ADORE ; FUTURE 6

4.1K 333 37
                                    

BAJU-BAJU kotor dibawa masuk ke dalam mesin basuh. Sabun detergent dituang masuk begitu juga dengan softner sebelum butang on ditekan. Ditekan beberapa butang setting kemudian butang Start ditekan. Lihat mesin basuh yang mua berpusing perlahan, Maryam terus tutup pintu mesin basuh itu.

Baku diletak ke tepi sebelum tangan dibasuh ala kadar. Lap tangan pada apron di badan, Maryam mula ambil langkah. Mahu pergi kepada Irfan. Namun, baru sahaja pusing belakang, bibir terus mengukir senyum manis.

Oh. Baru aje fikir, tuan badan sudah elok bersandar di dinding. Lembut pula pandang dia tak berkelip. 

"Morning." Maryam menyapa Irfan. Langkah yang terbantut tadi dibawa ke arah Irfan. Di hadapan lelaki itu, terus Maryam tepuk perlahan dada Irfan.

Dari muka tanpa riak, Irfan terus tarik senyum kecil. Suka betul dengan perbuatan Maryam tadi. Sumpah itu sahaja sudah berjaya buat dadanya berdebar hebat.

"Morning, girlfriend." Balas Irfan. Tangan naik menyelit rambut Maryam yang terjuntai keluar ke celah telinga. Mata pandang gerakan tangannya sendiri sebelum ia terarah lembut kepada sepasang mata cantik milik Maryam.

She had beautiful eyes. And I guess I got lost in it.

"Fan nak sarapan?" Soalan Maryam menyedarkan Irfan. 

Irfan senyum kecil dan mengangguk kecil. Tangan dihulur kepada Maryam dan senyum jadi lebar bila Maryam dengan senang hati menyambut huluran tangannya. Elok pula itu sulamkan jari mereka bersama dengan sebelah tangan lagi memeluk erat lengannya.

"Manja." Kata Irfan perlahan namun ia cukup didengari Irfan.

"Nak kena kurangkan ke?" Selamba Maryam menyoal. Seselamba dia eratkan lagi sulaman jemari mereka. Macam kata-kata Irfan tak beri kesan langsung, begitu juga dengan soalan yang diajukan tadi.

Irfan gelak kecil. Laju tangan naik mengusap lembut kepala Maryam.

"No, sayang. Be manja more. I love it." Ikhlas Irfan ucap. Tak cukup dengan kata-kata, kucupan dilabuhkan ringkas pada dahi Maryam. Buat Maryam ketawa manja.

"Of course you love it." Tak malu, Maryam iyakan sahaja kata-kata Irfan. Benda dah jadi fakta, siapa dia untuk menolak kan?

Irfan hanya geleng perlahan sahaja. Mujur juga isteri tersayang. Kalau yang di hadapan ini orang lain, mahu dia muntah berbaldi-baldi. Seiring itu, mulut pasti tak henti-henti mengeluarkan kutukan. Tak malu dan sebagainya.

Sampai di meja makan, Maryam tarikkan kerusi buat Irfan namun keliru jadinya bila Irfan hanya menggeleng kecil tanda tidak mahu duduk di kerusi yang baru sahaja ditarik buat lelaki itu. 

"Itu salah, baby." Tergeleng-geleng kepala Irfan. 

Maryam dihampiri dan bahu si isteri dipeluk lembut sebelum dia bawa Maryam duduk di atas kerusi yang baru sahaja ditarik tadi. Duduk sahaja Maryam, terus Irfan tongkat tangan di meja makan manakala satu tangan lagi elok terletak di kepala kerusi. Maryam angkat sahaja wajah, Irfan perlahan-lahan tundukkan wajahnya sedikit, merapatkan jarak di antara mereka.

Melihat Irfan, Maryam telan liur. Telinga dah sedikit hangat. 

Uh-oh. Irfan yang mahu beromantika di pagi hari ini buat dia tak perlu bersenam selepas ini. Lelaki ini sahaja sudah cukup bagi dia penat buat senaman jantung.

"Let me treat you well, my queen." Ucap Irfan penuh romantis dengan mata yang galak bergerak meneliti wajah Maryam.

Sumpah! Maryam rasa rama-rama dalam perut!

"Ehem." Maryam berdeham, sengaja tutup rasa yang dirasainya kini. Wajah dipalingkan namun badan terus kejung kaku bila pipinya terasa sesuatu yang lembut lagi hangat melekap di situ.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now