A77

4.3K 610 41
                                    

PEDIH di bibir membuatkan Maryam berdesis kesakitan. Tika itu telinganya menangkap desas-desus suara yang semacam gembira menyebut namanya. Lepas tu dia tangkap bunyi tangisan pula. Apa benda yang dia dengar ni?

Mata dibuka perlahan. Kurang jelas sepuluh saat sebelum wajah Aisyah jelas kelihatan di matanya. Aisyah yang sedang berjurai air matanya di pipi. Hingus pun ada meleleh.

"Kau, auch!" Maryam pegang perutnya yang mencucuk sakit. Terasa senak masih lagi terasa. Tapi, kenapa dia senak pula.

"Kau jangan banyak bergerak. Makin banyak kau gerak, makin sakit, makin kuat kau bising, makin aku rasa nak bunuh si Izu tu." Aisyah bersuara geram.

Maryam terdiam. "Oh..." Dia lupa dia baru sahaja habis di belasah Izu.

"Eeeee!!! Dasar ada isu mental. Benci aku!!!" Aisyah bersuara lagi. Kali ini ditambah dengan tumbukan berkali-kali di sofa.

Maryam pejamkan mata. Air liur ditelan payah. Terbayang-bayang bagaimana tiada belas kasihannya wajah Izu semasa menyepak dan menamparnya tadi. Dan terbayang juga bagaimana Irfan membelasah Irfan selepas itu.

Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi. Dengar terus suara Aisyah bertanya kenapa kepadanya.

"Kita kat mana ni?" Cepat Maryam tukar topik. Air mata diseka laju. Menyeringai sakit dia bila tangan menyentuh pipinya.

Aisyah kemam bibir. "Kat rumah aku. Irfan bawa kau kat sini sebab tak nak jadi kes polis."

Maryam diam. Dan melihat kepada diam Maryam, laju sahaja Aisyah menyambung kata.

"Tapi biar aje sepatutnya jadi kes polis. Kecik-kecik nak jadi gangster dah! Bila besar tak tahu jadi apa!" Hambur Aisyah geram.

"Lantak lah. Aku nak balik."

"Kau nak balik dengan keadaan kau macam ni?" Bukan Aisyah bertanya, tapi suara garau yang dia tak nak dengar sekarang. Suara Irfan.

Maryam alihkan pandangan, tak mahu pandang Irfan yang berdiri di muka pintu rumah Aisyah. Mata dipejam rapat.

"Haah, Yam. Kau tidur rumah aku lah. Aku call---"

"Tak payah. Aku nak balik." Laju Maryam memotong kata. Sedaya upaya dia berusaha bangun dari pembaringannya. Berkerut-kerut muka menahan sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian perut.

"Tak payah. Tidur sini aje." Irfan bersuara, bersetuju dengan cadangan Aisyah. Wajah beku Aisyah dia pandang. Dia rasakan beku Maryam kepadanya. Sangat rasa.

"Aisyah, call kan Mueen. Suruh dia ambil aku." Tanpa pedulikan Irfan, Aisyah dia arah.

"Serious kau nak balik juga?"

Maryam diam. Aisyah yang terkebil-kebil pandang dia dan Irfan bergilir-gilir dia pandang kosong.

"Err... Kejap aku ambil telefon dalam bilik." Aisyah telan air liur sebelum dia laju ke bilik. Nak lari kejap dari ketegangan yang dia rasa tiba-tiba.

Irfan pandang Maryam. Tanpa kata dia datang menghampiri Maryam dan duduk cangkung di hadapannya. Bila lihat Maryam alihkan pandangan, tidak mahu melihatnya, Irfan telan air liur.

Diam antara mereka. Maryam masih alihkan pandangan. Dia tidak mahu... Bukan. Dia tak boleh nak pandang Irfan sekarang ini. Rasa menyampah membuak-buak. Sebab lelaki ini, sebab Dayang, dia yang jadi mangsa.

Irfan hela nafas lemah. Jelas kesan lebam pada pipi Maryam. Dan jelas juga linangan air mata Maryam.

"Aku minta maaf."

"Accepted. Mulai hari ini, kita tak kenal. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau dah. Terima kasih atas kebaikan yang kau pernah buat kat aku. Get off, now." Beku dan laju kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Maryam yang dah bergetar menahan suara tangisnya daripada pecah.

Irfan terdiam.

"Get off." Ulang Maryam lagi.

Irfan telan air liur.

"Aku minta maaf." Dengan kata-kata itu, Irfan terus berlalu pergi dari situ.

Maryam pejam mata. Makin laju air matanya. Kenapa hatinya rasa sakit sekarang ni?

💌💌💌

BALIK rumah, terus dia dibawa ke hospital ditemani dengan bebelan serta amarah risau mak dan abahnya. Tapi, Maryam hanya diam tak memberi apa-apa kata. Dia hanya diam dan terima apa yang dilakukan kepadanya.

"Haih. Yam, bagitahu kat kami apa sebenarnya yang dah jadi ni?" Puan Nashiah bertanya buat sekian kalinya. Itu pun setelah doktor dan jururawat keluar dari wad yang menjadi tempat tidurnya malam ini.

Maryam diam dan hanya geleng perlahan. Buat Puan Nashiah mebgeluh lagi. Mueen yang ada di sisinya yang juga diam sedari tadi dia pandang.

"Mueen tak tahu?"

"Tak, mak." Pendek jawapan Mueen. Maryam yang pandang siling dia pandang tak lepas.

"Haih."

"Mak... Mak balik lah. Yam okey kat sini sorang-sorang." Maryam bersuara selepas dengar keluhan panjang Puan Nashiah.

Mueen dan Puan Nashiah terus berpandangan sesama sendiri.

"Balik?"

"Hm. Mak tak payah risau. Nak apa-apa, Yam call." Senyum kecil yang nampak hambar dia ukirkan. Entah beri kepercayaan kepada mak ataupun tidak.

"Mueen teman."

"Tak payah. Esok sekolah, kan?" Laju Maryam menyuarakan tidak setujunya dia dengan kata-kata Mueen.

Dia nak sendiri. Sangat.

Puan Nashiah pandang Maryam yang tayang wajah berharap padanya.

"Kalau orang yang buat kamu buat ni datang macam mana?"

Maryam geleng. "Tak."

"Yakin aje!" Mueen mencebik. Entah kenapa ketika itu wajah Irfan yang muncul. Tapi cepat Maryam tepis wajah itu dari fikirannya. Dia tak mahu ingat dah Irfan.

"Please..."

"Haih... Yalah. Mak dengan Mueen balik dulu. Esok mak datang dengan abah pula." Puan Nashiah mengalah. Dia tahu Maryam mahu bersendirian sekarang. Biar lah. Bukan tak risau tapi takut bila tak diturutkan, jiwa anaknya pula yang sakit.

Maryam senyum lega. Dia buat tak endah sahaja dengan cebikan tak puas hati Mueen. Dia malas mahu fikir tentang orang lain. Yang dia tahu, dia. Diri dia sahaja. Call her selfish or whatever, dia perlu ruang.

"Terima kasih, mak."

Puan Nashiah mengangguk. Kepala anak sulungnya dia usap penuh kasih sebelum dia beredar dari situ dengan langkag berat.

"Mueen, jom."

Mueen jeling Maryam tak puas hati sebelum dia ekori jua langkah Puan Nashiah yang sudah keluar dari wad Maryam.

Bunyi pintu ditutup menandakan dia bersendirian di dalam wad itu.

Satu saat. Maryam kaku.

Dua saat. Maryam masih kaku.

Tiga saat. Matanya dah terasa hangat.

Empat saat. Air mata dah bertakung.

Lima saat. Dia kalah. Empangan matanya dah pecah. Teresak terus dia di situ sendirian. Kadang-kadang tahan sebab perutnya yang mencucuk sakit.

Kenapa dia sedih sangat ni? Apa puncanya? Maryam hairan tapi air matanya tak berhenti mengalir.

Perlahan-lahan dia baring di atas katil hospital. Lengan menutup mata sedang air mata masih lagi berguguran jatuh.

"Aku minta maaf."

Suara Irfan tiba-tiba menjengah.

"Accepted. Mulai hari ini, kita tak kenal. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau dah. Terima kasih atas kebaikan yang kau pernah buat kat aku. Get off, now."

Hatinya sakit lagi. Kenapa ni? Sebab ni ke?

"He's not even yours, Yam. But... Why?"

Dan dia menangis lagi.

Maryam koyak lah 😔

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now