A3

11.3K 803 9
                                    

TULISAN-TULISAN yang ditulis cantik pada papan putih, Maryam baca sekilas sebelum dia menyalin semula tulisan-tulisan itu di dalam buku tulis English kepunyaannya. Tak endah dengan riuh rakan sekelasnya yang sudah siap menyalin. Cikgu takde, macam ini lah. Umur aje 17 tahun. Perangai... heh.

"Yam ka---"

Tangan kiri diangkat tinggi di hadapan Aisyah tanpa dia angkat muka dari buku tulisnya. Ayat terakhir ni. Sedikit sahaja lagi sebelum dia boleh layan borak Aisyah.

Aisyah tayang muka bosan. Dia tolak tepi tangan Maryam sambil tangan dah menongkat kepala sendiri di meja.

"Bosanlah kau ni. Cuba dengar apa yang aku nak cakap ni walaupun kau tengah menyalin." Aisyah membebel tidak puas hati. Pandangan tidak puas hati dilemparkan kepada Maryam yang masih menunduk dan menyalin.

Maryam buat tidak endah.

'... to the end. Siap.'

Buku ditutup, dan kemudian baru lah dia pusing kepala memandang Aisyah. Kening dijongket sekali menyapa kawannya yang dah tunjuk muka tapai basi itu.

"Ish."

"Kau nak cakap apa? I'm all ears now. Ke kau nak cakap lepas aku kemas barang aku?" Maryam sengaja mengugut. Dia, kalau dah buat keputusan nak buat sesuatu perkara, fokus memang diberikan sepenuhnya. Masa tu, jangan haraplah dia nak ambil endah apa yang ada di sekelilingnya.

Aisyah mencebik menyampah.

"Aku nak cakaplah ni!" Nada sebal dia lemparkan.

"Shoot." Maryam buat gaya pistol dengan jemarinya.

"Kau bertugas ke petang ni?" Tanya Aisyah.

Maryam diam. Dia cuba menyemak jadualnya sekilas lalu dalam kepala.

"Tak. Tapi aku n---"

"Great! Teman aku pergi kedai buku jom!" Aisyah pantas memintas. Dia tak mahu dengar rancangan Maryam. Dia hanya mahu dengar jawapan untuk soalannya tadi sahaja.

Betugas ke petang ni?

Tak!

Okay, dah.

Maryam pandang Aisyah tanpa riak. Kawan dia memang sengaja nak potong kata-katanya. Tengok sengih kambing dia aje dah dapat agak.

"Batalkan plan kau ek? Kau kan suka kedai buku. Teman aku ek?" Aisyah dah goncangkan bahu Maryam sedikit kuat sambil mula keluarkan nada merayu.

Maryam yucks sangat dengan apa yang terpampang depan matanya. Anti lah dengan mengada-ada ni.

Terus tangan Aisyah ditepis laju dari bahunya. Tak tahan kena goncang macam pokok dah.

"Tak payah lah goncang aku."

Aisyah sengih.

"Teman tau?" Mata sengaja dikerdipkan laju-laju. Dia tahu Maryam tak suka perbuatannya tapi, apa dia kesah? Bukan ke sahabat itu tujuannya untuk menjengkelkan?

Maryam menoleh tak pandang Aisyah dah.

"Ya, gedik." Jawabnya pendek sebelum dia mula bergerak mengemas barangnya. Tak mahu dah bersembang dengan Aisyah berperangai gedik ni. Lemas!

Aisyah hanya gelak kecil sahaja. Suka dia dengar jawapan 'ya' Maryam. Bukan selalu Maryam setuju untuk keluar bersamanya. Selalu sibuk dengan buku aje. Tak buku, perpustakaan.

"Lepas habis sekolah kita terus gerak tau? Aku ada banyak buku nak beli. Aku dengar ada buku keluaran terbaru daripada majalah bla... bla... bla..." Aisyah mula rancak bersuara. Tak tahulah kenapa dia buat macam tu sedangkan dia tahu Maryam tak akan dengar pun.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now