ADORE ; FUTURE 3

4.9K 418 49
                                    

BARANG-BARANG kepunyaan Maryam sudah pun dipindah masuk ke dalam rumah Irfan. Banyak tak banyak, hampir penuh juga pick-up truck yang disewa Irfan. Itu tak termasuk barang-barang yang penuh dalam Toyota Harrier yang Irfan pandu. Memang penuh. Tengok bilik kecil Maryam, barangnya nampak sedikit sahaja. Bila angkut semua... hmmm!

Ruang tamu yang sudah penuh dengan barang-barang Maryam pandang tidak berkelip. Diri sendiri tak percaya dengan jumlah barangnya sendiri.

"Tak sangka pula banyak juga barang aku." Bisik Maryam kepada diri sendiri. Sambil itu, terbongkok-bongkok badan menyentuh kotak-kotak yang berhampiran dengannya. Dibelek satu persatu nak semak semula, betul ke semua ini barang dia.

Kepala digeleng perlahan. Pening dengan diri sendiri. Sudahnya, lap dahi aje lah. Satu hal pula nak fikir di mana barang-barang ini semua nak disumbatnya. Dia tak yakin yang kondo mewah Irfan muat. Walaupun mewah dan besar, tetap dia tidak yakin.

Sedang Maryam berfikir, tiba-tiba ada satu tangan merangkul erat pinggangnya dari arah belakang. Terkejut sekejap Maryam. Tangan kekar yang melingkar kemas di pinggang dipandang sebelum dia menolehkan kepala sedikit. Tersenyum bila lihat Irfan yang memandangnya lembut tanpa lepas.

"Ni kenapa ni?" Soal Maryam. Sambil itu tangan cuba merungkai rangkulan kemas Irfan dari pinggangnya. Rasa geli perutnya. Geli yang menghiburkan hatinya. Tengok. Bibir pun tak sudah-sudah nak tarik senyum.

Irfan buat tidak endah. Makin Maryam cuba leraikan rangkulannya, makin dia mengeratkan lagi pelukan. Sampai Maryam beralah jadinya dan dia senyum menang untuk itu. Makin senyum bila Maryam selesa menyandarkan badan di dadanya. Alahai, Yummy dia ni.

Dagu direhatkan di bahu Maryam sambil mata tak lepas memandang sisi wajah Maryam. Wajah yang memerah kepenatan itu benar-benar mencuit hatinya, buat dia geselkan hidungnya lembut di pipi Maryam. Tak kesah jika si isteri kegelian. Yang penting, dia nak lepaskan geram dia dulu. Too adorable!

"Apa benda kau ni?" Maryam bertanya sambil mengekek kegelian. Cuba dia tolak wajah Irfan menjauh namun gagal. Makin galak Irfan menggesel hidung di pipinya ada lah. Gedik sungguh!

"Kejap lah." Tangan Irfan erat menggenggam tangan Maryam. Biar terhenti penolakan gadis itu. Dan syukur bila Maryam hanya menurut pasrah. Peluang diambil. Tangan kembali merangkul pinggang Maryam manakala hidung menggesel lembut pipi Maryam.

"Geli lah." Rengek geli Maryam yang manja buat Irfan senyum kecil.

"Nak charge tenaga. Penat lah angkat barang-barang kau, girl." Kata Irfan perlahan. Hidung dah berhenti menggesel pipi Maryam. Tapi, dagu masih lagi berehat di bahu Maryam.

Maryam hanya senyum. Tak boleh membantah. Memang itu yang terjadi. Kasihan Irfan naik turun ambil barang-barang dalam kereta. Dia pula hanya tinggal masukkan sahaja kotak-kotak ke ruang tamu. Tak kira pula berapa kali Irfan naik turun lif. Yang pasti, banyak kali. Kesian boy dia yang seorang ini.

"Sorry." Ucap Maryam perlahan. Serba salah. Pipi Irfan diusap perlahan dari tepi, kononnya cuba memujuk.

Irfan senyum. Suka dibelai begitu oleh Maryam. Terasa sangat dia dimanjakan. Namun, walau dia sedang merasai semua bahagia ini, separuh hatinya masih belum percaya yang dia sedang lalu momen-momen begini bersama Maryam.

Siapa sangka Maryam yang terkenal dengan gelaran 'robot' dahulu punya sisi begini? Pandai bermanja dan mahu dimanjakan kadang-kala. Tak cerita lagi bagaimana wajah beku Maryam seratus persatu hilang. Yang ada hanya lah eksperesi wajah yang tak lari jauh daripada senyum. Senyum. Gelak. Ketawa. Semua ada.

Tak tahan, Irfan terus sembamkan wajah di bahu Maryam, menyorokkan senyum bahagia di situ.

"Ni dah kenapa pula." Soal Maryam kehairanan. Rangkulan Irfan dilepaskan sebelum dia pusing tubuh menghadap Irfan. Wajah Irfan yang menunduk dicari dan bila lihat wajah murung itu, terus tangan menekup sisi wajah Irfan. Diangkat sedikit wajah itu biar menghadap dia sepenuhnya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now