A80

5.3K 603 25
                                    

MARYAM duduk bersila di hadapan mejanya. Tuala yang masih bersangkut di atas kepala dia tarik ke bawah. Tak rasa dah nak lap rambut yang masih basah. Biarlah dia kering. Macam kering takde perasaan yang dia rasa sekarang.

Terima kasih kepada Puan Nashiah. Dan terima kasih juga kepada diri sendiri yang hanya kata ya tanpa membantah.

Tak tahu nak rasa apa. Hampir dua minggu dia tak hadir ke sekolah nak tunggu segala luka dan lebam pada badan dan wajahnya surut. Tup, tup tadi, Puan Nashiah beritahu dia yang urusan pertukaran sekolah dia sedang diuruskan.

"Maryam pindah sekolah?" Soalnya. Puan Nashiah yang baru sahaja pulang entah dari mana, Maryam pandang tak lepas.

Puan Nashiah menggangguk.

"Ya. Mak dan babah dah berbincang. Kami tak boleh nak biarkan Yam kena buli macam ni." Tegas Puan Nashiah menjawab. Maryam yang tidak beriak, dia pandang.

"Bukan ke pembuli tu dah kena gantung sekolah? Mueen bagitahu kan hari tu?"

"Gantung, Yam. Bukan diberhentikan. Bila-bila masa dia boleh masuk semula. Dan Yam mungkin akan kena buli lagi sekali dengan dia."

"Ta--"

"Lagipun kawan-kawan dia, ramai aje yang ada lagi. Takde dia, tak bermakna Yam selamat."

Maryam terdiam. Kalau Puan Nashiah tak bagi ruang untuk dia bersuara, jelas si mak akan buat bersungguh apa yang dia mahu lakukan.

Puan Nashiah pandang Maryam.

"Kenapa Yam tak bagitahu yang Yam dibuli? Kenapa Aisyah juga yang nak kena bagitahu mak?"

Geram Puan Nashiah dengan Maryam. Suka sangat diam. Entah apa yang susah sangat nak buka mulut beritahu pun tak tahu.

Maryam lepas nafas berat. "Benda kecil, mak."

"Benda kecil apa? Kalau dah sampai tahap ini dia buat kat Yam?"

Maryam diam. Well... Dia tak expect nak kena buli sampai tahap begini.

Melihat diam Maryam, Puan Nashiah lepas nafas lemah. Tak faham dengan fikiran anaknya yang seorang ini.

"Dah. Yam tak payah fikir banyak. Mak dan babah buat semua ni sebab kami nak yang terbaik untuk Yam."

Maryam diam. Tak menjawab. Dia faham. Dia tahu. Mestilah ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Yam?"

Maryam pandang Puan Nashiah.

"Okey. Yam ikut aje keputusan mak dan babah." Laju mulut menutur kata taat. Dia anak. Dia perlu taat.

Anggukan diberikan sebelum Puan Nashiah minta untuk berlalu ke bilik.

"Dah nak cuti ni. Maryam rehat aje. Naik cuti, Yam masuk sekolah baru."

Itu kata-kata yang sempat dia dengar sebelum pintu biliknya ditutup rapat. Duduk depan meja dan berulang-ulang perbualannya itu dalam kepala sehingga sekarang.

Telefon yang tak terusik lama dia ambil. Entah bila kali terakhir dia pegang. Yang rajin pegang dan belek hanya Mueen seorang. Itu pun nak top-up kan sahaja. Lain-lain perkara tiada.

Data dia buka dan berdesup masuk notifikasi WhatsApp. Bising juga bilik dia dengan bunyi message ringtonenya. Nak dekat tiga minit juga sebelum biliknya kembali sunyi.

Pergh! Tak sangka dia femes begini. Nak dekat setengah ribu WhatsApp yang dia terima. Dari orang sama. Aisyah. Shauqi. Dan kawan-kawan sekelasnya. Tak cukup di group, private pun disapa juga.

Maryam tarik senyum kecil. Terhibur. Sedih pun ya juga. Ini baru tak datang sekolah. Kalau dia berhenti?

Syukur dia ada kawan-kawan begini.

Maryam scroll tetingkap chat sampai ke bawah. Dan jari terus berhenti bergerak bila lihat private message seseorang.

Seseorang yang kebelakangan ini selalu masuk dalam mimpinya tanpa sebab.

Irfan.

Irfan yang dia save contactnya dengan nama 'Annoying'. Tak ingat bila dia tukar nama Irfan kepada itu.

Lama matanya pada chat itu. Pendek sahaja dan sekali sahaja Irfan hantar mesej itu. Tarikhnya ketika dia masih lagi di hospital.

Annoying
Truly sorry.

Lama. Lama sangat dia pandang dua patah perkataan itu. Entah kenapa, daripada perkataan itu, timbul rasa ingin mendengar suara Irfan.

Tak tahu. Tak tahu kenapa. Macam dah lama sangat dia tak dengar suara itu. Rasa sesuatu. Walhal dulu dia tak nak dengar suara itu. Benci. Menyampah. Sekarang... Teringin.

"Kau rindu dia."

Maryam terkejut sendiri dengan apa yang dia dengar.

"Aku ke yang cakap tu tadi?"

Terkebil-kebil Maryam sendiri. Telefon dia pandang. Tak percaya.

"Dah kenapa nak rindu dia?"

Lama tanpa jawapan. Chat itu dibaca berkali-kali dan tiba-tiba telefon dirapatkan pada telinga.

Tut tut... Tut tut...

"Maryam."

Panggilannya dijawab. Dan suara garau itu buat Maryam kelu.

Mana dia dapat keberanian telefon Irfan ni? Dan... Kenapa Irfan boleh on call ni? Sekarang masa kelas kan?

"IRFAN DANIEL! AWAK BAWA TELEFON KE SEKOLAH?!"

Bulat mata Maryam dengar jeritan nyaring cikgu perempuan. Entah siapa. Tak sempat nak cam sebab dia dah kalut tutup panggilan.

Telefon dicampak atas lipatan toto.

"Yam... Kau gila."

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now