ADORE ; FUTURE 2

5.4K 455 112
                                    

USAI mandi dan segarkan badan, Maryam tidak terus masuk ke dalam bilik sebaliknya kaki melangkah menuju ke dapur. Tekak tiba-tiba terasa ingin minum Nescafe panas. Lagipula dingin malam ini lain macam pula. Mungkin sebab sedang hujan lebat di luar sana.

Tuala yang diguna untuk keringkan rambut basahnya dibiar bersangkut di atas kepala. Dua mug diambil dan laju sahaja dia bancuh Nescafe panas. Sambil membancuh, sambil tersenyum. Dua mug. Satu dia punya. Satu lagi Encik Suami punya.

Alala, dah kahwin. Semua benda berdua sekarang. Tak boleh fikir diri sendiri. Dan hakikat itu buat senyum Maryam makin melebar.

"Dah ada suami rupanya kita ni." Omel Maryam perlahan. 

"Tahu lah dah ada suami. Diam-diam sudah lah." Suara Mueen yang menyapa, menyetakkan Maryam. Terus kepala menoleh pandang muka pintu dapur.

Ada Mueen yang sedang tersenyum sinis di situ. Tak cukup sinis, dia tayang muka menyampah pula.

"Eh, jeles." Kutuk Maryam pendek sebelum dia angkat dua mug untuk berlalu pergi dari situ.

Belum pun kaki melepasi Mueen, dia dihalang dahulu dengan sebelah kaki Mueen yang diangkat tinggi bertongkat di dinding. Menghalang dia sepenuhnya. 

Maryam jeling Mueen tajam.

"Aku nak juga Nescafe." Pinta Mueen tak malu. Bibir dah terjuih-juih tunjuk mug yang dipegang Maryam. Terbayang kehangatan air susu itu masuk ke dalam tekaknya. Sejuk-sejuk gini. Mantap!

Atas bawah Maryam pandang Mueen. 

"Buat lah sendiri." Malas Maryam mahu melayan Mueen. Masa ini juga dia mahu menggedik. Tu lah. Masa kakak single tak nak bermanja puas-puas. Kan dah menyesal sekarang.

Jatuh terus kaki Mueen. Hampa.

"Macam ni lah. Dah kahwin, lupa adik terus." Sedih nada suara Mueen. Buat Maryam menjulingkan mata tanda menyampah.

"Drama." Omel Maryam sebelum dia serahkan sebuah mug kepada Mueen. Bila nampak mata bersinar Mueen kerana perbuatannya, terus dia tarik semula mug merapat kepadanya. Hilang terus wajah teruja Mueen.

"Kau tak payah nak excited sangat eh. Lepas minum, masakkan aku burger dua biji." Arah Maryam selamba bersama senyum sinis yang terukir cantik di bibirnya.

Mueen julingkan mata. Tanpa kata terus dia ambil mug di tangan Maryam dan berlalu pergi. Maryam yang melihat hanya tersenyum puas. Walau Mueen tidak suarakan persetujuan, dia tahu sendiri yang sebuah deal telah terbina.

Dengan hati yang berbunga, Maryam bancuh lagi satu Nescafe panas untuk Irfan. Selesai, terus kaki melangkah menuju ke bilik tidurnya. 

"Assalamualaikum." Salam diberi dalam debar sebelum langsir diselak perlahan. Menjenguk kepala sedikit mengintai ke dalam bilik.

Ada Irfan yang sedang membaca sebuah buku di meja belajarnya. Kacak aje dengan rambut tutup dahinya dan kaca mata bulat seperti Harry Potter. Eee, suami siapa ni?

"Waalaikumussalam." Balasan Irfan buat Maryam senyum manis satu kali. Terus kaki melangkah masuk ke dalam bilik.

Irfan pandang Maryam tak lepas. Duduknya dibetulkan dan bila Maryam hulurkan sebiji mug kepadanya, terus dia menyambutnya. Ada senyum dia ukir buat Maryam.

Ehem. Isteri kita. Hehehe.

"Thank you." Ucap Irfan ikhlas sebelum aroma Nescafe itu dihidu perlahan. Terus terbuka seleranya ingin meneguk minuman panas itu.

Maryam senyum dan angguk. Duduk dilabuhkan di sebelah Irfan sebelum dia letak mug di atas meja. Tuala di atas kepala dibetulkan seketika untuk bagi selesa. 

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now