A16

6K 690 6
                                    

USAI menunaikan solat Zohor, Maryam terus bentangkan toto sebelum dia labuhkan badannya di atas toto itu. Lega rasanya bila dapat berbaring di atas toto kegemarannya ini. Penat praktis di sekolah tadi beransur hilang sedikit demi sedikit.

"Huh... lega." Omel Maryam perlahan sambil bibir ukir senyum kecil sedikit. Harapnya, tiada siapa ganggu rehat dia tengah hari ini. Dia mahu tidur!

Selalunya, hari minggu dia akan buat juga kerja-kerja berat. Contohnya, mengemas rumah, hantarkan baju tempahan yang sudah siap dijahit dan memasak. Tapi, hari ini, disebabkan dia terpaksa menapak ke sekolah tanpa rela, badan dia jadi terlalu penat. Itu yang nak tidur aje sekarang ni.

"Kakak." Suara Mueen di hadapan pintu buat mata Maryam yang dah tertutup rapat terbuka sedikit. Dahinya pula berkerut tidak puas hati.

"Janganlah ganggu aku... aku penat ni!" Rungut Maryam tidak berpuas hati. Bantal yang ada di sisinya dah dibawa naik menutup muka.

Mueen menggeleng perlahan. Pun begitu, kata-kata Maryam yang menghalaunya tadi langsung dia tidak ambil peduli. Sudahnya, kakinya selamba sahaja melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya itu.

Maryam yang dah dapat agak tindakan Mueen yang tidak mahu mendengar kata, terus melepaskan dengusan geram. Dasar budak takde telinga!

"Mueen! Keluar lah! Aku nak tidur ni!" Pinta Maryam dari bawah bantal. Tangan dah bergerak secara rawak untuk memukul Mueen yang duduk berdekatan dengannya.

Mueen hanya tarik sengih kecil sahaja. Tangan Maryam yang dah memukul kakinya, dibiarkan sahaja.

"Alah. Bagilah aku lepak kat sini. Aku bosan tahu tak?" Kata Mueen selamba. Mata dah melilau mencari sesuatu yang menarik untuk dibuat dalam bilik ini.

Maryam kalihkan bantal dari mukanya. Pandangan tidak puas hati dihalakan pada Mueen.

"Pergilah main PS4 kesayangan kau tu!"

Mueen geleng.

"Dah puas main."

Maryam pejam mata tahan geram.

"Pergi lah jumpa kawan-kawan kau."

Mueen geleng lagi.

"Dorang takde. Playing tourist in Kuala Lumpur."

Maryam julingkan mata. Patut pun Mueen mengada. Ikut perangai kawan-kawan dia lah ni. Playing tourist konon. Puih! Cakap ajelah berjalan di Kuala Lumpur.

"Yang kau tak ikut apasal?" Tanya Maryam. Dalam masa yang sama dia dah bangun dari pembaringannya. Ada Mueen, memang tak boleh tidur. Mengacau aje kerja.

Mueen pandang Maryam tanpa riak.

"Kekangan kewangan."

Maryam angguk. Sedar sama-sama susah. Ceh. Nak keluar, paling-paling pun ikut babah tawaf route yang perlu dilalui babah. Masa kecil, seronok lah. Dah besar ni... rasa macam buang masa aje.

"Eh, apa tu?" Soalan Mueen menarik perhatian Maryam. Terus dia pandang ke arah yang ditunjuk telunjuk kanan Mueen.

Di meja belajarnya.

Matanya terus membulat melihat kotak yang masih kemas berbalut itu. Ya Allah! Dia hampir lupa tentang hadiah yang diterimanya daripada Si Misteri, I.D.

"Hadiah siapa tu? Kau ek? Nak tengok!" Mueen dah hyper semacam. Mata dia pun, Maryam dah tengok bersinar sahaja.

"Tak payah!" Halang Maryam dan itu buat Mueen tarik muncung.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now