah call. Kau pergi aje ajak dia terus dari bilik. Buatnya dia tak mahu teman bila kau call, mahu kebulur kita nanti."

"Maksud kau... Kebulur kau nanti?" Maryam membetulkan ayat Aisyah tadi. Dan Aisyah hanya senyum dalam sakitnya. Sempat lagi minah seorang ni.

"Yalah, kalau macam tu. Kau nak heavy food ke?" Tanya Maryam. Tika itu, dia dah sedia dengan purse kecil hitamnya dan telefon di tangan.

"Belilah. Heavy ke... Light ke... Aku makan aje. Dan, kalau terjumpa farmasi ke, beli pain killer untuk aku, eh?" Balas Aisyah sebelum dia masukkan kepala dalam selimut dan kembali meringkuk sakit.

Oh. Hanya kaum wanita sahaja yang tahu sakitnya bagaimana.

"Hmm, okey. Aku pergi dulu." Dan selepas itu, sandal hitamnya disarung dan tanpa lengah dia keluar dari bilik. Mahu ke bilik Mueen.

Sampai sahaja di hadapan bilik Mueen setelah berseorangan menaiki lif ke aras ini, Maryam jadi patung sekejap. Nombor 505 pada pintu bilik dia pandang.

"Macam sepi aje. Ada orang ke tak?" Tanya Maryam. Perlahan-lahan dia lekapkan telinga pada pintu bilik. Mahu memeriksa.

Nasib malang. Baru lima saat dia melekap di pintu itu, hampir jatuh tersungkur dia bila pintu itu dibuka dari dalam. Kalau tak kerana dia tahan badan dia, dapat malu lah dia.

"Kau buat apa?" Suara Johari menjengah telinga. Badan terus dia tegakkan.

"Mueen. Aku cari Mueen. Mana dia?" Muka selamba Maryam tayangkan. Buat macam tadi tu, takde apa.

Maryam perasan Johari pandang dia pelik atas bawah, atas bawah. Tapi, tetap juga muka selamba Maryam tayangkan. Oh, walau hakikatnya, telinga dia dah merah dan panas sekarang menahan malu.

"Irfan!" Suara Johari memanggil Irfan buat dahi Maryam berkerut.

"Aku panggil Mueen lah, bukan kawan kau." Laju Maryam memberitahu. Sekarang, dia pula yang pandang Johari atas bawah, atas bawah. Mamat ni pekak ke macam mana?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now