A30

5.8K 661 38
                                    

MEMANDANGKAN dia pun sudah terlepas bas sepuluh minit yang lalu, Maryam ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja balik rumah. Biarlah nak dekat setengah jam kemudian dia baru sampai rumah pun. Malas dia nak menunggu bas yang seterusnya. Dua puluh minit kemudian baru nak datang. Takpe lah. Terima kasih. Lagipun, boleh juga dia exercise. Dah lama juga lemak tak dibakar.

Dengan lafaz Bismalah, kaki mula menapak satu persatu ke hadapan dengan tenang. Sambil itu, mata sibuk pandang kiri kanan laluan yang ditumbuhi rumput yang menghijau. Nampak berkilat. Yalah. Baru lepas hujan gerimis kan?

"Well. This is not bad." Tutur Maryam perlahan.

Mata pandang belakang kemudiannya bila telinganya menangkap bunyi tapak kasut orang. Lega dia bila lihat ada juga beberapa orang pelajar yang berjalan kaki di belakangnya. Dalam lima orang?

"Huh, terasa selamat sedikit." Hela Maryam bila kepala dipusingkan ke hadapan kembali.

Tapi, dalam lega itu, ada juga rasa tidak sedap hati. Belakang dia pelajar lelaki kut. Segan pula nak berjalan di hadapan lelaki. Tanpa lengah, terus Maryam duduk berpura-pura ingin membetulkan kasut. Taktik nak bagi pelajar lelaki itu jalan dahulu. Dan bila pelajar itu melintasinya, Maryam rasa nak melompat. Berjaya dah!

"Kat belakang, semua perempuan. Okey!" Tanpa bimbang lagi, Maryam bangun dan ambil langkah semula.

Sepuluh minit berjalan, Maryam dah rasa sedikit penat. Air yang dia bawa dah habis pula. Tekak dah kering, sampai dia terbatuk-batuk kecil.

"Takde kedai runcit ke?" Soal Maryam. Yalah. Dia bukan selalu balik sekolah jalan kaki. Kalau naik bas pun, bukan rajin dia pandang kiri kanan. Tumpuan lebih diberikan kepada buku di tangan.

Tiba-tiba, Maryam nampak pelajar lelaki yang sedari tadi berjalan tidak jauh di hadapannya membelok memasuki satu lorong kecil. Maryam lajukan langkah dan menjenguk.

"Kedai runcit!" Bersinar matanya bila nampak kedai runcit dalam lorong itu. Terbayang terus air mineral sejuk dalam kepala.

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Dan, bukan air yang bagi hilang dahaga selain daripada Allah. Dakwah sekejap Maryam pada diri bila sedar akan khilaf diri yang teryakin air sejuk yang bagi hilang dahaga.

Langkah kaki diambil memasuki lorong itu. Tiga minit kemudian, Maryam dapati di tangannya sudah ada sebotol air mineral sejuk yang dah dia bayar tadi.

"Bismillah." Air diteguk perlahan dan segala puji bagi Allah yang dah hilangkan dahaganya. Asbab air sejuk ini.

Sudah suku botol air diteguknya, Maryam kembali sambung langkah semula. Seram sekejap bila lihat dia seorang sahaja yang lalu jalan itu. Tapi...

"Eh, budak tu ada lagi!" Bila nampak sahaja pelajar lelaki yang jalan di hadapannya tadi ada jauh di hadapan sana, Maryam terus ambil langkah panjang-panjang.

"Huh, save!" Bisik Maryam sendiri bila dia dah enam langkah ke belakang daripada pelajar itu.

Senyum muncul dengan sendiri. Well, tak sangka pula balik jalan kaki ini boleh jadi menyeronokkan tiba-tiba.

KAKI perlahan-lahan menolak tanah biar buaian yang dinaikinya sekarang bergerak perlahan. Sambil itu, mata tak lepas perhatikan tingkat lapan flat bernombor 04 di hadapannya ini. Tak lama pun menunggu, dalam empat minit begitu, kelibat Maryam melintas di koridor tingkat lapan itu dapat dia lihat. Irfan tanpa lengah berjalan juga.

Dua tiga kali juga dia nampak kelibat Maryam melalui kawasan koridor yang tertutup sebelum Maryam berhenti di hadapan sebuah unit flat tersebut. Semerta, bila kaki Maryam berhenti, kakinya juga turut berhenti. Maka, jadilah dia berdiri di tengah-tengah lapangan tar melihat Maryam di tingkat enam itu dari kejauhan.

Mungkin Maryam memberi salam, atau mungkin juga Maryam membuka mangga pada pintu pagar, Irfan tidak tahu. Tapi, berdirinya Maryam di hadapan unit flat itu tidak lama. Sekejap sahaja sebelum batang tubuh Maryam hilang sepenuhnya di balik pintu rumah flat itu.

Usai hilangnya Maryam, Irfan mula melangkah pergi meninggalkan kawasan flat itu. Kaki diatur menuju ke pondok menunggu bas yang berdekatan. Dah sampai, duduk dilabuhkan. Dan selepas itu, baru secebis senyuman muncul di bibirnya.

"Gila lah kau ni, Fan." Gumamnya perlahan sambil rambut belakangnya diramas perlahan.

Memang buat kerja gila betul. Rumah dia memang bertentangan betul dengan rumah Maryam. Boleh dikatakan jauh juga lah. Tapi, disebabkan dia nampak Maryam menapak seorang diri sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah, terus dia melencong arah. Motorsikal pun dia biar sahaja di sekolah dahulu. Ini, nak pergi ambil lah ni.

"Yang peliknya, dia tak perasan pun tu aku." Gumam Irfan lagi dengan dahi yang berkerut pelik.

"Rasa macam dah banyak kali terserempak. Tak cukup wujud kah aku ni?" Soal Irfan.

Tadi, masa Maryam menoleh ke belakang, dia punya main gelabah nak sorokkan wajahnya dengan menunduk sahaja. Tapi, rasanya lepas ni, walau dah banyak kali terjumpa pun, Irfan tak rasa Maryam akan ingat. Yalah. Stranger kan?

Kepala ditunduk memandang kaki sendiri lagi. Tiba-tiba, senyuman terbit di bibir bila ingat semula kejadian di kelas Sejarah pagi tadi. Terus tangan menyeluk masuk ke dalam poket seluar.

Cebisan-cebisan kertas yang kini berada di dalam genggamannya dibaca dengan senyuman menguntum kecil di bibir.

Boleh buat tak?

Hello? Boleh buat tak?

"Comel." Komen Irfan pendek. Mata tak lepas daripada terus meniti tulisan kemas Maryam. Diusap perlahan kertas itu sebelum dia menggeleng kecil.

"Tak boleh blah. Acah jiwang betul lah." Kutuk Irfan sendiri sambil mata tak lepas lagi memandang tulisan itu.

Agaknya, bila Maryam dapat kertas-kertas daripada dia, seperti ini juga kah perasaan Maryam?

Mungkin. Kalau tidak, tak adalah dia nampak Maryam tersenyum cantik bila baca satu persatu kertas yang dia selitkan di celahan buku di perpustakaan tadi.

Irfan pandang jalan. Macam lambat lagi sahaja bas nak sampai. Kesempatan itu, Irfan gunakan dengan mengambil sebatang pen yang ada di dalam begnya. Memang pen ini aje yang dia ada. Dan memang pen ini aje jadi perantara dia menulis luahan untuk Maryam. Banyak jasa betul pen ini!

Cebisan kertas pertama dia pandang dan perlahan-lahan, tangannya mula menggerakkan pen di atas cebisan kertas itu untuk menulis sesuatu.

Boleh buat tak?
I.D. : Tak. Gabra sangat.

Irfan senyum. Lol. Kalau Subhi, Johari dan Heng nampak ni, memang malu setahun dia.

Hello? Boleh buat tak?
I.D. : Hi. Makin tak boleh, Yummy

Dan sekali lagi Irfan tarik senyum. Cebisan-cebisan kertas itu disimpan kemas dalam dompetnya sebelum dompet itu dia simpan.

Pen dipandang. Dan satu tulisan yang dia sudah jaga dengan self-on-tape yang kemas ditampal dia usap perlahan.

Yam 1AA

Ya. Ini pen Maryam. Pen Maryam yang mungkin Maryam sendiri sudah melupakannya.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now