A48

5K 633 52
                                    

3D ART MUSEUM, LANGKAWI. Lokasi pertama yang mereka berenam tuju selepas selesai bersarapan di pantai. Keadaan di 3D Art Museum tidaklah sesak mana dengan pengunjung. Mungkin juga disebabkan ianya baru sahaja setengah jam beroperasi pada hari ini. Atau mungkin memang awal sangat mereka datang sini. Sebabnya Aisyah sangat teruja.

Aisyah kan camera maniac. Sukalah dapat bergambar puas-puas di sini. Dan, yang akan jadi mangsa photographer tak berbayar, mestilah dia sahaja. Nak suruh Mueen, budak tu dah pesan jangan ganggu Vlogging dia. Jadi, takkan nak suruh Subhi  pula kan yang ambilkan gambar Aisyah?

Dan, sebaik sahaja mereka masuk ke dalam musuem itu, Aisyah dah serahkan awal-awal telefon pada dia. Maryam pun sambutlah tanpa bantahan. It's okay. Sis dah beshe. Huhuhu.

"Yam, cepatlah ambil gambar sini." Aisyah menggamit Maryam untuk datang ke arahnya.

Nak tergelak Maryam lihat lukisan 3D di belakang Aisyah. Lukisan di karpet merah bersama flash kamera di kiri dan kanan karpet merah itu. Aisyah pula berdiri di hadapan gambar itu. Hmmm. Nampaklah dia macam retis gitu.

"Playing famous huh?" Kata Maryam dan Aisyah hanya flip selendang dia ke belakang aje.

"Famous tak famous, aku peduli apa? Cepat ambil gambar aku." Arah Aisyah sebelum dia berposing ala-ala Marilyn Monroe di situ. Dan gambar di tempat itu bukan satu, bukan dua, tapi lima. Yes. Lima guys. Dapat bayangkan macam mana akam penuhnya telefon dengan gambar? Nasiblah bukan telefonnya.

"Okey, cantik. Sekarang kau pula."

Maryam buat muka terkejut.

"Aku? Kenapa aku?" Tanya Maryam tak puas hati.

Aisyah yang dengar soalan tu pun tak puas hati dengan soalan Maryam.

"Apa ke pelik sangat kau ni? Kau lah. Takkan aku nak ambil gambar India sana pula?" Balas Aisyah sebelum dia tolak Maryam ke tempat dia berposing tadi.

Dan Maryam, dia hanya berdiri tegak di situ tanpa sebarang pose. Aisyah yang tengok pun frust. Sungguh kayulah kawan dia ni.

"Hello, cik kak. Pose lah. Apa yang macam tunggul sangat?" Soal Aisyah.

"Kau tahu aku tak reti posing kan?" Dengan malas Maryam bersuara. Aisyah pula jengilkan mata, memberi isyarat untuk Maryam posing.

Maryam mengeluh berat. Adoi! Ini lagi susah daripada soalan Add Math tahu tak?

"Cepatlah, Yam!"

"Ya!" Balas Maryam. Kaca mata hitam dalam shoulder sling bagnya dibawa keluar sebelum dia pakai. Shawlnya dibetulkan sedikit sebelum dia posing bagi back view pada Aisyah yang dah bersedia untuk mengambil gambarnya.

Aisyah sengih suka. "Woho!!! You're doing nice, sweetie."

Maryam gelak kemudiannya dengar kata-kata Aisyah. Tak tahu lah itu pujian ke perlian. Tapi, ianya kelakar. Dan Aisyah laju sahaja mengambil gambar kandid itu.

"Oho. Bagus-bagus." Puji Aisyah. Gambar itu tidak ditunjuk kepada Maryam kerana dia tahu pasti Maryam akan menyuruh dia delete nanti. Jangan harap.

"Jom pergi sana pulak." Cepat Aisyah bersuara sebelum sempat Maryam berkata apa-apa. Maryam yang malas berbicara, hanya menurut tanpa bantahan.

Macam-macam gambar 3D yang mengujakan mereka berdua. Dan semestinyalah macam-macam gaya posing mereka pada setiap gambar-gambar itu. Maryam yang mulanya malas dan malu-malu, dah boleh open up berposing comel dan cool pada setiap lukisan.

Dalam banyak-banyak lukisan, Maryam paling suka lukisan pintu biru yang ada banyak pisau dan parang tercucuk padanya. Hahaha. Oh, dan juga lukisan kucing comel.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now