A73

4.7K 627 42
                                    

LAJU tangan menggerakkan pen berdakwat biru di atas helaian buku latihan Matematiknya. Tak kurang juga tangannya berkali-kali menekan butang kalkulator saintifiknya bila otak tak dapat nak buat kiraan secara terus. Dalam kesibukannya sebegitu pun, tiba-tiba sahaja fikiran Maryam terganggu. Perlahan-lahan sampaikan tangan yang tadinya laju menulis mulai bertukar rentak. Perlahan, makin perlahan sampai berhenti terus. Mata pun dah tukar arah. Tak pandang kertas dah, tapi pandang dinding bercat putih di hadapannya.

Terkebil-kebil sendirian sambil berkerut dahi dibuatnya. Pelik dengan apa yang ada dalam fikirannya sekarang.

"Aku suka orang lain."

Maryam menggeleng bila kata-kata Irfan tempoh hari bermain macam kaset rosak dalam kepalanya. Terngiang-ngiang tak sudah.

"Dah kenapa pula kau ni, Yam?" Maryam bertanya sendiri sambil garu kepala guna pen di tangan.

"Yang nak main macam kaset rosak kenapa pula? Bukan benda penting pun." Dia sambung mengomel dengan riak muka yang jelas tak puas hati.

Diam. Tumpuan cuba ditumpukan kembali pada buku sekolahnya. Tapi, sekejap cuma sebelum suara Irfan mengucapkan ayat itu berulang kembali buat sekian kalinya. Kali ini sekali dengan wajah Irfan sekali muncul dalam kepalanya.

"Ish!" Pen dilepaskan kasar sambil tangan menutup kuat buku tulisnya.

"Yam! Dah dua hari berlalu. Dua hari! Besok nak masuk tiga hari dah! Kau nak ulang berapa banyak kali dalam kepala kau?" Macam orang gila Maryam memarahi dirinya sendiri. Tangan dah naik mengetuk perlahan kepala.

Tak puas hati. Tak puas hati.

"Mamat tu pun, yang pergi cakap buat apa? Aku tanya dia tak suka Dayang aje. Sibuk bagi fakta hidup dia sekarang kenapa?" Omel Maryam. Pipi dikembungkan tak puas hati.

Mood untuk siapkan kerja sekolah dah terbang melayang. Dah tak boleh teruskan sebab kaset rosak Irfan dalam kepala dia. Tanpa lengah terus meja dia kemas. Jam di dinding bilik sempat dia pandang sekilas.

9:35 malam.

"Ah, peduli apa kalau awal sangat pun. Aku nak tidur!" Bebel Maryam seraya menjauhi meja belajarnya. Toto yang disimpan di dalam almari dia bawa keluar. Begitu juga dengan bantal dan selimut kepunyaannya.

Sedang dia buat persiapan tidur, pintu bilik yang tertutup sejak Maghrib tadi dibuka dari luar. Serentak mata dia dan Mueen bertembung. Sekejap cuma sebelum Mueen pandang toto yang sudah siap dibentang atas lantai.

Mueen pandang jam. "Awal lagi, kak. Kau nak tidur dah?" Tanya Mueen kehairanan. Pintu bilik Maryam dikuak lebih besar.

Maryam mengeluh. "Penat." Penat kepala dengar kaset rosak abang kau tu.

Mueen terkebil-kebil memandang Maryam yang dah mula duduk berlutut di atas toto. Bantal putih ditepuk-tepuk perlahan dan selimut dibentangkan.

"Penat? Kau buat apa aje? Aku baru nak ajak kau makan burger kat Gerai Abang Fendi." Mueen bertanya seraya menyuarakan hajat asal dia masuk ke dalam bilik kakak tunggalnya ini.

Dengar sahaja Gerai Abang Fendi, selera makan Maryam terus naik mendadak. Mood pun dah melayang masuk semula dalam diri. Mata pun dah bersinar. Melihatkan itu, Mueen tarik senyum.

"Apasal lah kau comel tiba-tiba ni, kak?" Soalan tak dapat ditahan Mueen ajukan. Berkerut terus dahi Maryam.

"Apa benda kau ni? Tiba-tiba puji aku? Menakutkan tahu tak? Kau nak apa sebenarnya ni?" Atas bawah, atas bawah dia pandang Mueen. Tiba-tiba rasa was-was dengan ajakan Mueen tadi. Bukan boleh percaya sangat kalau adik beradik puji ni. Something is off tau?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now