A60

4.9K 591 30
                                    

SEHARI suntuk Maryam diam dan itu sangat merunsingkan Aisyah. Hawwa dan Kalilah hanya berkerut pelik sahaja. Bila ditanya apa-apa, sepatah sahaja Maryam membalas. Itu kira okey juga. Ada juga Maryam hanya membalas dengan isyarat sahaja seperti mengangguk kecil. Dan membalas cara itu memang tak akan disedari Aisyah lah. Mulut pun laju meleteri kawannya yang seorang itu. Dan bila dah habis meleter, 'sorry' atau 'maaf' sahaja yang Maryam ucap. Aisyah yang mendengar terus rasa nak meroyan. Ya ampun!!!

"Hei, apa kes kau ni? Sehari suntuk bad mood dengan aku tiba-tiba ni?" Buat sekian kalinya, soalan itu muncul dari mulut seorang Aisyah. Dan tika itu, loceng yang menandakan tamatnya sesi persekolahan mereka pada hari ini telah nyaring berdering.

Maryam pecah rekod! Hampir 7 jam di sekolah, dia tak berkata-kata melainkan sedikit sahaja! Sangat pecah rekod!

Maryam diam. Barang yang masih belum dikemas, dia kemas dengan kadar kelajuan 20km/h. Sakit mata dan hati Aisyah melihatnya. Barang bukan banyak pun, nak lambat-lambat pula! Sahih lah dia kena keluar kelas sendirian.

Aisyah merengus kuat tidak puas hati. Beg dia galas malas pada bahu. Maryam dijeling tak puas hati. Dia dah cukup sabar untuk hari ini, dan sekarang dia perlu recharge semula kesabarannya dengan jauh daripada Maryam.

"Entah apa-apa. Aku yang tak bersalah, tak tahu apa-apa, atas kesalahan siapa entah, tiba-tiba kena silent treatment macam ni. Sudah lah! Bye!" Sengaja Aisyah merungut kuat-kuat. Dia mahu berlalu pergi dari situ dengan kadar segera, takut tak boleh kawal lidah pula.

Mendengarkan itu, Maryam lepas nafas lemah. Aisyah yang dah masam muka itu, dia pandang sebelum lengan kawannya itu dipegang.

"Apa ni? Jangan pegang-pegang! Aku nak balik!" Sengaja Aisyah buat-buat Maryam. Dia sengaja tepis tangan Maryam perlahan. Apa Maryam seorang sahaja yang boleh buat dia sakit hati?

Maryam paut tangan Aisyah semula. Dia raup wajah dengan tangan sebelah lagi dan Aisyah hanya melihat. Nak berdrama sekarang boleh sebab dah tinggal mereka berdua aje dalam kelas ni.

"Sorry." Satu perkataan, perlahan namun cukup ikhlas di telinga Aisyah. Tambah pula risk wajah Maryam yang macam nak menangis tu betul-betul tunjuk kawannya itu memaksudkan apa yang baru dia katakan tadi.

Aisyah mengeluh. Bahu Maryam ditepuk perlahan. Sensitiflah Maryam hari ini. Nak gelak, tapi tak mengapalah. Lain kali.

"Haih. Kau ni kenapa? Berat sangat masalah kau ni, sampai nak menangis bagai."

Maryam diam. Air mata yang mahu menitik dia lap cepat. Dalam sedih-sedih ini, dia sempat kutuk diri sendiri sebab lemah. Tak pernah-pernah.

"It is okay to cry. Tak berdosa pun." Aisyah memujuk. Tengok Maryam ni macam dah setkan dalam kepala, menangis untuk masalah yang dihadapinya sekarang adalah satu dosa, haram.

Maryam menggeleng. "Tak. Tak berbaloi menangis." Sebab aku menangis untuk diri sendiri yang bodoh ni.

"Lantak kau lah. Ni... Kau bengang dengan siapa? Semalam kau cakap bengang tak bagitahu pula dengan siapa. Lama betul kau bengang dengan budak tu. Tak pernah-pernah pun. Selalunya cool aje." Aisyah cuba mengorek masalah Maryam.

Maryam geleng, tak nak bagitahu. Malu. Bengan dengan diri sendiri, tapi orang sekeliling yang jadi mangsa. Mahu kena tibai dengan Aisyah. Silap-silap dibukanya sesi kaunseling sekarang.

"Takde siapalah."

Aisyah mencebik. "Acah artis kau ni. Dah lah, jom balik."

"Kau balik lah. Aku nak stay perpusatakaan. Aku bertugas hari ni." Maryam menolak perlahan pelawaan Aisyah. Dia nak bersendiri sikit masa sahaja lagi lepas tu dia janji dia akan okey semula.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now