A85

4.5K 711 86
                                    

TEMPOH menetapnya dia di Pulau Pinang dilanjutkan lagi walaupun dia baru sahaja tamat SPM tiga hari lalu. Rasa nak menangis bila itu keputusan yang diambil oleh Puan Nashiah ke atasnya. Katanya untuk dia lebih berdikari. Apa selama tempoh jauhnya dia dari keluarga tak cukup lagi tunjuk dia berdikari ke macam mana?

"Alah. Bukan lama pun. Sampai dapat keputusan SPM aje. Lepastu balik lah."

Tahan air mata dengar kata-kata itu. Sedih. Tapi dia tahu sedih lagi si mak yang menutur kata-kata itu. Dia tahu itu bukan alasan utama kenapa maknya panjangkan lagi tempoh dia di Pulau Pinang ini. Mesti ada sebab lain tapi tak mahu diberitahu.

"Haih. Yalah mak. Yam ikut aje lah. Tapi..." Jeda seketika.

"Tapi apa?"

"Yam nak buat apa kat sini?"

"Kerja lah. Tidak pun, belajar apa yang patut belajar. Masak ke... Jahit ke... Nak jadi perempuan besar dah kan?"

Maryam angguk kecil. Nafas dihembus perlahan sebelum dia balas dengan kata 'okey' sahaja. Setelah berbalas salam, panggilan dimatikan.

Pejam mata dan nombor Aisyah dicari. Dah jumpa, terus dia tekan ikon ganggang telefon. Dia perlu beritahu kawannya itu tentang perkara ini. List panjang yang mereka dah rancang terpaksa dibatalkan. Ada rancangan lain dahulu yang dah ditetapkan untuk dirinya.

"Hey! Dah sampai rumah ke!" Tak sempat nak bagi salam bila panggilan bersambut, suara teruja Aisyah dah menyapanya dahulu.

Maryam lepas nafas perlahan.

"Tak."

"Lah... Bilanya nak balik? Banyak bucket list ni."

"Lepas dapat result baru boleh balik."

Diam antara mereka.

"WHAAATTT?!"

Berdesing telinga dengar jeritan nyaring Aisyah. Terus telefon dibawa jauh dari telinga. Minah ni lah kan.

"Kau biar betul Yam?!"

"Ya, betul."

"But why?" Suara kecewa kedengaran.

Maryam kemam bibir.

"Mak suruh tunggu. Cari kerja. Berdikari and whatsover." Beritahu Maryam terus. Malas nak belok sana-sini.

"Habis tu plan kita macam mana?" Meleret dengar suara kecewa Aisyah.

Maryam jongketkan bahu. "Batal lah. Nanti bila balik KL lah kut baru boleh tunaikan bucket list tu."

Alaaaaa panjang dia dengar selepas itu. Senyum hambar satu kali. Nak buat macam mana? Benda nak jadi, kan? Bukan mereka yang nak.

"Hmmm. Takpelah kalau macam tu. Habis tu, kau nak buat apa aje nanti?"

Maryam diam berfikir. Cadangan Puan Nashiah dipertibangkan dalam kepala.

"Mak aku ada suruh belajar tapi otak aku dah tepu. Dan aku malas. So, aku nak kerja part-time aje kut." Jawab Maryam.

"Kat mana?"

"Manalah aku tahu. Nanti dah dapat, aku bagitahu lah."

"Hmmm. Aku pun nak cari kerja lah kalau macam tu. Boleh tambah duit poket, kan?" Aisyah macam berminat dengan perancangan dia.

"Ya. Nanti kau boleh lah beli barang make-up kau yang dah sedia berlambak tu." Perli Maryam. Aisyah dan make-up. Huh. Dia memang tak ngam dengan make-up. Buku, ya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin