A49

4.7K 603 58
                                    

TAK berkelip Irfan pandang Maryam. Tapi, gadis itu masih lagi sama di tempatnya. Tak bergerak, hanya memandang pemandangan Gunung Mat Chincang yang terjamu di luar gondola. Dia pula yang tak senang duduk dibuatnya.

Irfan teruskan lagi pandang Maryam, dan bila pandangan mereka bertembung, Irfan dengan muka kereknya mengangkat kening sebelah, bertanya apa.

Nak tahu situasi sekarang? Mereka terperangkap dalam gondola yang sama, manakala empat orang tu dalam gondola yang lain tanpa terpisah. Huh! Tak tahulah ini bala atau sebaliknya.

"I know I'm pretty but you didn't have to stare me all the time, though." Tanya Maryam. Dia peluk tubuh. Irfan dipandang lurus. Cuba untuk bersikap tenang dan cool walau hatinya dah rasa lain macam. Jantungnya juga. Apa kena entah.

Mendengarkan kata selamba Maryam, Irfan gelak sinis untuk dirinya sendiri. Ya. Maryam cantik. Dan dia pun tak perlulah nak pandang beria sangat. Yummy dia ni bukan suka pun.

"Please." Jawapan pendek Irfan berikan. Setelah itu, dia bawa lens kameranya menghala pemandangan luar.

Irfan dah pandang luar, tapi Maryam pula yang tak berkelip pandang Irfan kali ini. Nak kata ada benda yang menarik di wajah itu, takde. Tapi entah kenapa mata ini nak menilik juga.

Irfan jadi tak senang duduk. Sesekali dia pandang Maryam yang matanya tak lepas dari wajahnya. Dah kenapa pula, Yummy?

"Am I that handsome?"

"Nope."

"Dah tu, pandang aku buat apa?" Tanya Irfan tanpa pandang Maryam. Dia hanya pandang skrin kameranya.

"Can't help it."

Dan pandangan bertembung dengan mulut masing-masing berkunci tidak bersuara.

"Kau dari semalam cakap macam tu." Irfan pecahkan kebisuan. Telinga dia dah panas sebab rasa malu yang datang tiba-tiba. Lahai. Apa kenalah dengan dia ni?

Maryam bersandar pada kerusi sambil pandang luar semula.

"It's just you and me in here. Kalau kau tak pandang aku, aku pandang kau. Kalau kau pandang aku, aku tak pandang kau. Dan, kita boleh sama-sama pandang."

Irfan terkaku tapi jantung berdegup laju. Telinga makin panas. Malu dan...

Snap!

Tangan bergerak sendiri mengambil gambar Maryam. Kandid.

Terkebil-kebil Maryam pandang Irfan.

"Kau ambil gambar aku ke tadi?" Suara Maryam bagai tak percaya.

Irfan sandarkan badan pada kerusi juga. Dia tarik senyum senget.

"Can't help it."

"Banyaklah kau!" Laju Maryam membidas. Pipi dah rasa hangat dek kerana malu.

"Apa? Betul, kan? Kita berdua aje ada dalam gondola ni. Kalau kau tak ambil gambar aku, aku ambil gambar kau dan sebaliknya." Paku buah keras bersama pakej senyum kecil satu kali.

Maryam terkebil-kebil sendiri.

"Atau..."

"Atau apa?" Laju Maryam bertanya bila lihat Irfan gerakkan badan ke hadapan, mengurangkan jarak antara mereka.

"Atau kita boleh tangkap gambar sama-sama."

Snap!

MARYAM tutup mata bila angin bertiup lembut pada wajahnya. Senyum kecil dia bila pemandangan hijau biru putih di hadapannya. Subhanallah, cantik betul! Tak sangka, pemandangan dari atas begini boleh jadi cantik walaupun semua benda nampak kecil.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora