A66

4.6K 573 48
                                    

HARI ini kena gabung kelas Pendidikan Jasmani lagi. Dan lagi sekali kelas mereka perlu bergabung dengan Kelas 5-5. Maryam memamg malas mahu bersukan tapi macam biasalah, Aisyah takkan pernah biarkan dia berbahagia sendiri. Benci agaknya. Dan benci gadis itu sampai di ditarik sekali masuk gelanggang untuk bermain bola tampar.

Maryam garu dahi yang tidak gatal, sambil itu pandang Aisyah yang bersungguh sedang panaskan badan sekarang. Semangat betul lah gadis itu. Aktif bertenaga! Kalau dia? Dah rupa sayur rebus. Lembik.

"Cah... Aku tak reti main lah. Aku tarik diri, ya?" Ujar Maryam sambil kaki dah melangkah keluar dari gelanggang perlahan-lahan. Tapi, pantas tangannya ditangkap Aisyah.

Maryam mengeluh lemah.

"Tak nak lah, Cah." Maryam menggeleng sambil buat muka comel. Mana tahu Aisyah terpujuk dan biarkan dia join kawan-kawan lain duduk di bangku panjang.

Aisyah menggeleng. "Sekali aje. Mana-mana kumpulan dah dapat skor satu markah, kau boleh pergi."

Tawaran yang kedengaran sangat tidak menarik itu buat Maryam mengeluh lemah dan menggeleng lagi.

"Tak best sungguh tawaran kau tu."

"Sudah tu, kau nak aku bagi tawaran apa?" tanya Aisyah. Dia dah bercekak pinggang melayan kerenah tidak aktif Maryam sekarang.

"Aku tak payah main dan aku bersorak untuk kau." Maryam senyum segaris.

Aisyah gelak sinis dan pipi lembut Maryam dia cubit perlahan. Maryam pantas menepis dan berlalu pergi.

Aisyah hanya memerhati. Dah tak larat nak memberi semangat kepada Maryam yang memang malas bersukan itu. Dia kembali semula menapak ke tengah gelanggang, berbincang posisi bersama kawan-kawan lain.

Tempat kosong sebelah Hawwa dia ambil.

"Kau tak main?" Soal Hawwa dengan senyum manisnya.

Maryam menggeleng dan jatuhkan kepala di bahu Hawwa. Dia penat dan mengantuk tiba-tiba.

Hawwa hanya tersenyum kecil.

"Sofi, kau nak main kan tadi? Masuklah ganti Maryam ni." Kuat suara Hawwa mengarah Sofi yang ada di hujung gelanggang, menanti giliran bermain.

"Maryam tak nak?" Sofi menjerit sama. Dan ketahuilah mereka berdua dah menarik perhatian hampir semua orang yang ada di kawasan gelanggang sekarang.

"Dia nak jadi sayur lembik ni!"

Maryam tutup muka. Bagus. Sekarang pelajar kelas dia, dan Kelas 5-5 dah tahu penyamaran dia sebagai sayur lembik. Thanks to Hawwa and her chatting partner, Sofi.

"Malu ek?" Hawwa buat-buat tanya dengan sengih panjang dia.

Tangan dialihkan pada wajah dan kepala diangguk perlahan. Kemudian, Hawwa biarkan dia jadi sayur lembik di situ sementara gadis itu sibuk bersembang dengan kawan sebelahnya. Maryam tak perasan pula siapa.

Maryam pandang lurus ke hadapan dan dia nampak pelajar-pelajar di gelanggang sebelah lagi. Riuh semacam tanpa Maryam apakah sebabnya.

Sebenarnya, Maryam boleh aje main tadi tapi, sebab ada pelajar lelaki sekali, dia jadi segan tiba-tiba. Tiba-tiba nanti rasa semua mata akan tertumpu ke arahnya. Tak tahu kenapa, tapi memang itu yang dia akan rasa. Jadi, untuk elakkan rasa itu datang baiklah dia duduk diam-diam aje.

Dalam ramai-ramai lelaki di situ, cepat sahaja mata Maryam menangkap wajah Irfan. Lelaki itu sedang bergelak ketawa sambil lambung-lambungkan bola tampar di tangannya.

Maryam hanya memerhati. Hari ini, genap dah sebulan dia tak bertegur sapa dengan lelaki itu. Dah tak ada apa-apa urusan untuk bertegur sapa. Dia pun dah tak terserempak dengan lelaki itu di bus stop atau di mana-mana dalam keadaan luka atau cedera akibat bergaduh. Kalau jumpa, lelaki itu elok sahaja tanpa kesan luka atau cedera. Dan mereka pun takde nak menyapa beria sangat. Hanya angkat tangan dan blah. Kadang-kadang buat bodoh sahaja.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now