A91

4.7K 656 97
                                    

WAKTU kerjanya sudah tamat. Keluar sahaja dari bilik pekerja, Maryam menggeliat kecil. Setelah itu belakang tengkuknya diurut perlahan. Jalan dia pun semacam lemah. Adoi. Memang penat betul bekerja walaupun sebagai seorang cleaner sahaja. Tabiklah dengan mereka yang berkerja.

Melalui lobi hotel, telefonnya dikeluarkan dari tote bag. Nombor Aisyah terus dicari. Entah sudah balik atau belum kawannya itu dari berjalan-jalan dengan empat orang lelaki.

Ya. Cakap mengenai Aisyah dan mereka, sampai sekarang Maryam tak boleh brain macam mana Aisyah boleh dengan selamba bersama mereka. Walhal dia ingat bagaimana tak sukanya Aisyah bila dia terlibat dengan mereka. Yalah, budak nakal sekolah kan? Tapi sejak pergi Langkawi tu, Maryam nampak persepsi Aisyah dah berubah sedikit. Tapi, takdelah dia sangka sampai boleh buat trip bersama untuk kali kedua.

Maryam angkat bahu dan segera nombor Aisyah didail. Sambil itu, kaki bergerak keluar dari hotel. Sempat juga dia melambai kecil kepada pekerja-pekerja hotel yang melambai kecil kepadanya.

"Hello." Panggilan bersambut.

"Hello. Kau kat mana? Kata nak pergi Penang Hill sama-sama." Kata Maryam. Berdiri di luar hotel, dia mula mencari-cari batang tubuh Aisyah.

"Oh, sekejap." Aisyah berkata sebelum telefon dijauhkan sedikit. Maryam dapat dengar samar-samar suara Aisyah berkata-kata entah dengan siapa.

Maryam tunggu sahaja. Kaki dipandang dan tika itu baru dia perasan yang tali kasutnya terurai. Berkerut dahi bila melihatnya. Macam mana dia tak boleh perasan ni.

Telefon dikepit di antara telinga dan bahunya. Badan dia terus membongkok untuk mengikat tali kasutnya tapi, separuh jalan badannya yang baru membongkok terhenti terus bila tiba-tiba ada orang lain yang dah membongkok dahulu dan mengikat tali kasutnya.

Kaku. Tak berkelip mata Maryam memamdang sisi wajah Irfan yang beriak biasa sambil tangan lelaki itu lincah mengikat dengan cermat tali kasutnya.

"Yam!" Suara Aisyah menyentakkannya.

"Ya." Lembut dan perlahan balasan Maryam. Mata masih tak lepas memandang Irfan. Dan bila Irfan yang sedang mencangkung itu angkat wajah memandangnya juga, terus Maryam telan liur.

"Kita jumpa kat sana terus boleh tak? Aku dah on the way ni. Cuma, boleh tak kau pergi dengan Irfan? Tadi dia balik hotel sebab dia tak berapa sihat." Beritahu Aisyah.

"Kau tak sihat?" Tanya Maryam. Irfan yang dah bangun dan berdiri di sebelahnya dia pandang.

"Apa benda kau ni? Bukan aku, tapi Irfan."

"Sakit apa?"

Irfan diam. Maryam tak dipandangnya tapi dia pandang sekeliling hotel. Kaca mata hitam dah disarung sekali. Begitu juga dengan capnya.

"Entah. Tapi dah okey rasanya. Tadi Subhi call Irfan dan Irfan kata dia dah okey. Cepat tau! Kita jumpa kat sana." Balas Aisyah. Suara belakang yang tergelak kuat buat Maryam tersentak sedikit. Suara Subhi, Johari dan Heng.

Irfan dipandang. Telan air liur sekejap sebelum dia alihkan pandangan.

"Yam?"

"Ha?"

"Boleh kan?"

"Boleh, boleh. Kita jumpa kat sana." Balas Maryam. Kasut dipandang sebelum dia dan Aisyah sama-sama mematikan panggilan.

Diam antara mereka. Takde siapa nak bersuara dan Maryam pun dengan selamba ambil langkah ke hadapan dahulu. Dari tepi mata, Maryam dapat lihat Irfan mengekori juga.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now