A13

6.9K 677 29
                                    

MARYAM lepaskan nafas lega bila dia berjaya siapkan semua kerja sekolah yang diberikan para cikgu pada hari ini. Terus dia kemas segala barangnya. Tidak mahu bertangguh lagi kerana mata sudah terasa berat dan malam pun sudah mahu menginjak ke pagi. Satu-persatu barang-barang dimasukkan ke dalam beg sekolahnya semula.

Setelah siap menyusun buku mengikut jadual pembelajaran hari esok, Maryam membuka satu persatu zip begnya. Tujuannya hanya satu. Mahu buang sampah yang dia masukkan ke dalam beg kerana terlalu malas untuk bergerak me tong sampah kelas.

Heh.

Zip terakhir dibuka dan matanya disapa dengan purse kecilnya. Tanpa lengah, terus dia capai purse miliknya itu. Mahu lihat juga ada sampah atau tidak. Dia bukannya boleh dipercayai sangat. Kalau dah malas nak buang sampah tu, seluk mana-mana pun boleh.

Zip dibuka dan terus dia kaku. Kaku kerana melihat lipatan kertas kecil di dalam tempat yang dibuka itu.

Teringat terus dia akan kejadian petang tadi. Kejadian kertas misteri yang datang semula kepadanya selepas dua minggu dia dapat lipatan kertas yang kedua.

"Siapa I.D?" Maryam tertanya sendiri. Tak tahu dah nak memikir sesiapa. Dia pun bukan kenal satu sekolah tu.

Lipatan kertas-kertas itu dibawa keluar. Entah kenapa, dadanya berdebar halus bila dia baca semula ayat-ayat yang tertulis kemas itu.

"Motif dia hantar ni, apa?"

Jeda.

"Takkan... betul-betul meluah rasa kut?"

Jeda lagi. Dan kali ini, diselangi dengan pipi yang sedikit memerah.

"Dia... memang suka aku ke?"

Makin merah rasanya pipi ini sebab terasa berbahang lain macam. Ini kali pertama dia hadap benda-benda macam ini. Setelah 17 tahun, guys. 17 tahun.

"Ke... dia salah hantar?" Kepala digaru.

"Atau mungkin juga, dia hantar random aje. Sebab tu yang berselang-selang aku dapat semula kertas macam ini." Maryam bernada sedih dan kecewa tanpa dia sedar.

Ting! Sistem otaknya berfungsi semula.

"Apa kau merepek ni?" Maryam baru sedar akan sikapnya dan keterlanjurannya menutur kata dan berfikir. Terus diluku kepala sendiri perlahan.

Kertas itu dikumpulkan sekali dengan sampah yang ada di atas meja untuk dibuang. Simpan lama-lama, bukan ada faedah pun. Macam lah akan muncul siapa I.D kalau dia buat perkasam dalam purse ini.

Terus Maryam campakkan lipatan-lipatan kertas itu bersama sampah sarap lain. Tak menoleh buat kali kedua dah sebab dia dah kembali meneroka semula ke dalam beg untuk mencari lagi 'khazanah' yang tersembunyi.

Dan tangan dia berjaya juga bawa keluar 'khazanah' yang tersimpan. Bungkusan kosong coklat M&M yang dia dapat tiga hari lepas. Terkebil-kebil mata pandang bungkusan kosong itu.

"Haih... tengok kau, buat aku kempunan tahu tak? Takkan kau nak suruh aku makan kau lagi kut?" Bebel Maryam sendiri. Dia nekad. Kalau dah macam ini lah perasaannya, memang dia kena buang. Tak selamat duit poketnya nanti! Terus dia campak dalam timbunan sampah tadi.

"Okey, itu yang terakhir." Kata Maryam dengan nada puas. Pantas, bakul sampah yang ada di sebelah meja diambil dan dia terus buang sampah-sampah yang terkumpul itu.

Sudah selesai, tangan ditepuk sekali dua untuk hilangkan debu yang melekat. Tong sampah dia letak kembali di tempat asalnya.

"Siap!" Purse diambil dan dia belek. Tiba-tiba, rasa macam ada kekurangan di situ. Kertas tadi. Kertas tadi sudah tiada.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now