A4

9K 815 33
                                    

SEDAYA upaya Maryam cuba lepaskan pegangan kejap Aisyah pada lengannya. Dah hampir tiga minit mereka tarik-menarik macam ni, tapi seorang pun tak mahu mengalah. Aisyah masih menarik, Maryam pun begitu.

"Cepatlah, Yam! Kita kena pergi makan!" Kata Aisyah tanpa putus asa. Tarikan makin dia kuatkan.

Maryam mencebik. Muka tanpa riak dah lama pergi diganti dengan riak bersungguh ingin melepaskan diri.

"Ya, kau pergi lah makan dulu. Nanti aku datang!" Balas Maryam.

Aisyah geleng laju.

"Kau ingat aku nak percaya apa yang kau cakap? Masa tu kau cakap benda yang sama. Sudahnya sampai habis waktu rehat kau bertapa dalam perpustakaan tu!" Balas Aisyah. Lengan Maryam yang hampir terlepas daripada pegangan, dipegang kuat.

Maryam geram.

"Ish. Tak! Kali ni betul!" Dia yakinkan Aisyah.

"Tak nak! Tak betul! Jom makan!" Aisyah tak mahu percaya dan tak mahu mengalah.

Maryam berdecit kuat.

"Hei, kamu berdua kat sana tu!"

Terus tegak badan Maryam dan Aisyah. Macam tugu. Takde lagi adegan tarik-menarik seperti tadi. Berdiri pun sebelah menyebelah. Semua disebabkan kehadiran Cikgu Haznam, cikgu disiplin.

Gulp! Mampu hidup kah mereka selepas ini?

"Buat apa tengah koridor ni?" Cikgu Haznam makin menghampiri mereka. Sudah lah wajah tegang habis. Rotan setebal 3 inci pula terletak cantik di celah kepitan lengannya.

Gulp.

"Takde apa, cikgu." Maryam pantas menggeleng selepas habis bicara Aisyah. Masa ini baru nak setuju sama-sama.

"Kalau takde apa-apa, pergi turun rehat sekarang!" Arah Cikgu Haznam dengan suara tegasnya.

"Baik, cikgu! Kami minta diri dulu." Ucap Aisyah dengan sengihan kekok sebelum dia tarik tangan Maryam.

Maryam hendak tak hendak, ikut juga langkah kaki Aisyah yang dah menariknya. Sempat dia tunduk kepala kepada Cikgu Haznam.

Bila alih pandangan, Maryam seperti nampak satu figura duk menongkat dagu memandangnya tanpa perasaan.

Dicelik-celik mata beberapa kali sebelum dia pandang tempat yang sama tadi. Naik pelik dia bila tiada sebarang figura pun dekat situ.

"Eh..."

Bulu roma meremang tanpa dipaksa.

'Aku nampak hantu ke tadi?'

"Huh! Aku patut hantar air kotak kat Cikgu Haznam nanti sebab dia dah berjaya buat kau ikut aku ke kantin untuk makan!" Suara kemenangan Aisyah menjengah pendengaran sekali gus menghentikan Maryam daripada fikiran seramnya tadi.

Maryam pandang sekeliling. Assa! Ada lagi dua aras sebelum sampai ke aras bawah. Aras bawah ini adalah perpustakaan dan aras di bawahnya aras terletaknya bilik guru.

Heh. Maryam mula merangka rancangan.

"Yalah." Nada sengaja dibuat menyampah serentak dengan tangan menepis pegangan Aisyah pada lengannya.

Aisyah senyum bangga. Tak dapat nak baca apa yang dirangka Maryam dalam kepala.

"Tali kasut tercabut." Kata Maryam sebelum dia tunduk untuk mengikatnya.

Aisyah yang dengar hanya biarkan. Dia menapak dua langkah ke hadapan sebelum dia pusing badan.

"Ikat ketat-ketat sikit tali tu." Kata Aisyah tanpa memandang Maryam. Dia sedang elok pandang papan kenyataan yang melekat di dinding. Tiba-tiba tertarik untuk membaca pula.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now